Showing posts with label youtube. Show all posts
Showing posts with label youtube. Show all posts

09 October 2012

Penghinaan terhadap Islam, sedarkah kita ?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah. 

Bulan lepas boleh dikatakan seluruh dunia heboh memperkatakan tentang filem menghina agama islam yang ditayangkan di Youtube.

Hingga ada beberapa individu yang sudi menawarkan wang ganjaran bagi sesiapa yang berjaya membunuh penerbit filem tersebut.


Memandang pada duniawi, memang lumayan ganjaran yang ditawarkan. Namun rasanya untuk memperjuangkan agama Allah ni bukan ganjaran duniawi yang perlu dititikberatkan.

Dalam kekalutan menentang penghinaan filem kontroversi tu, aku terfikir jugak. Kenapa dan mengapa begitu mudahnya agama islam dipermainkan ?

Cuba lihat dalam diri, di mana kelemahan kita sebenarnya hingga mudahnya untuk diperkotak katikkan ?

Aku tak tau apa isi dan jalan cerita filem Innocence of Muslim's tu. Cuma apa yang aku baca, ianya mengandungi unsur unsur menghina agama islam dan Nabi Muhammad SAW.

Dan menambahkan kontroversi apabila laman Youtube enggan untuk menyekat terus filem tersebut dari ditayangkan secara total.

Apa yang kita tidak sedar dan mungkin tak pernah tahu, bukan hanya filem Innocence of Muslim's tu je yang menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW melalui Youtube.


Malah ratusan mungkin ribuan dan mungkin jutaan lagi filem filem dan rakaman yang dimuat naik ke laman Youtube yang kandungannya menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Dan ianya terus dibiarkan tanpa ada sedikit pun bantahan dari sesiapa malah tiada sedikit pun ancaman untuk individu yang memuat naik filem dan rakaman tersebut di laman Youtube.

Mungkin kerana itulah Youtube tidak nampak tahap kesensitifan umat Islam sedunia ni dan lansung tidak gentar dengan ancaman boikot dan sebagainya tu.

Semoga Allah menetapkan hati kita semua di jalan yang diredhoi-NYA. Bukan hanya bermula dari kerasulan Nabi Muhammad SAW, malah penghinaan terhadap agama yang mengEsakan Allah ni telah berlaku lama dahulu.

Mudah mudahan kita sebagai umat Nabi terakhir ni dapat terus menjaga kesucian agama islam bermula dari diri kita sendiri dan ahli keluarga kita. 

Kerana kiranya kita sendiri berteriak mengancam penghinaan agama oleh individu lain tapi membisu apabila 'penghinaan' agama berlaku dalam keluarga kita sendiri, dimanakah sebenarnya letak keimanan kita tu ?



30 April 2012

Pucuk paku

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari Isnin buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Sebelum aku menaip entri ni, anak aku melayan filem SeeFood di Youtube. Nampak macam baru je dimuat naik secara filem berdurasi penuh. Tak tau la kot esok lusa dah kena sekat pulak atas akta hak milik penyiaran. Apa pun, bagi aku filem animasi hasil karya rakyat Malaysia ni boleh menyaingi filem animasi dari luar negara.


Sekali pandang terasa macam menonton filem Shark Tale yang dikeluarkan oleh DreamWork Animation la pulak. Cuma dari segi hasil kualiti halusnya mungkin negara kita masih belum mampu untuk mengeluarkan belanja yang besar untuk menghasilkan filem animasi yang benar benar boleh bertanding dengan filem animasi luar negara.

Sementara membiarkan anak aku melayan filem SeeFood di Youtube, aku pulak sibuk di dapur. Menu untuk tengahari ni hanya rendang ayam dan sayur pucuk paku masak lemak. Kebetulan masa mencari kuih lepas selesai urusan di klinik awal pagi tadi, ternampak pulak orang menjual sayur pucuk paku yang menjadi salah satu kegemaran isteri aku.


