26 April 2013

Displin pelajar berpunca dari guru bermasalah ?

  5 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan pengunjung yang dihormati mudah-mudahan kita berada dalam rahmat dan berkat ALLAH dalam apa juga yang kita kerjakan.

Setelah hampir satu tahun berada dalam bidang pendidikan ni memang ada banyak manis dan pahit yang telah aku lalui. Terutama sekali bila melihat anak didik kita mengorak kejayaan.


Tak dilupakan juga anak-anak didik yang sedikit bermasalah. Namun tidaklah sesekali mereka dilupakan begitu sahaja. Sebagai insan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik, sikap lepas tangan tu bukanlah satu sikap yang perlu ada dalam jiwa seorang pendidik.

Baru-baru ni agak kecoh dalam komuniti perguruan dan pendidik, bilamana Dr. Rubiah K Hamzah mengeluarkan kenyataan dalam sebuah akhbar tempatan berkenaan masalah displin pelajar.

Rata-rata komuniti guru sangat tidak bersetuju dengan kenyataan yang diberikan malah ianya sangat mengguris perasaan. Apakah benar jika seorang pelajar itu bermasalah sebenarnya pendidik itu yang bermasalah ?

Dari satu sudut, mungkin boleh kita katakan begitu. Namun pada aku, sudutnya terlalu kecil. Kita semua pernah menjadi pelajar suatu masa dahulu malah mungkin masih ada yang bergelar pelajar.

Pernahkah kita (andainya nakal) dibiarkan sahaja tanpa perhatian oleh guru atau pendidik ketika kita di sekolah ? Atau sebagai ibubapa yang mempunyai anak di sekolah, apakah kita tidak pernah menerima laporan andainya anak kita bermasalah di sekolah ? 


Aku pasti tidak ada seorang guru atau pendidik pun yang mahu melihat anak-anak didik mereka gagal dalam hidup biar bermasalah macam mana pun anak didik mereka tu.

Kecuali sekolah berpertasi tinggi, terutamanya sekolah ambilan khas. Di situ mungkin pelajarnya sangat berdisplin tinggi. Manakan tidak, untuk mendaftar masuk pun sudah perlu tapisan yang amat terperinci.

Namun belum mungkin tiada lansung pelajar yang bermasalah displin. Hatta di pusat pengajian tinggi sekalipun masalah displin ni tidak pernah sunyi. Dan jangan hanya memandang situasi di alam pembelajaran, tengok sama walau di mana sekalipun.

Di tempat kerja, di pejabat kerajaan, di kilang-kilang, di sektor swasta, di jalanraya, di rumah, di masjid, di ceruk mana pun dunia ni, cuba carikan satu tempat atau satu kawasan yang tiada masalah displin. 

Masalah displin ni bukan disebabkan oleh sesiapa. Punca utamanya adalah dari dalam diri individu tu sendiri. Memang benar, ianya bermula dari peringkat ibubapa yang mendidik anak-anak supaya mendisplinkan diri. 


Kemudian bila memasuki alam pembelajaran di sekolah, maka pendidik dan guru pula bertindak sebagai memberikan panduan agar generasi ini tidak tersalah landasan.

Jadi untuk menyalahkan dan mengatakan pendidik itu bermasalah jika pelajar bermasalah, itu adalah satu kenyataan yang sangat menghina yang keluar dari mulut seorang yang bergelar Doktor Pendidikan dan Pakar Motivasi Keluarga.

Walaupun memang ada simpulan bahasa "Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari", jangan kita lupa kata orang lama, "dalam setandan pisang, tidak semuanya elok belaka".

Mengkritik atau menyalahkan atau menuding jari menunjukkan kesalahan orang lain ni memang menyeronokkan dan mudah. Tapi jangan sampai terlupa, jangan sampai terleka, kita ini walau setinggi mana pun ilmu atau darjat yang kita miliki, itu bukan menunjukkan kita telah sempurna.

Berikan pendapat dan pandangan anda semua sebagai seorang pendidik, ilmuan, ibubapa yang mempunyai anak di sekolah atau sebagai seorang pelajar itu sendiri. 










5 comments:

  1. Tak dapatlah ambe ulas panjang memandangkan ambe bukan dalam bidang pendidikan, namun bagi ambe, andai Dr Rubiah buat kenyataan pukul rata, mmg tak berapa tepat dan pastinya mampu mengguris warga pendidik yg banyk berkorban masa, tenaga dan sebagainya.

    Anak2 murid masalah, bagi ambe bukan tanggungjawab pendidik semata, no1 pasti pada ibubapa dan sekeliling. Kalau keluarga bermasalah, kemungkinan besar anak juga bermasalah.

    Sekadar pandangan kecil ambe =)

    ReplyDelete
  2. salam pipoq,

    macam yg pipoq tulis ai atas
    dalam setandan pisang, tak semuanya elokkan

    mmg awal pendidikan bermula di rumah tapi
    guru2 juga mainkan peranan utama contoh
    jika anak2 murid bermasalah jangan di sisihkan
    dan jangan asyik dirotan

    guru2 mmg banyak berjasa walaupun kini ramai yg
    selalu sibuk FB ..walau kat padang pun...hehe

    ReplyDelete
  3. Perkara ini subjektif. Bagi saya kalau setakat kajian atau pendapat tanpa tindakan susulan tidak memberi apa-apa makna.

    ReplyDelete
  4. mungkin niat dia tak nak org labelkan murid2 sebagai masalah kot.. entahlah..

    apa pun, saya percaya cikgu2 di luar sana dah cuba sebaik mungkin utk mendidik anak2 bangsa ni.. bukan satu tugas mudah sebenarnya..

    fiezaradzi dot com

    ReplyDelete