05 May 2013

Dakwat tak kekal ?

  Tiada Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan pengunjung yang dihormati mudah-mudahan kita semua diberkati dan dirahmati ALLAH.

Alhamdulillah aku sudah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang rakyat yang layak untuk memilih pemimpin negara tercinta. Isu penggunaan dakwat kekal yang dikatakan untuk mengelakkan berlaku pengundi yang mengundi banyak kali tu, dakwatnya tak la kekal sangat.

Lepas dari keluar bilik mengundi, aku cuma lap dengan tisu kering. Dua jam kemudian baru balik rumah, aku basuh dengan sabun cuci pinggan, tonyoh-tonyoh sikit dan kalau aku tonyoh banyak sikit mesti takde meninggalkan kesan punya la. 



Tapi aku bukan nak pegi mengundi berkali-kali lagi. Leceh tul nak tunggu berbaris lama padahal nak mengundi tu tak sampai lima minit pun. Aku mencadangkan kepada pihak mana pun kerajaan selepas ni, pilihanraya akan datang kalau nak tanda-tanda jugak pengundi, lebih baik guna 'henna' aje la.

Murah, kesan yang kekal berhari-hari, susah nak tanggal. Cuma kesian pulak kalau ada yang berkahwin pada hari mengundi. Terpaksa melupakan acara berinai. Hehehe..

Pada hari ni jugak aku telah melakukan perubahan. Perubahan pada blog aku ni la. Selepas berkali-kali memikirkan dan mengulangkaji dan menguji, akhirnya tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak aku memilih untuk menggunakan IntenseDebate bagi menggantikan ruangan komen lama.

Ini mungkin untuk kebaikan bersama. Lagipun kebelakangan ni pengguna blogspot macam aku ni diserang dengan pengomen anonymous dengan komen-komen spam hingga aku terpaksa menyukarkan sedikit rakan-rakan yang ingin memberikan maklum balas pada entri yang dibaca.



Setelah difikirkan keadaan dan kedudukan antara aku sebagai penulis entri dan rakan-rakan pengunjung sebagai pembaca dan pemberi maklum balas, jadi untuk menghargai usaha rakan-rakan semua, aku gunakan la jugak IntenseDebate ni.

Dengan sokongan CommentLuv, ianya memudahkan aku jugak untuk berkunjung kembali ke laman blog rakan-rakan yang singgah disini. Mudah-mudahan bermanfaat untuk semua.

Ok la, hari ni malas sikit nak menulis panjang. Petang ni nak balik ke Ipoh semula walaupun esok sekolah aku cuti tapi sebab aku menumpang balik dengan kakak kedua yang bertugas di Parit Buntar dan dia pulak tak cuti, ikutkan aje la.

Dari waktu entri ni diterbitkan, ada lebih kurang lagi tiga jam setengah masa untuk para-para pengundi yang layak memilih calon pemimpin mereka. Dan selepas tu mungkin hingga ke tengah malam pastinya masing-masing menantikan keputusan apakah akan wujudnya kerajaan baru atau kerajaan lama masih diberikan mandat untuk memerintah.



Apa pun semoga negara kita aman damai, makmur bahagia, tiada kacau bilau, tiada penindasan rakyat, agama dijunjung, maruah disanjung. 





0 comments:

Post a Comment