Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu diucapkan kepada rakan rakan pengunjung yang dikasihi mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah. Buat rakan rakan yang beragama Islam selamat menunaikan ibadah puasa.
Tiga hari lepas aku agak sibuk sebenarnya sebab menghadiri kursus P&P anjuran Bahagian Pendidikan, JAIPk. Selain dari berkursus mengenai kaedah menguruskan situasi dalam dan luar kelas, kaedah-kaedah untuk membina soalan ujian juga dapat dipelajari.
Sepatutnya kehadiran peserta dari lima daerah yang telah dipilih untuk mengikuti kursus P&P kali ni berjumlah 80 orang namun hanya 70% yang menghadirkan diri.
Bagi peserta yang pertama kali mengikuti kursus P&P ni sememangnya ianya suatu yang baru. Namun bagi yang sudah pernah mengikuti kursus seumpama ini, kebanyakan yang aku dengar kehadiran mereka sekadar memenuhi kehendak sekolah.
Aku sendiri pun sebenarnya bila dipilih untuk mengikuti kursus ni mulanya berasa agak berat kerana memikirkan terpaksa meninggalkan anak anak murid kelas aku tu tanpa guru tapi bila memikirkan ianya untuk kebaikan diorang jugak, tak rugi aku mengikuti kursus sebegini.
Biarpun tajuk seminar atau kursus yang kita ikuti tu serupa dan sama tajuknya, namun bagi yang luas mindanya pasti tahu bahawa setiap pengisian yang diberi dan diterima dalam setiap seminar atau kursus tu mesti berlainan isinya.
Sedih jugak bila mendengarkan ada suara-suara yang berkata kursus sebegini hanya membuang masa, terpaksa dihadiri dan berbagai lagi pandangan berbentuk negatif. Lebih sedih lagi bila ianya keluar dari mulut seorang pendidik.
Andainya seorang pendidik pun malas untuk menuntut ilmu bagaimanakah dia hendak mendidik anak muridnya ? Ibarat kata pepatah, guru kencing berdiri anak murid kencing berlari. Kalau diri sendiri pun malas nak menuntut ilmu, tak hairan la kalau yang dididik tu seratus kali lebih malas dari kita.
Bercakap tentang pepatah ni, setelah hampir 28 tahun bermula pendidikan awal di tadika dulu aku mendengar bidalan "harapkan pagar, pagar makan padi" tu, mati-mati aku fikirkan dan membayangkan kawasan sawah padi yang berpagar sekelilingnya kemudian pagar itu juga merosakkan padi tu.
Siapa yang sehingga hari ni berfahaman cam aku tu ?
Terasa sedikit kejahilan bila dari usia 6 tahun hinggalah mencecah usia 33 tahun dok membayangkan pagar yang tak berdosa tu memakan padi. Alhamdulillah melalui kursus P&P ni baru la aku mengetahui erti sebenarnya.
Rupanya apa yang dimaksudkan tu ada sejenis burung yang disebut burung pegar. Dan burung yang bernama pegar ni memang memakan padi walaupun tujuan asalnya adalah untuk ditugaskan menghalau haiwan perosak lain.
Nak salahkan cikgu bahasa melayu masa belajar kat sekolah dulu pun tak boleh jugak sebab dia lansung tak pernah bagitau pasal burung pegar ni kerana mungkin dia sendiri pun tak tau pasal maksud sebenar bidalan ni.
Cuma yang menjadi persoalan dalam minda aku ni
I ) Apa kejadahnya mengharapkan burung untuk menjaga padi ? Guna la kucing ke, ular sawa ke.
II ) Apakah pihak DBP tak bercadang untuk menukar penulisan 'pagar' tu kepada 'pegar' agar lebih mudah untuk difahami.
III) Mushkil jugak, kenapa cikgu bahasa melayu aku dulu tak pernah bagitau pasal burung pegar ni. Dia kata maksud 'harapkan pagar, pagar makan padi' tu ialah kita mengharapkan pada orang lain tapi orang tu tak boleh diharap. Dan murid bengong cam aku ni terbayangkan pagar yang memagari sawah padi tu sedang mengunyah padi.
p/s : Infants too young for late-night movies ? Harap-harap peristiwa yang berlaku kat Colorado tu tak berlaku kat panggung wayang di negara kita ni..
hik3.... br tau gak
ReplyDeletewah... mcm tu ka...
ReplyDeletesy pon tak tahu ade burung pegar ni...
#Cikgu kena rajin, baru anak murid pun rajin
#Selamat berpuasa Cikgu...
My recent post : (PERCUMA) e-Book Ramadhan : Rujukan & Panduan Ibadah Sepanjang Ramadhan
Harapkan pegar..pegar plak bangang
ReplyDeletebaru tahu kisah pagar yang makan padi tu adalah burung pegar.
ReplyDeletechii pun baru tau gak..nak diikutkan..ada bbrp lg peribahasa yg sama mcm ni..tp chii x ingt yg mana...pelik kan..pagar yg dok mkn padi..eehehe..
ReplyDeletekesilapan ketika menterjemahkan tulisan jawi ke rumi pegar menjadi pagar..... dan tiada usaha dbp utk memperbetulkan kesilapan ini
ReplyDeletehehehe.. kita fikirkn benda yg sama... Salam Ramadhan Al-Mubarrak.. Selamat menjalani ibadah puasa.. Semoga beroleh rahmat, maghfirah dan barokah.. Aminnn.. :)
ReplyDeleteassalamualaikum pipoq...yer la baru tahu ingatkn saja2 jer org dulu yg buat...;)
ReplyDeletebaca isu ni kat laman web beberapa tahun dulu. juga baca jawapan dari Dewan Bahasa dan Pustaka.
ReplyDeleteIsu yang dibangkitkan tiada kajian terperinci untuk mengesahkan kebenaran. jadi kita gunalah 'harapkan pagar, pagar makan pagi'
Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan.
dah baca pasal isu ni kat akhbar utusan awal tahun ni
ReplyDeleteada dgr pasal ni sebelum ni.. entah lah, wpun duduk kat sawah padi, tak perasan lak burung tu, tapi yg pasti mmg sawah padi tak de pagar..
ReplyDeleteigt org dulu2 wat pagar, sbb tak nak bagi pencuri masuk. hahaa.. dulu burung tu mungkin utk makan ulat2 yg de kat padi kot, tapi bila dia dah kawal, ulat tak de, dia pun hentam padi agaknya.. haha
links of london
ReplyDeletefitflops clearance
hermes belts for men
nike air force
nike huarache
adidas nmd
yeezy shoes
adidas nmd
michael kors outlet store
timberland shoes