Showing posts with label filem korea. Show all posts
Showing posts with label filem korea. Show all posts

08 April 2012

Marrying the Mafia IV (가문의 영광 4)

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat menikmati hari hujung minggu anda dengan pelbagai aktiviti bersama rakan rakan mahupun keluarga. Apa jugak aktiviti yang dilakukan, jangan sampai leka dan lalai untuk menunaikan tanggungjawab sebagai hamba Nya pulak. Mudah mudahan dengan sentiasa memelihara tanggungjawab kita tu, Allah akan memberkati dan merahmati.

Seperti biasa dihujung minggu ni entri ulasan bagi filem pilihan dari Youtube. Kalau minggu lepas filem berunsur seram menjadi pilihan, minggu ni masih lagi filem dari negara Korea Selatan cuma kali ni filem berunsur komedi menjadi pilihan tontonan di Youtube.


Filem yang bertajuk "Marrying the mafia 4 : Unstoppable Family" atau juga "Marrying the mafia 4 : Family Ordeal" menjadi pilihan kali ni. Kalau rakan rakan pernah mengikuti siri filem Marrying the mafia ni dah tentu kenal dengan pelakon pelakon utamanya yang terdiri dari Kim Soo-Mi, Shin Hyun-Joon, Tak Jae-Hoon, Lim Hyung-Joon, Jeong Jun-Ha dan Hyun-Young.


Setelah bersara dari menjadi mafia, keluarga puan Hong menceburkan diri dalam bidang industri makanan tradisional Korea iaitu kimchi. Setelah lama berada dalam sekatan ke luar negara, akhirnya mereka sekeluarga mendapat kebenaran setelah berkelakuan baik dan tidak lagi mendatangkan masalah.


Destinasi yang menjadi pilihan keluarga bekas mafia ni ialah Jepun. Pelbagai aksi komedi yang dapat ditonton ketika mereka berada di dalam penerbangan menuju ke destinasi percutian mereka tu. Setelah sampai ke negara Jepun, berlaku satu insiden rompakan bank ketika keluarga bekas mafia ni nak menukar matawang mereka.


Malangnya bagi kumpulan perompak bersenjata tu apabila dengan mudah ditewaskan oleh ahli keluarga puan Hong. Namun begitu, salah seorang dari perompak tu berjaya melarikan diri dengan membawa beg berisi wang milik keluarga puan Hong setelah berlaku sedikit salah faham antara polis Jepun dan keluarga puan Hong. 


Bermulalah aksi kejar mengejar [ikut mengikut] demi mengambil kembali wang milik mereka. Tetapi nasib kurang menyebelahi apabila mereka ditinggalkan oleh perompak itu ditengah hutan pergunungan. Tanpa wang untuk dibelanjakan dan masalah bahasa membuatkan perjalanan mereka semakin sukar.

Pastinya penonton tak kering gusi melihatkan berbagai aksi aksi komedi sepanjang perjalanan filem ni. Berbanding dengan filem filem Marrying the mafia 1,2 dan 3 sebelum ni, filem Marrying the mafia 4 ni aku dapati lebih mesra tontonan keluarga kerana kurang babak babak tak berapa nak sihat untuk tontonan anak anak kecil.

Aku berani untuk mempertaruhkan 5 bintang penuh bagi filem ni. Cukup menghiburkan dan membuatkan perut senak akibat ketawa gelihati melihatkan aksi aksi komedi filem hasil penulis Kim Young-Chan di bawah arahan Jung Tae-Won. 






01 April 2012

Misteri kucing

Apakah perasaan anda sekiranya kucing peliharaan yang dibelai saban hari rupanya ditunggangi oleh 'sesuatu'. Mungkin juga sesekali kucing anda berkelakuan aneh seperti ada sesuatu yang tak kena. Atau mungkin anda sendiri seperti pernah terlihat bayang kelibat sepintas lalu di dalam rumah yang anda diami bersama kucing kesayangan anda tu.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari ahad buat semua rakan rakan pengunjung yang mungkin ketika ini sedang bersantai merehatkan badan dan fikiran bagi persediaan untuk menghadapi hari esok. Dengan doa dan harapan mudah mudahan kita semua dirahmati Allah.

Apa cerita pasal kucing tu sebenarnya ? Apa pun sebagai orang yang beriman maka kita wajib percaya kepada perkara yang ghaib termasuk la akan kewujudan makhluk makhluk halus yang kita gelarkan hantu tu tapi bukan la sampai meletakkan kepercayaan kat hantu pulak.


Sebenarnya dah agak lama jugak aku tak buat ulasan filem YouTube pilihan dalam blog ni. Lagipun selepas ulasan filem yang terakhir dulu tu memang aku dan isteri dah tak tengok  sebab takde lagi filem filem terbaru yang agak menarik untuk ditonton dimuatnaik ke laman YouTube tu. Cuma baru baru ni setelah lama tak melayan filem di YouTube, aku dapati banyak jugak filem filem yang boleh menjadi pilihan untuk tontonan.

