08 December 2010

hadiah buat yang tercinta

  9 Komen    


Akhirnya setelah berhempas pulas memikirkan hadiah terhebat buat hari lahir isteri tercinta, aku memilih sepohon bunga mawar yang berbunga, menghijau daunnya dan sebuah pasu yang berukir cantik.

Walaupun dari segi harganya budak sekolah rendah pun mampu untuk memilikinya, tapi aku ada pengertian tersendiri tersirat melalui pemberian ni.

Bila aku google kesukaan wanita, dari hasil kajian aku rating tertinggi kalo tak bunga, cokelat ataupun teddy bear. Mulanya aku bercadang nak hadiahkan bunga tapi bunga pasti akan layu dan tak sampai sebulan dah hilang dari pandangan.Nak bagi cokelat, lama mana sangat tahannya. Nak bagi teddy bear, kang asyik nak peluk teddy bear je pulak, jeles aku nanti. Hahaha..

Lalu dengan drastiknya aku memilih pokok bunga dan pasu ni. Kenapa ? 
  • Pasu tu menggambarkan cinta dan kasih sayang yang menampung kehidupan sehari hari yang penuh dengan suka duka.
  • Pokok bunga tu menggambarkan satu kehidupan yang perlu penjagaan dan perhatian.
  • Bunga mawar tu menggambarkan cinta yang sentiasa berkembang mekar dan mengharum menghiasi kehidupan.
  • Daun menghijau tu menggambarkan kebahagiaan yang tumbuh subur sepanjang masa.
  • Duri mawar tu menggambarkan rintangan dan episod duka dalam kehidupan yang mana perlu berhati hati mengawal dan menghadapinya agar tidak tertusuk padanya.
Hehehe..memandai je aku kan. Tapi dari sudut pengertian aku, camtu la maksud tersirat yang aku persembahkan untuk isteri tercinta aku tu. 


Lagipun kalo aku bagi pokok bunga ni, bila bila isteri aku nak bunga pun tak yah nak pegi beli lagi ye tak ? Petik je kat situ. Hehehe...



Related Posts:

  • poligamiAssalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung. Alhamdulillah hari ni dah boleh kembali berblogging bagi pe… Read More
  • kelatAssalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari rabu yang cerah buat semua rakan pengunjung. Panas betul cuaca sekarang ni kan ? Duduk dalam rumah k… Read More
  • death bellAssalamualaikum, salam sejahtera dan selamat berhujung minggu diucapkan buat semua rakan rakan pengunjung. Seperti biasa di hari ahad macam ni adalah … Read More
  • baktiAssalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung yang sudi mengunjungi blog aku ni. Ada yang sambung cuti ke … Read More
  • nafkahAssalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati. Cuaca kat Ipoh pagi ni sedikit mendung tapi… Read More

9 comments: