18 September 2012

Dulu ramping, kini kembang

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Dua tiga hari ni jalan melintas hadapan pintu utama Institut Latihan Tentera Udara Ipoh, ternampak papan tanda berkenaan pemilihan awal rekrut Tentera Udara. 

Bagi yang berminat untuk menyertai pasukan tentera udara negara dah tentu takkan melepaskan peluang. Walaupun mungkin sesi pengambilan dan latihan awal tu agak 'keras' namun dengan niat untuk menjadi benteng hadapan mempertahankan negara insyaAllah semua tu berbaloi demi agama, bangsa dan negara.


Apa yang aku nak kongsikan kat sini pasal pemilihan untuk menyertai unit beruniform tu la. Tak kira samada tentera darat, tentera udara, tentera laut, polis mahupun bomba.

Kebiasaan syarat utama yang perlu ada pada setiap calon yang ingin menyertai pasukan beruniform ni ialah ukuran badan. Dada sekurang kurangnya mesti montok bila menarik nafas. Pinggang haruslah ramping mengikut ukuran.

Aku faham kerana tujuannya untuk memudahkan calon calon terpilih untuk mengikuti setiap kursus pemilihan dengan cerdas dan cergas. Maklum la sebab nak kena berlari lari, mengangkat beban, melakukan berbagai aktiviti sepanjang kursus tu.

Sudah pasti la negara kita memerlukan setiap anggota pertahanan negara yang sentiasa cergas dan tangkas. Sebab tu calon calon yang terpilih tu mesti mematuhi semua syarat syarat yang ditetapkan terutama bentuk badan.

Tapi (bukan semua ye) kebiasaannya bila sudah mula berkhidmat, lama kelamaan tubuh yang dahulunya sasa dan kelihatan perkasa sudah mula berubah. 

Pinggang yang dulunya ramping kini sudah mengembang. Tahap kecergasan pun mungkin sudah menyusut. Dengan keadaan sebegitu ada kemungkinan akan menjejaskan operasi.


Memang fizikal manusia ni kita tak boleh nak jangka. Tambahan pulak dengan dunia serba maju yang lebih banyak aktiviti duduk je. Dan negara kita sekarang ni pun dah berapa ramai individu yang mencapai tahap obesiti dan bilangannya semakin meningkat dari masa ke masa.

Buat anggota ahli pasukan pertahanan negara, jangan kecil hati pulak dengan perkongsian aku ni. Cuma sekadar berkongsi minda. Terkadang terfikir, memang susah nak kekalkan kecergasan dan fizikal ni terutama bila usia semakin meningkat.



9 comments:

  1. assalamualaikum pipoq...memang betul tu bila dah meningkat usia semakin malas nak menjaga badan spt mula2..:)

    ReplyDelete
  2. hrumm...setuju dgn En Pipoq...mmg berlaku macam ni.. ;)

    ReplyDelete
  3. Macam saya tak layak untuk menyertai pasukan pakaian seragam kerana memakai cermin mata. :-)

    ReplyDelete
  4. Ramai kawan-kawan saya ajak interview TUDM. Tapi saya kembang :(

    ReplyDelete
  5. ehehe..betul la tu..masing2 da malas...

    tp kalau askar wataniah..badan gempal sket..stil leh diterima..eheh

    ReplyDelete
  6. walaupun diaorang boyot tapi cukup cergas, itu yg tebik spring kat diaorang.

    ReplyDelete
  7. betul sekali,,tapi asal bukan berkembang karena memakan hasil korupsi.hehehe

    ReplyDelete