02 June 2012

Berkongsi rahmat

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.


Dua malam lepas kesunyian malam kat rumah aku terganggu lagi dengan pesta katak menguak. Dah macam konsert  pulak. Memang tersangat menjengkilkan telinga. Walaupun aku dah berusaha membubarkan pesta yang diadakan tu, namun masih ada juga yang berani kembali dan menambahkan kemeriahan pertandingan mencari pasangan tu. Aksi aksi mereka tu, aku tak pasti la camne. Sudah memuncak nafsunya kot.


Dalam waktu berdiri mendodoikan anak kecil yang terganggu lenanya dengan jeritan batin katak katak jantan dan betina di luar rumah tu, aku mendongak ke atas tingkap. Kelihatan seekor cicak betina sedang sarat perutnya dengan dua biji telur yang pastinya seakan bertarung nyawa untuk dikeluarkan kelak. Kalau biasanya pasti akan ditemani pasangan jantannya, kali ni hanya sendirian. Ditinggalkan kekasih barangkali.


Dan malam tadi ketika meluangkan sedikit masa di dalam bilik mandi, kelihatan tiga ekor sang gonggok. Anehnya, pada mulanya yang seekor hanya memerhati kedua pasangan memadu asmara di bucu dinding. Dan kemudiannya seakan mengetahui gilirannya hampir tiba, perlahan dia mendekati dan seterusnya menyambung sesi memadu asmara tu pulak. Bermadu agaknya.


Maaf. Aku tidak terlibat sama dalam semua kejadian yang berlaku. Isteri aku masih dalam pantang selepas melahirkan anak kedua tempohari. Aku faham, sekarang ni cuti sekolah. Kadang kadang orang senior cakap musim mengawan. Dulu aku tak faham. Aku fikir bila cuti sekolah je seronok nak pegi jemputan makan nasik minyak lauk ayam masak merah. Sedap betul membayangkan.


Lupa pulak aku nak bertanya pada jiran, kalau kalau perkara sama berlaku di rumah mereka. Atau mereka itu, katak katak, cicak cicak, gonggok gonggok, sengaja nak memprovokasi aku yang sedang dalam 'percutian'. Sibuk menjaga dua anak dara kat rumah ni. Sampai hati menjadikan rumah aku ni lokasi lubuk asmara memadu kasih diorang. Tak mengapa la. Berkongsi rahmat mungkin.



7 comments:

  1. cicak memadu asmara..kompom nk tambah generasi tu! kita halau p siram air pn x berganjak...benci tol! dl la kt umah bersepah jer najis dia tabur..geliii...katak 'ong ong' mmg menganggu! sebok pulak nk berkaraoke tgh2 mlm buta..akhirnya smpai termimpi2 katak..

    ReplyDelete
  2. cicak tu suruh tuan rumah sama2 menambah bilangan anak...hehe

    ReplyDelete
  3. Sesuai sangatlah haiwan-haiwan eksotik ini mengawan ketika musim cuti sekolah. :-)

    ReplyDelete
  4. sabar eh...haiwan2 tu saje nak menguji iman pipoq tu ;p

    ReplyDelete
  5. meriah lak rumah En Pipoq dgn haiwan2 ni ye...huhu... :)

    ReplyDelete