Kalau sebelum ni asyik jumpa pucuk paku yang kurus kurus dan lebih banyak perlu dibuang dari yang boleh dimasak, kali ni memang memuaskan hati pucuk pakunya. Kononnya pucuk paku yang dijual tu diambil dari pulau pulau yang ada di Sungai Perak. Harganya RM5 untuk satu kilo. 

Rendang ayam pulak aku masak secara ringkas je. Kebetulan pulak ada bahan bahan untuk dikisar seperti lengkuas, serai dan kunyit ditanam sendiri kat belakang rumah dan tak perlu dibeli, memang memudahkan urusan. Cuma aku perlu membeli santan dan kerisik je tadi. 

Sebenarnya perasaan aku sekarang ni agak tak menentu. Esok insyaAllah isteri aku akan dimasukkan ke dalam wad untuk memulakan proses bersalin. Teruja nak dapat anak baru ada, risaukan keselamatan isteri pun ada, dan bermacam macam lagi perasaan yang tak dapat nak disebutkan. 

Terima kasih diucapkan pada rakan rakan yang mendoakan. Mudah mudahan Allah akan merahmati kalian semua. 



08 April 2012

Marrying the Mafia IV (가문의 영광 4)

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat menikmati hari hujung minggu anda dengan pelbagai aktiviti bersama rakan rakan mahupun keluarga. Apa jugak aktiviti yang dilakukan, jangan sampai leka dan lalai untuk menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Nya pulak. Mudah mudahan dengan sentiasa memelihara tanggungjawab kita tu, Allah akan memberkati dan merahmati.

Seperti biasa dihujung minggu ni entri ulasan bagi filem pilihan dari Youtube. Kalau minggu lepas filem berunsur seram menjadi pilihan, minggu ni masih lagi filem dari negara Korea Selatan cuma kali ni filem berunsur komedi menjadi pilihan tontonan di Youtube.


Filem yang bertajuk "Marrying the mafia 4 : Unstoppable Family" atau juga "Marrying the mafia 4 : Family Ordeal" menjadi pilihan kali ni. Kalau rakan rakan pernah mengikuti siri filem Marrying the mafia ni dah tentu kenal dengan pelakon pelakon utamanya yang terdiri dari Kim Soo-Mi, Shin Hyun-Joon, Tak Jae-Hoon, Lim Hyung-Joon, Jeong Jun-Ha dan Hyun-Young.


Setelah bersara dari menjadi mafia, keluarga puan Hong menceburkan diri dalam bidang industri makanan tradisional Korea iaitu kimchi. Setelah lama berada dalam sekatan ke luar negara, akhirnya mereka sekeluarga mendapat kebenaran setelah berkelakuan baik dan tidak lagi mendatangkan masalah.


Destinasi yang menjadi pilihan keluarga bekas mafia ni ialah Jepun. Pelbagai aksi komedi yang dapat ditonton ketika mereka berada di dalam penerbangan menuju ke destinasi percutian mereka tu. Setelah sampai ke negara Jepun, berlaku satu insiden rompakan bank ketika keluarga bekas mafia ni nak menukar matawang mereka.


Malangnya bagi kumpulan perompak bersenjata tu apabila dengan mudah ditewaskan oleh ahli keluarga puan Hong. Namun begitu, salah seorang dari perompak tu berjaya melarikan diri dengan membawa beg berisi wang milik keluarga puan Hong setelah berlaku sedikit salah faham antara polis Jepun dan keluarga puan Hong. 


Bermulalah aksi kejar mengejar [ikut mengikut] demi mengambil kembali wang milik mereka. Tetapi nasib kurang menyebelahi apabila mereka ditinggalkan oleh perompak itu ditengah hutan pergunungan. Tanpa wang untuk dibelanjakan dan masalah bahasa membuatkan perjalanan mereka semakin sukar.

Pastinya penonton tak kering gusi melihatkan berbagai aksi aksi komedi sepanjang perjalanan filem ni. Berbanding dengan filem filem Marrying the mafia 1,2 dan 3 sebelum ni, filem Marrying the mafia 4 ni aku dapati lebih mesra tontonan keluarga kerana kurang babak babak tak berapa nak sihat untuk tontonan anak anak kecil.

