08 December 2010

hadiah buat yang tercinta

  9 Komen    


Akhirnya setelah berhempas pulas memikirkan hadiah terhebat buat hari lahir isteri tercinta, aku memilih sepohon bunga mawar yang berbunga, menghijau daunnya dan sebuah pasu yang berukir cantik.

Walaupun dari segi harganya budak sekolah rendah pun mampu untuk memilikinya, tapi aku ada pengertian tersendiri tersirat melalui pemberian ni.

Bila aku google kesukaan wanita, dari hasil kajian aku rating tertinggi kalo tak bunga, cokelat ataupun teddy bear. Mulanya aku bercadang nak hadiahkan bunga tapi bunga pasti akan layu dan tak sampai sebulan dah hilang dari pandangan.Nak bagi cokelat, lama mana sangat tahannya. Nak bagi teddy bear, kang asyik nak peluk teddy bear je pulak, jeles aku nanti. Hahaha..

Lalu dengan drastiknya aku memilih pokok bunga dan pasu ni. Kenapa ? 
  • Pasu tu menggambarkan cinta dan kasih sayang yang menampung kehidupan sehari hari yang penuh dengan suka duka.
  • Pokok bunga tu menggambarkan satu kehidupan yang perlu penjagaan dan perhatian.
  • Bunga mawar tu menggambarkan cinta yang sentiasa berkembang mekar dan mengharum menghiasi kehidupan.
  • Daun menghijau tu menggambarkan kebahagiaan yang tumbuh subur sepanjang masa.
  • Duri mawar tu menggambarkan rintangan dan episod duka dalam kehidupan yang mana perlu berhati hati mengawal dan menghadapinya agar tidak tertusuk padanya.
Hehehe..memandai je aku kan. Tapi dari sudut pengertian aku, camtu la maksud tersirat yang aku persembahkan untuk isteri tercinta aku tu. 


Lagipun kalo aku bagi pokok bunga ni, bila bila isteri aku nak bunga pun tak yah nak pegi beli lagi ye tak ? Petik je kat situ. Hehehe...



Related Posts:

  • Lelampuan On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The ide… Read More
  • Sehari di kampung Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Apa aktiviti sempena bercuti tahun baru cina ni ? Berkunjung ke rumah rakan rakan yang berbangsa cin… Read More
  • Batik ke Sabah Assalamaualikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati ALLAH. Petang hujung mingg… Read More
  • Cukai dunia Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan yang berkunjung ke sini mudah mudahan ALLAH memberkati dan merahmati segala amal baik kit… Read More
  • Cek pertama dari Nuffnang Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan yang berkunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati ALLAH.  Terlebih… Read More

9 comments: