Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.
Pagi tadi aku singgah sebentar untuk bertemu dengan pengetua sekolah tempat aku mengajar tu bagi membincangkan sedikit masalah yang melanda. Kisahnya berkenaan pelajar kelas sebelah yang tidak dibenarkan masuk oleh gurunya dan dipaksa pula masuk ke kelas aku sesuka hati.
Dari aspek pembelajaran, aku sikit pun tak peduli sebab memang tujuannya aku ke sekolah untuk mengajar dan mendidk anak-anak yang dihantar oleh ibubapa tu cuma dari aspek sahsiah dan disiplin guru, aku rasa ianya sedikit terpesong.
Puncanya yang diberitahu adalah kerana pelajar tersebut 'kurang ajar' kepada guru kelas tu. Bila aku bertanyakan kepada pelajar sekelasnya, mereka mengatakan bahawa pelajar yang dihukum tu suka bersembang dan pada pemerhatian aku hampir keseluruhan pelajar lain telah tertanam dalam hati mereka untuk menyingkir pelajar tersebut.
Mungkin kerana guru tersebut adalah guru senior. Maka aku yang guru junior ni mudah untuk diperalatkan. Atas rasa hormat pada guru yang lebih senior dan tua usia dari aku, aku tak sanggup nak berdebat pasal perkara tu selain dari menyerahkan masalah ni kepada pihak atasan.
Perkara ni sebenarnya aku kesan bermula sejak jumaat lepas. Ketika aku menggantikan guru tersebut yang tidak hadir, pelajar yang 'dihalau' tu berada di luar kelas. Bila aku tanya alasan apa yang menyebabkan mereka tidak berada di dalam kelas, katanya guru kelasnya tidak benarkan mereka masuk.
Sikit lagi aku nak tendang budak-budak tu dari tingkat dua sekolah. Sampai macam tu sekali kesan yang diterapkan dalam jiwa budak-budak tu. Walaupun guru kelas diorang takde pun, masih perlu taat pada perintah guru tersebut. Aku tak nampak ada unsur 'kurang ajar' kat situ tapi macam terlebih ajar pulak.
Kalau nak dikatakan kelas 4B yang diketuai oleh guru tersebut adalah kelas anak-anak yang taat dan berhemah semuanya, tidak jugak sebab aku pun pernah bertindak sebagai guru ganti kat kelas tu apabila gurunya tidak hadir.
Kelas aku yang seramai 41 orang tu pun bukan la semuanya taat belaka. Kalau aku bukan seorang yang penyabar rasanya dah lama duduk kat hospital sebab kena serangan darah tinggi.
Cuma pada pendapat aku la sebagai seorang pendidik, tak seharusnya bagi seorang pendidik tu mempunyai emosi macam tu. Andai anak-anak kelas dikatakan kurang ajar, siapakah yang bertanggungjawab untuk mengajar dan mendidik mereka ketika mereka berada di sekolah ?
Andai anak-anak yang dihantar oleh ibubapa mereka ke sekolah kemudian mereka tidak mahu belajar, adakah wajar seorang guru tu untuk mengabaikan amanah yang dipikulnya tu ?
Lagipun bukan sepanjang hari nak menghadapi pelajar yang kononnya bermasalah sebegitu. Dan sepanjang malam aku terfikirkan masalah ni, andainya anak kepada guru tersebut bersikap 'kurang ajar' terhadapnya, agaknya mungkinkah dia akan bersikap lepas tangan dan menyerahkan anak kurang ajarnya tu kepada jiran rumah sebelah ?
simpati juga dengan budak tu, walau nakal sekalipun
ReplyDeletebudak itu guru2 mestilah sedaya upaya membimbingnya.
@onn Lajer
ReplyDeletecakap kasar tempat kerja aku, kalau dah tak suka nak buat kerja berhenti ramai lagi orang yang hendak menganti.
Assalam..
ReplyDeleteDugaan untuk guru2 masa kini...
Banyakkan bersabar...
itulah cabaran guru...
ReplyDeletehope ada jlan penyelesaiannya...
@onn Lajer
ReplyDeletetul tu..kalau dah rasa tak sanggup nak hadapi karenah pelajar, berenti je..ramai je yang tunggu nak ganti..
Cakap mmg senang bro..cuba pegi jadi cikgu seminggu..sehari mgkn boleh..seminggu..ok..sebulan masih ok..tapi kalau sepanjang tahun budak tu mcm tu mcmana ko rasa? ingat nak jaga dia sorg saja? mmg tanggungjawab guru mengajar pelajar, tapi bukan ajar dia sorg saja..dalam kelas ada 35-40 orang..darab 5 kelas dlm satu tingkatan..habis masa mengajar (marah) dia sorang jer..yang lain yg betul2 mahu belajar, terabai..guru pun manusia juga..ada perasaan..sembang banyak laa
DeleteHarap encik pengomen baca betul-betul isi entri ni dulu sebelum melenting..guru yang cepat melenting ni yang selalu menjadi masalah.. :)
DeleteSaya pernah tonton video kat atas tu, kalau tak silap itu kes di Sarawak kan dan dah lama. BTW, saya tak mahu menyebelahi sesiapa dlm kes sedemikian, cuma rasanya lebih elok kalau guru sebagai orang yang lebih matang menggunakan pendekatan yang berlainan yang lebih bijaksana. IMHO
ReplyDeletemak ai..41 orang dalam satu kelas? Igt kan zaman sekarang ratio student-cikgu dah kecil kecil...masih macam zaman dulu juga
ReplyDeleteAnak-anak bertindak tidak mengikut kewarasan dan terikut darah mudah. Bagi yang tua kemantangan menundukkan sifat kebudak-budakkan.
ReplyDeleteitulah ...bukan semua orang boleh jadi guru
ReplyDeletejangan hanya kerana jadi guru tu banyak ganjaran
dan kemudahan sampai lupa pula tugas sebenar guru
utk mendidik murid2
semoga pipoq akan menjadi guru yang baik utk
dicontohi bila ada guru2 junior pula nanti...insyaAllah :)
@shraqs
ReplyDeletegambar yang ada tu hanya sebagai hiasan..memang sepatutnya sebagai guru peru ada banyak jenis pendekatan dalam menangani masalah berkaitan dengan pelajar..
xiaowei 20160409
ReplyDeletecoach outlet store online
coach outlet online
nike huarache
prada handbags on sale
hollister clothing store
true religion jeans
ray ban sunglass,ray ban sunglasses,ray ban outlet,cheap ray bans,cheap ray ban sunglasses,cheap ray bans,ray bans
bottega veneta shoes
calvin klein dresses
fitflops sale clearance
nike cortez shoes
coach outlet online
louis vuitton pas cher
coach outlet online
michael kors
valentino
coach factory
levis 511
adidas superstars
coach outlet online
longchamp uk
michael kors uk
michael kors canada
adidas shoes
reebok shoes
timberland boots
michael kors outlet canada
sac longchamp pliage
asics gel kayano
fitflop uk
ugg sale
michael kors outlet
true religion jeans
coach factory outlet
rolex replica watches
toms outlet
timberland uk
michael kors outlet
converse sale
nike blazer