07 December 2010

aku lelaki tak romantik

  11 Komen    
Adoii..penin dah kepala aku nak memikirkan satu benda ni. Tapi sebelum tu aku nak mintak maaf pada kengkawan semua yang mengharapkan ada entri terbaru setiap hari tapi aku telah ketinggalan untuk mengupdate entri beberapa hari yang lepas.

Bukan tak bayar bil internet tapi sebab pertamanya aku sedikit kepenatan lepas balik kampung tempoh hari + kegagalan fungsi otak aku untuk mengadakan mood mengupdate entri. Ape ape aje la.

Hari ni sebelum aku terlupa, aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua muslimin muslimat dengan ucapan semoga tahun ni kita dapat menghijrahkan diri kita semua kepada destinasi yang lebih terbaik.

Kalo tengok tajuk entri aku hari ni, tu adalah menggambarkan diri aku gak la sikit sikit. Aku memula ingat aku ni ala ala romantik la jugak tapi setelah diulaskan oleh isteri aku sendiri bahawa aku ni mane de romantik baru la aku menyedari hakikat diri aku yang tak romantik ni. Jenuh gak aku 'google'kan pasal romantik ni. 

Tu la pasal. Masa zaman muda remaja dulu tak jadi 'mat cintan'. Hahaha..Bila dah dewasa ni baru la nak belajar jadik romantik. Kan dah susah. 

Aku sekarang ni penin memikirkan apa yang aku nak hadiahkan buat isteri aku yang akan menyambut hari ulangtahun kelahiran dia esok. Berapa jam je lagi ni. Neves gak aku dibuatnya. Dalam kepala otak aku yang dah berasap ni ada la beberapa tips yang aku tak tau la boleh pakai ke tak. Cuba kita tengok sket apa yang telah aku pikirkan. 
  • Nak bagi bunga ? Bunga nanti jadi layu peh tu kene buang lak. Tak tahan lama tu.
  • Nak bagi minyak wangi ? Isteri aku ni bukan peminat minyak wangi dan dia tak busuk pun hingga nak memerlukan pemakaian minyak wangi.
  • Nak bagi barang kemas ? Ermmm..nanti la aku pikirkan dulu, bujet tak cukup beb.
  • Nak bagi benih ? Oiii..jangan pikir bukan bukan ah, benih pokok la. Tapi umah kitorang duduk sekarang ni umah sewa je, sayang lak kalo dah beso pokok tu tapi nak kene tinggal.
  • Nak bagi set perkakas dapur ? Dah macam hadiah untuk orang kahwin la pulak kang.
  • Nak bagi teddy bear ? Kang kene rebut ngan anak aku pulak.
  • Nak bagi bahan bacaan ? Macam nak motivasi isteri secara tersirat la pulak ye tak ?
Kusut masai dan tak terurus dah otak aku ni. Ni la bahananya kalau jadi lelaki tak romantik. Ermm..pakaian dalam yang seksi amacam ? 



11 comments:

  1. luangkan masa je bro , pempuan bukan nak ape pun HAHA

    memanfai je aku nih. haha

    ReplyDelete
  2. ♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    "Salam Maal Hijrah" 1432H/2010M.
    MEMANTAP UKHUWAH, MEMPEKASA UMMAH.
    buat pembaca blog kami
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    ♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
    Bentangkan ku permaidani
    Dari baldu berwarna putih
    Moga tak ku terasakan
    Cubaan yang ku galas ini
    Kepada Mu titianku
    Hijrahkanlah diri ini
    Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...

    kene menerima seadanya diri anda itu... tak romantik tak berti tak penyayang

    ReplyDelete
  3. nak jimat, masak je sendiri..pastu buatt candle lite dinner...make sure tutup lampu, pasang lilin je..dah habis makan, tiup lilin tu, then.....(paham2 je la..hehehe)

    ReplyDelete
  4. thanks hon..really love the gift..:)..im soooo happy

    ReplyDelete
  5. SAIFUDDIN AZMAN : Hehehe..hehari dah luangkan masa bersama..TQ 4 the idea..

    ReplyDelete
  6. Afzainizam : Ya betul tu..sokong sangat..tak romantik tapi penyayang lebih bermakna buat seorang isteri..

    ReplyDelete
  7. E.d.Y : Bagus gak idea tu, tak terfikir lak..insyaAllah malam nanti leh try..hehehe..

    ReplyDelete
  8. payah juga kan..rasanya ur wife tk kisah kot pasal hadiah...ingatan tu yg penting...

    ada sesetgh lelaki payah nk ingat tarikh2 penting.. :)

    ReplyDelete
  9. nabilah_2908 : Yups..aku pun kekadang tlupa gak ulangtahun perkahwinan..hehehe..tapi sib baik ada isteri yang memahami..

    ReplyDelete