Aku berani untuk mempertaruhkan 5 bintang penuh bagi filem ni. Cukup menghiburkan dan membuatkan perut senak akibat ketawa gelihati melihatkan aksi aksi komedi filem hasil penulis Kim Young-Chan di bawah arahan Jung Tae-Won. 






01 April 2012

Misteri kucing

Apakah perasaan anda sekiranya kucing peliharaan yang dibelai saban hari rupanya ditunggangi oleh 'sesuatu'. Mungkin juga sesekali kucing anda berkelakuan aneh seperti ada sesuatu yang tak kena. Atau mungkin anda sendiri seperti pernah terlihat bayang kelibat sepintas lalu di dalam rumah yang anda diami bersama kucing kesayangan anda tu.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari ahad buat semua rakan rakan pengunjung yang mungkin ketika ini sedang bersantai merehatkan badan dan fikiran bagi persediaan untuk menghadapi hari esok. Dengan doa dan harapan mudah mudahan kita semua dirahmati Allah.

Apa cerita pasal kucing tu sebenarnya ? Apa pun sebagai orang yang beriman maka kita wajib percaya kepada perkara yang ghaib termasuk la akan kewujudan makhluk makhluk halus yang kita gelarkan hantu tu tapi bukan la sampai meletakkan kepercayaan kat hantu pulak.


Sebenarnya dah agak lama jugak aku tak buat ulasan filem YouTube pilihan dalam blog ni. Lagipun selepas ulasan filem yang terakhir dulu tu memang aku dan isteri dah tak tengok  sebab takde lagi filem filem terbaru yang agak menarik untuk ditonton dimuatnaik ke laman YouTube tu. Cuma baru baru ni setelah lama tak melayan filem di YouTube, aku dapati banyak jugak filem filem yang boleh menjadi pilihan untuk tontonan.

Seperti biasa atas dasar pandang ke timur, filem keluaran negara Korea Selatan masih lagi menjadi pilihan dan untuk ulasan pertama tahun ni dimulakan dengan filem berunsur seram yang menjadi pilihan untuk kali ini. Filem lakonan mantap pelakon Park Min-Young sebagai watak utama dalam filem yang diberi tajuk The Cat atau dalam bahasa Koreanya, Goyangyi: Jookeumeul Boneun Doo Gaeui Noon (고양이 : 죽음을 보는 두 개의 눈.)


Unsur keseraman dan unsur kejutan bermula sejak dari awal tayangan lagi. So-Yeon (Park Min-Young) yang berkerja sebagai tukang andam di kedai haiwan peliharaan diminta oleh Joon-Suk (Kim Dong-Wook), seorang anggota polis untuk menjaga seekor kucing milik seorang wanita yang ditemui mati secara misteri di dalam lif bangunan kediamannya. Bermula dari sejak itu, So-Yeon mengalami beberapa kejadian aneh dalam kehidupannya. Kemunculan bayang seorang budak sering menghantui dirinya semenjak dia menjaga kucing tersebut.

Apabila rakan baiknya, Bo-Hee (Shin Da-Eun) menghadapi kematian misteri setelah mengasari seekor kucing diikuti oleh majikan tempat So-Yeon berkerja juga ditemui mati dalam keadaan mengerikan diikuti dengan kemunculan bayang budak misteri tersebut, So-Yeon bertekad untuk menyiasat tentang kisah sebenar disebalik semua kejadian yang berlaku.


Dipenghujung cerita, terselit unsur menyentuh hati apabila misteri kucing dan bayangan budak tu terjawab setelah So-Yeon menemui mayat budak tu di dalam sebuah tangki bilik pendandang bangunan tempat tinggalnya. Cuma jalan cerita pengakhiran tu aku rasa macam ada sikit sikit tiru gaya satu filem seram Jepun yang aku lupa tajuknya. 

