Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat berhujung minggu bersama keluarga atau sahabat handai mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.
Dalam kehidupan yang serba moden dan sibuk ni, kebanyakan ibu bapa sekarang masakini lebih suka memilih untuk menggunakan lampin pakai buang untuk anak mereka. Dalam memilih lampin pakai buang untuk anak, jenama apa yang menjadi pilihan ?
Untuk review jenama kali ni, aku nak berkongsi pengalaman tentang produk lampin pakai buang. Sewaktu anak yang pertama dulu kami bermula dengan menggunakan produk lampin pakai buang jenama Drypers. Pada permulaan penggunaan alhamdulillah takde masalah seperti ruam lampin atau sebagainya. Harga yang ditawarkan juga agak berbaloi.
Namun selepas bertukar dari saiz NB kepada saiz S, masalah mula melanda. Anak aku mula terkena ruam lampin. Walaupun kerap juga menggantikan lampin pakai buangnya setiap kali dia membuang air namun masalah ruam lampin tetap tidak berkurangan.
Bagi mengatasi ruam lampin yang menyebabkan anak aku tu tak selesa, kami menggunakan krim calamine yang mudah didapati di farmasi. Apabila melihat ruam yang dihidapinya berkurangan, kami tidak lagi menyapu krim calamine setiap kali selepas menukar lampin pakai buangnya. Namun begitu, masalah ruam lampin kembali semula.
Merasakan lampin pakai buang yang digunakan mungkin tidak sesuai, maka kami bertukar menggunakan lampin pakai buang berjenama Huggies. Walaupun harga yang ditawarkan agak mahal sedikit dari jenama pilihan sebelum tu namun sejak menggunakan lampin pakai buang jenama huggies, masalah ruam lampin lansung tidak perlu dirisaukan.
Dan untuk anak kami yang kedua pun aku masih menggunakan lampin pakai buang jenama huggies. Alhamdulillah masalah ruam lampin tidak ketara berbanding menggunakan lampin pakai buang jenama lain yang diberikan percuma sebagai hadiah kelahiran.
Buat masa ni, hanya jenama huggies yang menjadi pilihan untuk produk lampin pakai buang. Mungkin lain bayi lain tahap sensitif kulitnya. Bagi aku dan isteri untuk keselesaan anak anak kami, jenama huggies amat boleh dipercayai dalam mengatasi ruam lampin dan ketidakselesaan kulit.
pakai la lampin yg masuk macam pakai seluar tu....apa tah jenama dia
ReplyDelete@Edy Zaidi
ReplyDeleterasa macam tak praktikal sangat kalo jenis 'pants' tu sebab kalo budak poop, lepas bukak tu tak dapat nak 'bungkus' macam guna strap tu..
aku biasa beli drypes,cuma kekadang pelekat dia tu buat hal tak nak melekat
ReplyDeleteAssalamualaikum Pipoq,
ReplyDeleteHuh ada reviw utk jenama ye...baguslah mcm tu idea & kreativiti yang menarik. Tapikan org2 dahulu kala tak pakai drypers ni...diorg lebih suka pakai lampin kain...
Zaman sekarang ni je diorg nk mudah & pantas...hu3...BTW kami singgah baca & jadi follower blog Pipoq..
Jangan lupa singgah & follow blog kami lepas ni ye.. TQ.. :-)
www.mylovely-cats.blogspot.com
assalamualaikum pipoq....mama ni lagi lah semua jenama dah x tahu anak2 pun dah besar...mungkin ada cucu nanti tahula balik semua jenama lampin pakai buang ni...:)
ReplyDeleteheheh..bleh jadi jurucakap huggies ni..slalunya para ibu..tp ni ulasan dari seorang ayah
ReplyDelete@onlajer
ReplyDeletemasa mula2 anak pertama dulu mmg pakai drypers..tapi lepas tu problem ruam lampin, terus tukar lain..
mmg kadang2 tu pelekat dia tu tercabut lansung..terus tak leh nak guna..
@Zul n Azizi Boarding Pets
ReplyDeletewaalaikumsalam..
rasanya tak salah kan kalo nak buat review jenama camni sebab kita sebagai pengguna ada hak untuk menyuarakan dan berkongsi pendapat..
terima kasih kerana singgah..kunjungan balas akan menyusul..
@maszull
ReplyDeletewaalaikumsalam..
berapa lama lagi ye mama nak menimang cucu pertama ni ?
@chii
ReplyDeletehehehe..sekadar berkongsi pendapat mengenai jenama yang digunakan je..
mcm mana pula dengan jenama papers...macam dah tenggelam je kan jenama tu... :)
ReplyDelete@nabilah_2908
ReplyDeletetu la pasal..padahal jenama pampers tu la pelopor lampin pakai buang sampaikan apa jenama pun orang akan sebut pampers..tragik sungguh..