11 June 2012

Lelaki ke neraka akibat wanita ?

  9 Komen    
label: 
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah.

Bagi adik adik yang bersekolah pulak, selamat kembali menjalankan amanah sebagai pelajar selepas bercuti hampir dua minggu. Selalunya bila lepas cuti ni memang mood nak memulakan pembelajaran tu lambat sikit nak datang. Apa pun yang penting, hak dan amanah sebagai pelajar tu perlu juga ditunaikan.

Bercakap tentang hak dan amanah ni, ingin aku kongsikan sedikit peringatan untuk diri agar dapat menjadi panduan kejayaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat kelak.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud ;
"Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara' (orang orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita." [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim] 
Bila baca hadis di atas ni, kaum lelaki jangan senyum memanjang pulak. Terasa kononnya selamat bila tak disebutkan oleh Nabi SAW. Tentang ramainya kaum wanita dalam neraka seperti yang disebutkan oleh Nabi SAW tu insyaAllah kesempatan lain akan dikongsikan.

Berbalik kepada kaum lelaki yang tersenyum lebar tu, jangan fikir kita terselamat dari ancaman api neraka tu pulak. Walaupun dikatakan oleh Nabi SAW yang ramai di dalam neraka itu adalah wanita, kita yang lelaki belum tentu selamat kerana mereka mampu untuk menarik kita bersama sama menjadi penghuni neraka.

Bagaimanakah semua itu boleh terjadi ? Kalau kat dunia ni kita boleh katakan tidak adil sama sekali. Tapi apa yang nak hairannya, sedangkan di dunia ni pun jika kita katakan tidak adil diperlakukan begitu dan orang yang diperlakukan begitu boleh dibela kerana mempunyai hak untuk mempertahankan dirinya, begitu juga di akhirat kelak.


Ketahuilah wahai lelaki, yang bergelar ayah, yang bergelar suami, yang bergelar abang atau adik, yang bergelar anak, bahawa mereka kaum wanita yang hidup bersama kita sebagai anak perempuan, isteri, kakak atau adik perempuan dan bergelar ibu, mereka mempunyai hak dan amanah yang boleh dituntut di akhirat kelak.

Sebagai seorang bapa, ayah, walau apa juga panggilannya, jika di dunia ni tidak lansung memperdulikan anak anak perempuannya. Tidak diajarkan menunaikan rukun-rukun islam, tidak menyuruh anak anaknya menutup aurat dan sebagainya, hanya kemewahan dunia yang diberikan untuk anak anaknya. Maka untuk itu tunggulah saatnya di gamit oleh anaknya ke neraka jahanam.

Sebagai seorang suami pula, andai membiarkan sikap isteri tidak terkawal bergaul bebas, berhias diri bukan untuk suami malah untuk menjadi perhatian kaum lelaki yang bukan mahram di luar sana, walaupun suaminya tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid, nantikanlah kehidupan sehidup semati bersama isteri tercinta yang dibiarkan itu di neraka.

Bagi yang bergelar abang atau saudara lelaki pula, apabila ketiadaan ayah maka disitulah tanggungjawab yang harus dipikul bagi menjaga setiap amalan, akhlak dan maruah diri saudara perempuan kita tu. Biarpun sudah berkeluarga sendiri, tanggungjawab itu masih terpikul selama mana mereka belum bersuami. Andai kita mengabaikannya, salahkanlah diri sendiri bila adik adik perempuan kita menarik kita bersamanya untuk ke neraka.


Buat yang bergelar anak, bukanlah dinamakan menderhaka apabila kita menegur kesalahan ibu kita sendiri yang terpesong dari syariat Islam. Mahukah kita membiarkan ibu kita diseksa di neraka kerana perbuatan mendedahkan aurat, mengumpat, mengata dan memfitnah ketika di dunia ? Sebagai anak yang 'baik' sekiranya membiarkan ibu kita berada dalam dosa sepanjang masa, mungkin lebih baik juga dapat menjadi peneman ibu ketika di neraka.

Sebagaimana hebatnya tarikan wanita di dunia ni begitu juga hebatnya tarikan wanita di akhirat kelak. Untuk itu marilah kita bermuhasabah diri memperbaiki apa yang kurang dalam kehidupan kita di dunia ni agar kita dapat memperolehi kejayaan dan kebahagiaan bukan saja di dunia malah hingga ke akhirat sana insyaAllah.



9 comments:

  1. takmau tertarik atau menarik ke neraka... subhanallah

    ReplyDelete
  2. @msredcheesecake

    perkongsian peringatan bagi kita yang sering lupa dan alpa dengan kehidupan dunia..

    ReplyDelete
  3. menjadi tjawab seorang lelaki supaya memelihara amanah yg paling besar, wanita.. insyaallah, lau wanita tu mudah dijaga, tidak mustahil syurga itu..

    marilah sama2 menolong spaya kita semua tidak menjadi ahli neraka..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum pipoq....besar tanggungjawab seorang lelaki dan jgn ambil mudah akan tanggungjawab itumoga kita semua dihindari dr semua perkara2 yg kurang elok...:)

    ReplyDelete
  5. salam pipoq,

    bagus sangat info dari entry ini

    kak ati minta izin share kat FB boleh?

    ReplyDelete
  6. @Ati Masrif

    silakan kak..tak perlu minta izin pun sy benarkan..moga bermanfaat utk semua..

    ReplyDelete
  7. yup..perkongsian yang bermanfaat..

    sbg perempuan juga harus jaga diri jika sygkan ayah,suami,abg,adik.....

    ReplyDelete
  8. begitu besar peranan seorang insan bernama lelaki

    ReplyDelete