08 December 2010

hadiah buat yang tercinta

  9 Komen    


Akhirnya setelah berhempas pulas memikirkan hadiah terhebat buat hari lahir isteri tercinta, aku memilih sepohon bunga mawar yang berbunga, menghijau daunnya dan sebuah pasu yang berukir cantik.

Walaupun dari segi harganya budak sekolah rendah pun mampu untuk memilikinya, tapi aku ada pengertian tersendiri tersirat melalui pemberian ni.

Bila aku google kesukaan wanita, dari hasil kajian aku rating tertinggi kalo tak bunga, cokelat ataupun teddy bear. Mulanya aku bercadang nak hadiahkan bunga tapi bunga pasti akan layu dan tak sampai sebulan dah hilang dari pandangan.Nak bagi cokelat, lama mana sangat tahannya. Nak bagi teddy bear, kang asyik nak peluk teddy bear je pulak, jeles aku nanti. Hahaha..

Lalu dengan drastiknya aku memilih pokok bunga dan pasu ni. Kenapa ? 
  • Pasu tu menggambarkan cinta dan kasih sayang yang menampung kehidupan sehari hari yang penuh dengan suka duka.
  • Pokok bunga tu menggambarkan satu kehidupan yang perlu penjagaan dan perhatian.
  • Bunga mawar tu menggambarkan cinta yang sentiasa berkembang mekar dan mengharum menghiasi kehidupan.
  • Daun menghijau tu menggambarkan kebahagiaan yang tumbuh subur sepanjang masa.
  • Duri mawar tu menggambarkan rintangan dan episod duka dalam kehidupan yang mana perlu berhati hati mengawal dan menghadapinya agar tidak tertusuk padanya.
Hehehe..memandai je aku kan. Tapi dari sudut pengertian aku, camtu la maksud tersirat yang aku persembahkan untuk isteri tercinta aku tu. 


Lagipun kalo aku bagi pokok bunga ni, bila bila isteri aku nak bunga pun tak yah nak pegi beli lagi ye tak ? Petik je kat situ. Hehehe...



Related Posts:

  • seminggu sekaliSalam di hari jumaat yang mulia buat semua rakan pembaca. Pantas betul masa berlalu rasa macam baru dua hari lepas je bersiap sedia untuk mendengar kh… Read More
  • mulutSalam selasa buat semua rakan pembaca yang sudi menjengah. Alhamdulillah hari ni bandaraya Ipoh sedikit sejuk berikutan hujan yang turun sejak petang … Read More
  • anak baruSalam hari isnin buat semua rakan pembaca. Hari ni lambat sikit update entri terbaru sebab maklum la, banyak tul urusan lain yang perlu diselesaikan t… Read More
  • larangan tercabarSalam rabu buat semua rakan pembaca. Hari ni lambat sikit update. Dah petang baru nak bukak blogger ni. Apa pun terima kasih diucapkan kepada semua ra… Read More
  • allium sativumSalam sabtu buat semua rakan pembaca. Hari sabtu yang indah camni apa aktiviti yang selalu korang buat ? Mungkin ada yang berkerja hari ni ye tak ? Ka… Read More

9 comments: