03 May 2013

Selamat Ulangtahun Pertama

  4 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan pengunjung semua mudah-mudahan kita dirahmati dan diberkati ALLAH.

Alhamdulillah dihari yang mulia, penghulu segala hari ni bersamaan 3 Mei 2013, genap sudah usia satu tahun puteri kedua kami, Azzaira Syafina. Sedih jugak tak dapat nak sambut hari ulangtahun anak bersama-sama ni. 


Masih segar dalam ingatan setiap detik menantikan kelahirannya. Bersama dengan kakaknya, Azzaira Qistina yang baru berusia empat tahun waktu tu menunggu dengan sabar.

Dari pagi selepas subuh 3 Mei 2012 mama menahan kesakitan, papa ngan kakak pulak menahan kedinginan penghawa dingin bilik menunggu di depan dewan bersalin Hospital Raja Perempuan Bainun tu.

Hingga akhirnya doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan kerana risau berlaku komplikasi pada mama. Jam 4:43 petang berita gembira mula tersebar.


Gembiranya kakak bila pertama kali melihat wajah adik yang selama ni menginap dalam perut mama selama sembilan bulan. Papa lagi la teruja.

Waktu adik ditahan di wad 6C sebab jaundice membuatkan papa dan mama sedikit risau. Walaupun mama dibenarkan balik, tapi adik terpaksa ditinggalkan di wad 6C untuk pantauan doktor.


Syukur Alhamdulillah adik dibenarkan pulang keesokan harinya. Kini kakak dah ada teman bermain selain papa dan mama. Sebagaimana kakak, bila adik demam atau tak sihat pasti papa dan mama susah hati dan tak lena tidur.

Walaupun kadang-kadang karenah adik boleh buat papa dan mama tertekan, tapi papa dan mama tetap menyayangi anak-anak papa dan mama. Semoga adik membesar dalam keberkatan dan rahmat dari ALLAH. 

Selamat ulangtahun pertama buat anak papa dan mama, Azzaira Syafina. 
We love you soo much.











4 comments:

  1. putihhhnyaaa..geram tengok..hehe

    ReplyDelete
  2. Happy Birthday buat puteri mu...Azzaira Syafina..:)
    Moga menjadi anak yg solehah..
    Berguna buat ibu bapa, agama & negara...Insya Allah..

    ReplyDelete
  3. Selamat menyambut hari lahir 1 tahun. Sekejap sahaja masa berlalukan bro.

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum pipoq...selamat ulangtahun yg pertama yer...:)

    ReplyDelete