Untuk meter keseraman filem ni aku bagi 3/5 manakala meter kejutan aku boleh bagi 4/5 dan untuk meter kepuasan tontonan keseluruhan filem ni aku bagi 4/5 sebab jalan ceritanya menarik dan tidak membosankan ketika menontonnya. 




24 April 2011

bunshinsaba

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari ahad buat rakan rakan pengunjung. Apa aktiviti hari ni ? Bersantai bersama keluarga di taman atau hanya menghabiskan hujung minggu kat rumah je layan siaran TV ? Walau apa pun yang dilakukan, selamat menikmati cuti hujung minggu.


Malam tadi seperti biasa adalah malam seram buat aku sekeluarga. Bukan la kehidupan kami dihantui makhluk menyeramkan tu kat rumah tapi dengan melayan filem seram di Youtube. 

Filem pilihan malam tadi setelah dinilaikan oleh aku dan wifey, kami memilih filem terbitan dari Korea yang bertajuk Bunshinsaba. Filem arahan Ahn Byeong-ki pada tahun 2004 ni yang dilakonkan oleh Kim Gyu-ri, Choi Jeong-yun, Lee Se-eun, Lee Yu-ri dan Lee Yoo-ri sebagai watak utama dalam filem seram ni.


Bunshinsaba ni bermaksud Ouija board atau lebih mudah nak faham yang bebudak sekolah suka main guna duit syiling tu pehtu ntah tulis ape kebenda pehtu seru roh orang yang dah mati untuk ikut arahan orang yang main benda tu.

Cerita ni mengisahkan tentang Yoo-Jin yang baru berpindah sekolah dari Seoul bersama dua rakannya yang sentiasa menjadi mangsa buli oleh pelajar samseng kat sekolah baru diorang tu.


Sebab dah tak tahan asyik kena buli je lalu diorang bertekad nak membalas dendam secara halus menggunakan sumpahan bunshinsaba tu. Diorang pun tulis la nama nama pembuli diorang tu kat atas kertas dan meneruskan projek sumpahan bunshinsaba tu. 

Sebelum memulakan pemujaan tu, budak Yoo-Jin ni dah bagitau kat kawan dia yang dua orang tu supaya walau apa pun yang berlaku masa pemujaan tu jangan sesekali bukak mata sampai la pemujaan tu selesai. 

Tak disangka pulak pemujaan yang diorang buat tu menjadi. Atas rasa ingin tahu sangat, budak Yoo-jin ni bukak mata pulak nak tengok apa yang ada. Dan bermula la keseraman filem ni dimana dia nampak satu susuk tubuh perempuan berambut panjang rebonding dengan wajah yang pucat disisinya.


Nak dijadikan cerita lagi, sumpahan bunshinsaba yang diorang lakukan tu pulak benar benar menjadi. Keesokan harinya bila dia pergi ke sekolah didapati salah seorang pembuli tu ditemui mati dengan kepala terbakar di dalam kelas.

Ianya bukan terhenti disitu je. Dengan kehadiran seorang guru seni yang baru pulak menambahkan lagi efek keseraman filem ni bila Yoo-Jin ternampak ada hantu bersama guru seni tu.


Seorang demi seorang pembuli tu ditemui mati dan misteri semakin menjadi misteri. Apa yang tidak disedari sebenarnya Yoo-Jin telah dirasuki oleh roh yang diseru mereka pada malam pemujaan tu.


Setelah beberapa usaha untuk menghentikan kejadian yang berlaku, baru la diorang dapat tahu bahawa roh yang merasuki tubuh Yoo-Jin tu adalah milik seorang bekas pelajar sekolah tu jugak yang dikenali sebagai Kim In-sook 30 tahun yang lampau dimana In-sook ni telah mati dibunuh oleh penduduk tempat tu bersama dengan ibunya yang dituduh sebagai ahli sihir.


