Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat berhujung minggu buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati dan diberkati Allah.
Sejak semalam lagi kelihatan kenderaan memenuhi jalan raya berikutan musim cuti sekolah yang akan berakhir hari ni. Bagi rakan rakan yang memandu ke mana jua destinasi didoakan semoga selamat sampai dan sentiasalah beringat dan berhati-hati ketika memandu.
Bagi entri ulasan jenama hari ni, aku nak berkongsi pengalaman berkenaan set selepas bersalin. Sepatutnya aku nak suruh isteri aku yang jadi penulis jemputan tapi malu-malu kucing pulak dia.
Jenama yang aku nak kongsikan hari ni adalah seperti yang pernah aku kongsikan dalam entri persediaan menyambut kelahiran dulu tu. Jenama set selepas bersalin yang aku maksudkan tu ialah set selepas bersalin Nona Roguy.
Set selepas bersalin Nona Roguy ni mengandungi enam produk didalamnya. Antaranya tablet PhytoNatal, paket Akar herbanika, minyak herbanika, herbanika barut, paket uncang cuci herbanika dan serbuk herbanika lulur. Kesemuanya didatangkan khas dalam satu kotak set bersalin keluaran Nona Roguy.
Jika sewaktu anak pertama dahulu, isteri aku menggunakan set bersalin keluaran HPA. Walaupun ianya agak memuaskan juga namun kebanyakan item yang terkandung dalam set bersalin tu tidak mencukupi sehingga habis tempoh pantang. Namun itu bukanlah masalah kerana produknya boleh dibeli secara berasingan dan harganya juga tidaklah sebegitu mahal.
Bagi kelahiran anak yang kedua pula, isteri aku memilih untuk menggunakan set selepas bersalin keluaran Nona Roguy. Tidak aku nafikan bahawa harga untuk satu set selepas bersalin Nona Roguy ni agak mahal namun ianya agak berbaloi untuk digunakan.
Rasanya tidak perlu untuk aku mengulas setiap satu produk yang terkandung dalam set bersalin Nona Roguy ni. Dari pengalaman isteri aku sebagai pengguna, alhamdulillah menurutnya memang terasa perbezaan ketara jika nak dibandingkan dengan produk yang digunakan sebelum ini.
Dan katanya yang lebih penting sekali [mungkin juga bagi semua wanita] selepas menggunakan produk set bersalin Nona Roguy ni, penurunan berat badan jelas ketara. Selain tu jugak, badan terasa lebih bertenaga dan tiada masalah sembelit atau buang air kecil yang tidak lawas.
Disebabkan anak kedua aku hari tu terkena jaundis hingga terpaksa ditahan di wad hospital, mulanya rasa agak risau juga untuk isteri aku menggunakan produk set bersalin Nona Roguy ni. Tapi alhamdulillah sejak anak aku tu dibenarkan pulang dan berterusan menyusu badan dengan isteri aku, tiada masalah bagi isteri dan anak aku tu.
Dan yang paling penting sekali, set selepas bersalin Nona Roguy ni memang mencukupi untuk bekalan sepanjang tempoh berpantang. Kecuali la kalau ingin meneruskan penggunaan beberapa produk dari set bersalin ni, ianya boleh dibeli secara berasingan di stokis atau kedai kedai jamu berhampiran.
Disokong penggunaannya oleh mak mertua aku sendiri jugak, bagi produk set selepas bersalin jenama Nona Roguy ni aku dan isteri bagi 9/10 markah dari sudut keberkesanannya, 7/10 untuk harga yang ditawarkan.
Ketika saya melahirkan anak saya baby Aslah, doktor tidak benarkan mengambil jamu kerana anak ada g6pd.
ReplyDelete@akubiomed
ReplyDeletememang kalau anak ada masalah, ibu2 lepas bersalin kena kawal penggunaan jamu2 ni..
sy hari tu rujuk jugak pada stokis NR tu bebetul + isteri pun tak ambil semua produk sekaligus waktu anak masih jaundis..
Assalam..
ReplyDeleteNR memang sesuai untuk mereka yang nak turunkan berat badan..
assalamualaikum pipoq...baik yer jenama NR ni kalau anak yg menyusu badan boleh ke ibu nyer memakan produk ini ada x kesan pd anak tu...:)
ReplyDeletebiar je bini gemok..xyah bagi jamu2..leh kaawen lg satu..haha
ReplyDeleteKn try ni utk anak no 3.. hum
ReplyDelete@Iza Teratak Usang
ReplyDeleteisteri sy bagitau pun baru ni timbang di klinik agak ketara jugak la perbezaan berat yang turun tu berbanding masa anak pertama dulu..
@maszull
ReplyDeletewaalaikumsalam..
alhamdulillah masa memula tu risau jugak sebab anak kena kuning awal kelahiran dulu tu..cuma masa tu isteri tak ambil yang minuman dia je dulu sementara anak sihat dulu..lepas tu baru ambil semua..takde masalah alhamdulillah walaupun anak menyusu badan..
@Edy Zaidi
ReplyDeletenanti kalo habis kuota camne ? hehehe
@Fazidah Che Wan
ReplyDeletesebelum ni puan guna produk apa ? isteri sy pun baru masa anak kedua ni guna + mak mertua pun rekemenkan NR..
alhamdulillah takde masalah + isteri pun kata lebih puas hati..
anak pertama, guna ubat dari bidan je... berkalong nak habiskan..
ReplyDeleteanak kedua, beli gak set dari aressa, ke apa, pula dah.. tapi NR ni mmg dari dulu, kata mak lah.. nnti2 lau de rezeki lagi, nak cuba lah..
yang aku guna minyak dia aje,cuma botol dia mangkin kecik la
ReplyDeletewah..rating tinggi gak yg pipoq kasi tu..ehehe..nk cuba..x kawen lg :p ehehe
ReplyDeleteob belum cuba lagi bro hee cam terbaik jer penggunaan dia heee
ReplyDeletesy masa pantang mak saya sediakan sendiri maska juga mkn yang manual2 ni bukan skrg main telan dan mudah pula nak gunakannya hee
ReplyDeleteGanti jamu2 yg macam2 kat dapat dari bidan kampung..hehe
ReplyDeletePe2pun jenisnya, moga anak isteri sihat sejahtera.
jordan
ReplyDeletenike factory outlet
omega watches
bijoux swarovski
pandora bracciali
coach outlet
mulberry
the north face
asics gel
swarovski gioielli
2018.2.3chenlixiang