Seperti biasa atas dasar pandang ke timur, filem keluaran negara Korea Selatan masih lagi menjadi pilihan dan untuk ulasan pertama tahun ni dimulakan dengan filem berunsur seram yang menjadi pilihan untuk kali ini. Filem lakonan mantap pelakon Park Min-Young sebagai watak utama dalam filem yang diberi tajuk The Cat atau dalam bahasa Koreanya, Goyangyi: Jookeumeul Boneun Doo Gaeui Noon (고양이 : 죽음을 보는 두 개의 눈.)


Unsur keseraman dan unsur kejutan bermula sejak dari awal tayangan lagi. So-Yeon (Park Min-Young) yang berkerja sebagai tukang andam di kedai haiwan peliharaan diminta oleh Joon-Suk (Kim Dong-Wook), seorang anggota polis untuk menjaga seekor kucing milik seorang wanita yang ditemui mati secara misteri di dalam lif bangunan kediamannya. Bermula dari sejak itu, So-Yeon mengalami beberapa kejadian aneh dalam kehidupannya. Kemunculan bayang seorang budak sering menghantui dirinya semenjak dia menjaga kucing tersebut.

Apabila rakan baiknya, Bo-Hee (Shin Da-Eun) menghadapi kematian misteri setelah mengasari seekor kucing diikuti oleh majikan tempat So-Yeon berkerja juga ditemui mati dalam keadaan mengerikan diikuti dengan kemunculan bayang budak misteri tersebut, So-Yeon bertekad untuk menyiasat tentang kisah sebenar disebalik semua kejadian yang berlaku.


Dipenghujung cerita, terselit unsur menyentuh hati apabila misteri kucing dan bayangan budak tu terjawab setelah So-Yeon menemui mayat budak tu di dalam sebuah tangki bilik pendandang bangunan tempat tinggalnya. Cuma jalan cerita pengakhiran tu aku rasa macam ada sikit sikit tiru gaya satu filem seram Jepun yang aku lupa tajuknya. 

Untuk meter keseraman filem ni aku bagi 3/5 manakala meter kejutan aku boleh bagi 4/5 dan untuk meter kepuasan tontonan keseluruhan filem ni aku bagi 4/5 sebab jalan ceritanya menarik dan tidak membosankan ketika menontonnya. 




08 May 2011

arang

  10 Komen    
label: , , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari ahad buat semua rakan pengunjung. Buat apa hari hujung minggu camni ? Tidur je ? Mungkin ada yang mengambil kesempatan bawak ibu masing masing pergi makan makan kot sempena meraikan hari ibu yang jatuh pada hari ni.

Hari ni seperti biasa di hujung minggu adalah entri tentang review filem yang aku tonton setiap sabtu malam minggu bersama anak dan wifey aku kat rumah. Masih lagi genre seram menjadi pilihan utama sebagai tontonan dan kali ni kitorang memilih filem yang bertajuk 'arang'.


Oops..jangan salah sangka pulak. Ape kes nak tengok cerita pasal arang bahan bakar tu. Filem yang bertajuk arang ni adalah filem seram terbitan negara Korea Selatan pada tahun 2006 dengan Sang-hoon Ahn sebagai pengarah utama filem ni. 


Antara para pelakon utama yang menjayakan filem ni adalah Yun-ah Song, Dong-wook Lee, Jong-su Lee, Hae-in Kim, Won-jung Jeong, So-yeong Choo, Seung-ju Lee dan Seung-sheol Lee. 


Filem ni mengesahkan tentang seorang penyiasat veteran bernama So-young dan rakan barunya Hyun-gi yang menyiasat tentang kes kematian yang misteri. Bermula dengan satu kes kematian yang mulanya dianggap sebagai kes bunuh diri, kemudian diikuti dengan kes lain dimana mangsa itu semua berkaitan dengan satu sama lain.


Lebih membingungkan, So-young sering mengalami mimpi ngeri dimana seorang kelibat wanita sering menggangu tidurnya. Sebagai rakan bertugas, Hyun-gi pernah bertanya kepada So-young kenapa dia memilih kerjaya sebagai anggota polis. Namun So-young enggan memberitahu rahsianya. 

Sewaktu So-young remaja, dia pernah dicabul oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Hanya mengingati parut yang terdapat pada tangan pencabul itu, So-young dengan penuh dendam berhasrat untuk membalas dendam memburu dan membunuh lelaki yang mencabulnya. Itulah sebabnya dia memilih untuk menjadi anggota polis bagi memudahkan pencariannya namun kerap kali juga menemui jalan buntu.


Setelah ahli forensik meneliti dan mengkaji sebab sebab kematian kesemua mangsa, didapati mereka semua telah diracuni melalui rokok yang telah dicemarkan dengan sejenis bahan gas yang mengakibatkan serangan jantung. 