Ala ala filem Hantu Kak Limah balik rumah jugak, penduduk tempat tu beramai ramai bertindak membakor rumah kediaman ibu si In-sook ni selepas In-sook sendiri mati akibat dibakor oleh rakan rakan sekolahnya. Ketika itulah ibu In-sook ni mengenakan sumpahan ke atas semua yang bertanggungjawab atas kematian diorang tu.


Puncanya hanya kerana penduduk tempat tu merasakan In-sook dan ibunya tu aneh dan pelik. Memang pelik pun sebab In-sook tu sebenarnya buta tapi yang dapat membolehkan dia melihat seperti orang biasa adalah atas kuasa luarbiasa ibu dia tu. 

Agak pening pening jugak la aku nak memahami jalan cerita filem ni dengan cepat sebab bukan satu hantu je yang ada dalam cerita ni tapi dua. Yoo-Jin dihantui oleh In-sook, guru seni tu pulak rupanya dihantui oleh roh ibu In-sook tu. 

Kalau aku nak bagi kadar kecut perut dari lima pengecutan perut secara keseluruhan, aku kasi tiga je la sebab kurang unsur unsur terperanjat dan hantunya kurang beraksi. 

Minggu depan seram apa pulak ? Tungguuu..


19 April 2011

malam seram

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat rakan rakan pengunjung. Lambat sikit update hari ni. Maklum la bila cuti kerja ni boleh nak sambung tidur bangun lewat sikit. 

Hari ni cuti sempena hari keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang ke 83 tahun. Baginda sultan diputerakan pada 19 April 1928 di Batu Gajah, Perak. Ditabalkan menjadi Sultan Perak pada tanggal 9 Disember 1985 sebagai sultan yang ke 34 untuk memerintah rakyat negeri Perak ni.

Malam tadi aku sekeluarga tidur lewat selewatnya. Bukannya ada pesta atau melepak kat mane mane pun. Tapi sekadar duduk kat rumah melayan cerita seram kat internet. 




Bermula tayangan seawal jam 9 malam, anak aku layan cerita hantu kak limah balik rumah. Orang lain dah abis kisah pasal hantu kak Limah ni, aku pulak baru nak tengok. 


Lepas abis tengok Hantu Kak Limah tu, tutup semua lampu dalam rumah hanya tinggal cahaya dari lampu jalan diluar rumah dan cahaya bulan mengembang penuh je.



Seram pertama dimulakan dengan filem bertajuk The Ghost lakonan Kim Ha-Neul dan Gi Ju-Bong. Boleh tahan jugak la tahap kesaspenan yang diserapkan dalam jalan cerita filem ni.


Lepas abis menyeramkan diri dengan filem The Ghost tu, sambung pulak dengan satu lagi filem seram Korea yang bertajuk Gawi atau Nightmare. Walaupun mata dah mengantuk nak terpejam pejam, tapi sebab dalam masa yang sama menemankan anak aku yang menonton sama terpaksa jugak la menambahkan keseraman.

Secara keseluruhannya boleh tahan jugak la. Kemungkinan sebab dah melepasi tahap umur takut pada ketakutan, walau seseram mana pun filem yang ditayangkan tu tak la sampai mempengaruh perasaan dan khayalan aku. Berbeza masa aku bebudak dulu. Bila peh tengok citer seram sikit, nak pegi bilik air pun takut.

Aku jarang sebenarnya tengok YouTube tu. Tapi banyak jugak kelebihannya yang tak pernah aku terpikirkan selama ni. Dulu aku sangka kat YouTube ni hanya video pendek pendek je. Rupanya keseluruhan filem pun ada dalam YouTube ni. 

Tak payah daftar Astro First, tak payah beratur beli tiket wayang, tak payah kontrol hensem duduk depan skrin. Walaupun mutu gambar dan audio mungkin kurang berkualiti tapi sekurang kurangnya bagi bukan kaki filem tegar macam aku ni, tu semua pun dah cukup dari lebih. 

Lepas ni nak layan filem apa pulak ? Oh tidak, esok dah mula kerja semula.