Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah.
Alhamdulillah kita semua dah masuk hari ketiga berpuasa di bulan Ramadhan ni dan alhamdulillah juga kerana kita antara hamba-Nya yang diberikan peluang dan kesempatan untuk meraikan Ramadhan tahun ni moga-moga ibadah kita tahun ni lebih baik dari yang sebelumnya.
Biasanya bila Ramadhan menjelma ni kebanyakan orang akan sibuk memikirkan tentang persiapan menyambut bulan Syawal pulak. Berapa jenis kuih raya nak dihidangkan. Warna apa baju raya yang nak dipakai nanti. Silap haribulan dah siap senarai rumah kunjungan.
Tapi aku pulak sedikit sibuk pasal perkara lain. Memikirkan cara dan kaedah untuk menyediakan anak-anak murid aku tu bagi mempersiapkan diri menghadapi ujian akhir tahun pun jenuh jugak.
Bagi pelajar yang agak maju ke depan tu mungkin tak menjadi masalah tapi nak menangani pelajar yang agak ketinggalan di belakang membuatkan aku sedikit susah hati memikirkan cara dan kaedah bagaimana lagi perlu aku terapkan agar mereka boleh seiring dengan pelajar lain.
Lebih kurang tiga bulan je masanya sebelum ujian akhir tahun akan diadakan bermakna dalam masa tiga bulan juga aku perlu mengasah minda mereka untuk mendapat peratusan yang lebih baik dari sebelumnya.
Mudah mudahan sempena bulan yang penuh keberkatan ni, doa dan usaha aku dalam mendidik anak-anak aku yang ramai tu dikabulkan dan dipermudahkan oleh Allah.
Dan untuk makluman rakan rakan pengunjung semua, sekarang ni aku ada terlibat dalam penjualan kitab Ihya Ulumuddin berjilid edisi bahasa melayu, baik pulih telefon bimbit serta penjualan aksesori telefon bimbit dan gajet pintar yang lain tu seperti bateri, pengecas, 'power bank', pelapik kulit untuk tab dan lain-lain lagi.
Bagi yang berminat atau mencari-cari tu boleh la hubungi aku melalui Facebook atau email. Mana la tahu dalam menjalani ibadah ramadhan ni nak menambah ilmu pengetahuan ke atau teringin nak menggayakan sedikit gajet yang ada tu sempena nak menyambut Syawal.
salam.. patutlah diam2 sahaja sahat kita rupanya mekir anak2 murid gagal huhu... sabr, kita doa merka kena usaha lebih skit..
ReplyDeleteselamat berpuasa bro...moga sht skluga ya
ReplyDeletemoga apa yang dirancangkan berjalan dengan lancar.. ;)
ReplyDeletedah terfikir bab baju raya..hehe...sebelum puasa pun dah mula cari...tapi masih belum jumpa yang berkenan di hati... ;)
salam ramadhan. semoga dipermudahkan dlm persiapkan ujian akhir tahun untuk murid2.
ReplyDeleteSiapa tidak bimbang kalau anak didik tidak cemerlang. Sudah menjadi saudagar siber sahabat blogger saya ini. Selamat berjaya. :-)
ReplyDelete