Sejak dari itu, tersingkaplah segala persoalan satu persatu. Rupanya yang menjadi dalang pada kematian mangsa tu semua adalah Hyun-gi. Imbasan kisah sepuluh tahun terdahulu menunjukkan Hyun-gi ketika itu baru menamatkan persekolahannya dan menaruh hati pada seorang gadis yang bernama Min Jeoung. 


Tapi belum sempat dia nak meluahkan perasaannya, rupanya Min Jeoung telah mempunyai seorang teman lelaki dan lebih menyedihkan Hyun-gi, dia sendiri telah terlihat Min Jeoung bersama teman lelakinya itu mengadakan aktiviti tidak bermoral di sebuah gudang menyimpan garam.

Kemudian pada satu hari, sekumpulan pemuda dari Seoul telah datang ke kampung Hyun-gi tu dan mereka tertarik kepada Min Jeoung lalu merancang untuk merogol Min Jeoung. Hyun-gi telah diarahkan untuk merakamkan segala perlakuan mereka tu.


Ketika mereka sedang memperkosa Min Jeoung, teman lelakinya datang untuk menghalang akan tetapi dia telah dibunuh oleh kumpulan pemuda tu. Hyun-gi yang menyaksikan kejadian itu kemudiannya melarikan diri. Min Jeoung pula selepas kejadian itu menghilangkan diri dan ada penduduk kampung itu menyangka dia telah membunuh diri ekoran kejadian terhadap dirinya tu.

Akibat kes kehilangan Min Jeoung tu, kesemua pemuda itu telah didakwa namun seorang pegawai polis yang kaki rasuah telah melepaskan mereka dan sebenarnya telah membawa Min Jeoung ke gudang menyimpan garam tu lalu membunuh Min Jeoung yang rupanya ketika itu telah mengandung dengan menimbusnya dengan longgokan garam.


Hyun-gi yang kecewa dengan kematian Min Jeoung telah membalas dendam terhadap kesemua pemuda yang memperkosa Min Jeoung dan dia sendiri berjaya mengumpan pegawai polis yang membunuh Min Jeoung untuk pergi ke gudang penyimpanan garam tu.

So-young pula yang telah mengetahui perancangan Hyun-gi bergegas ke gudang penyimpanan garam tu untuk menghalang Hyun-gi dari terus melakukan jenayah dendamnya. Sebelum sempat Hyun-gi menamatkan riwayat hidup pegawai polis tu, So-young telah menyerbu dan mengarahkan Hyun-gi untuk menghentikan perbuatannya.



Hyun-gi yang merasakan hidupnya tidak bermakna akhirnya telah membunuh diri. Hujan yang turun ketika itu pula telah menghakis timbunan garam yang akhirnya mendedahkan mayat Min Jeoung berserta bayi yang dikandungnya yang telah keguguran.

Di akhir cerita, So-young bermimpi dia bersama Min Jeoung berada di gudang penyimpanan garam tersebut gembira bersama. Keesokan harinya seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan misteri di sebuah hotel dan setelah disiasat rupanya lelaki itu adalah lelaki yang pernah mencabul So-young. So-young berpendapat kematian lelaki tu diakibatkan oleh roh Min Jeoung yang membantunya membalas dendam.

So-young kemudiannya meletak jawatan dan menjadi penulis dan penerbit novel. Di pengakhiran filem, tertulis satu mitos bahawa pada 400 tahun dahulu  terdapat sebuah kampung yang mempunyai ramai pihak pegawai berkuasa kerajaan. Namun seorang demi seorang ditemui mati sehingga tiada seorang pun yang mahu ditugaskan di kampung tersebut.

Walau camne pun ada seorang pegawai berkuasa ni menawarkan dirinya untuk bertugas di kampung tersebut dan dia mendapati kes kematian pegawai berkuasa terdahulu adalah kerana pembalasan roh 'Arang' yang diperkosa dan dibunuh. Roh Arang tu telah memburu dan membunuh setiap orang yang terlibat termasuklah pegawai yang bersekongkol dengan kematiannya.

Pegawai baru itu juga telah menemui mayat Arang dan kemudiannya menanamnya dengan penuh hormat. Dikatakan mayat Arang tidak mereput sebegitu lama adalah kerana kebencian dan dendamnya terhadap orang orang yang memusnahkan hidupnya.

Panjang pulak review filem kali ni. Dari lima tahap pengecutan perut, aku bagi tiga pengecutan untuk filem Arang ni. Ada jugak babak babak yang buat aku terperanjat walaupun jarang sekali aku terperanjat bila tengok filem filem seram ni. Kalau yang lemah semangat tu, ajak la teman atau ahli keluarga menonton sama. Nanti tak la takut sangat. 

Apa pun tu je review untuk kali ni, kita jumpa lagi di hari yang sama minggu depan untuk review filem yang lain pulak.