07 May 2013

Kalau tak puas hati .....

  
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan pengunjung yang dihormati mudah-mudahan kita diberkati dan dirahmati ALLAH.

Bahang pilihanraya umum ke 13 sudah berlalu. Tapi masih ada lagi saki baki bara yang tak pandai nak padam sendiri malah ada yang dicurahkan minyak bagi menyalakannya dengan lebih marak.


Setiap kali pilihanraya mesti situasi yang sama. Ada saja masalah yang berlaku. SPR tidak telus la, undian disabotaj la, menang sebab pengundi hantu la, kalah sebab teraniaya la dan sampaikan bangla pun popular sama. 

Dan sampai bila situasi macam ni nak berakhir, aku sendiri pun tak tahu. Sudah pasti andai suatu masa nanti bila yang kalah ditakdirkan menang, mesti yang dulunya menang kemudian kalah akan buat perkara yang sama jugak.

Tapi biasa la tu. Asalkan melibatkan undian untuk menang mesti ada je yang tak puas hati. Dan macam-macam cara pulak untuk menentukan kemenangan kalau guna kaedah undian ni.

Itu pun ada pulak nak menuntut pilihanraya diadakan sekali lagi. Ingat senang ke nak balik kampung kalau yang jauh tu ? Dan kalau ditakdirkan kalah jugak adakah nak menuntut lagi supaya pilihanraya diadakan sekali lagi sampai menang baru la tak menuntut ?

Aku tau ada yang mengundi kerana parti dan mahukan partinya menang. Tapi dalam ramai-ramai pengundi tu, ada juga yang mengundi kerana mahukan calon yang dipilih tu dapat menjalankan tanggungjawab setelah dipilih.

Kita sebagai rakyat walaupun mungkin tak berpangkat tapi siapalah mereka tanpa kita sebenarnya. Dan perlu kita tahu, sebagai rakyat yang melaksanakan tanggungjawab memilih pemimpin, kita ada kuasa untuk menuntut hak kita sebagai rakyat.


Janganlah kita hanya terikut-ikut dengan latah orang lain secara membuta tuli. Ingat, takdir kita di dunia ni semuanya telah ditentukan ALLAH bukan ditentukan oleh calon parti yang kita pilih tu.

Apa yang penting, hidup kita jangan terpesong dari jalan yang lurus. Sentiasa muhasabah diri untuk memperbaiki segala kesilapan dan kesalahan kita sendiri daripada kita sibuk mencari kesalahan orang lain.

Menang atau kalah, masing-masing ada tanggungjawab mereka untuk rakyat. Terlaksana atau tidak, kita sendiri boleh menilainya. Kalau tak puas hati jugak, jom kita pindah ramai-ramai ke Korea Utara. Hehehehe...