Showing posts with label kursus pra perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label kursus pra perkahwinan. Show all posts

23 February 2012

Siapa salah ?

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis diucapkan kepada rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati Allah.

Sambil menaip entri hari ni, mata melirik lirik ke kaca TV menonton rancangan Wanita Hari Ini di saluran TV3 bawah tajuk fail mahkamah : "keluar rumah tanpa tuduhan nusyuz".


Bukan persoalan tu yang nak aku kongsikan sebab persoalan tu dah dihuraikan dalam TV. Cuma yang nak aku kongsikan kat sini kalau la kita sedar, sekarang ni kebanyakan rancangan rancangan bual bicara banyak membicarakan pasal permasalahan rumahtangga.

Aku tak la memprotes pulak sebab bila ada rancangan camtu pun bagus jugak tapi dalam sedar tak sedar rupanya banyak betul rumahtangga yang bermasalah zaman sekarang ni.


Dimanakah silapnya rumahtangga zaman sekarang ni ? Padahal sekarang ni antara syarat nak bernikah tu perlu ada sijil kursus pra perkahwinan. Dan matlamat kursus pra perkahwinan tu sendiri pun adalah untuk mempersediakan ilmu rumahtangga kepada bakal bakal suami dan isteri.

Siapa pernah ikut kursus pra perkahwinan ni ? Dengan bayaran RM80 untuk setiap seorang peserta, kursus selama dua hari diisikan dengan modul modul persediaan menghadapi kehidupan berumahtangga. Lengkap kehadiran selama berkursus dua hari, di akhir kursus diberikan sijil dan esoknya dah boleh nak submit borang nikah.

Pengisian modul modul kursus tu bukan la tak bagus. Sekurang kurangnya perkara asas tu ada jugak la dibincangkan. Cuma yang tak bagusnya bila perkara kursus yang diadakan ni seakan akan sekadar memenuhi syarat mendapatkan sijil je.


Peserta yang hadir kursus tu nak tidur sepanjang kursus ke, nak layan blogwalking ke, atau ape juga aktiviti yang digemari pun tak kesah punya. Dipenghujung kursus ada ujian bertulis ? Tak perlu risau pun sebab samada nak rujuk pada bahan bacaan yang dibekalkan boleh, nak tiru peserta kat sebelah pun boleh. Pastinya di akhir kursus, semua peserta yang hadir lengkap selama dua hari tu akan mendapat sijil dan boleh la bernikah.

Agaknya sebab tu la rumahtangga zaman sekarang banyak bermasalah. Bagi kursus pra pun sekadar melepaskan batuk di tangga je. Jadi untuk apakah tujuan sebenar diadakan kursus pra perkahwinan ni ? Adakah untuk keuntungan sesetengah pihak ? Adakah untuk kebaikan peserta ? 


Andai aku diberikan kuasa untuk bersuara, buat la bebetul kalau nak berkursus camtu. Cuba buat macam nak ambik lesen memandu. Buat ujian berkomputer supaya betul betul peserta tu faham benar. Kalau tak lulus, jangan harap nak bagi sijil. 

Tapi tu la, buat la penguatkuasaan camne pun. Siapkan la syarat apa pun. Kalau pihak yang berkenaan cuma ambik mudah je, nak salahkan siapa ye ?


29 January 2012

Sedia atau tidak ?

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat berhujung minggu buat semua rakan rakan pengunjung semoga semuanya ceria bahagia dan sihat fizikal serta mental. 


Masa menonton buletin 130 di TV3 tengahari semalam, terlintas jugak dalam minda tentang berita berita yang disampaikan tu. Dengan jenayah yang tak henti henti. Bencana sana sini. Dan yang agak memalukan berita yang berlaku di Utara tanahair tentang penangkapan tiga remaja bersama seorang janda muda yang berkelakuan sumbang di taman permainan.

Menurut berita, tiga remaja lelaki tu berusia antara 16 hingga 19 tahun manakala janda muda tu pulak berusia 22 tahun. Hmm..muda muda lagi dah menjanda. Kesian jugak ye tak tapi tu la, entah dah sedia atau tidak ?


Maksud aku kat sini, tak salah pun kalau mana mana kaum hawa yang nak berstatus janda di usia muda. Tapi kena la ikut syaratnya dengan betul. Samada kematian suami, atau ditalak kerana atas sebab sebab yang diharuskan syariat. 

Tak jadi kesalahan jugak kalau ada pasangan pasangan muda yang nak mendirikan rumahtangga malah lebih digalakkan lagi. Padahal atuk nenek mak ayah kita sendiri pun kebanyakan dari mereka mendirikan rumahtangga pada usia yang muda belia.


Cuma yang jadi permasalahannya bilamana boleh kita katakan ala ala tersalah pilihan la. Atau mungkin jugak kekurangan kematangan akal fikiran. Atau mungkin jugak kurang mendapatkan rujukan dari mana mana pihak ketiga yang berkelayakan.

Nak dikatakan tak diberi panduan, boleh kata antara syarat untuk melansungkan pernikahan sekarang ni memerlukan calon calon suami isteri tu menduduki kursus pra perkahwinan terlebih dahulu. Mungkin kurang keberkesanan kot kursus pra perkahwinan yang diadakan tu. 


Andai segala yang disediakan tu tak mencukupi untuk menjadikan pasangan suami isteri mampu untuk menghadapi segala kemungkinan dalam melayari rumahtangga, adakah puncanya datang dari dalam diri sendiri ?

Mengapa setelah sah bergelar suami isteri baru timbul isu isu ketidakserasian la, tak sehaluan la, takde jodoh la. Padahal sebelum sah bergelar suami isteri tu segalanya membahagiakan. Bercinta bagai nak rak. Segalanya boleh diterima walaupun menjengkelkan. Adakah itu yang dinamakan cinta buta ?


Nak berumahtangga di usia muda belia ? Sila teruskan niat murni tu semoga dapat menghindarkan maksiat. Tapi andai takdirnya tak berpanjangan, jangan la pulak buat hal yang entah ape ape je macam yang berlaku seperti laporan berita tu.


Apa pun tak kira la samada nak berumahtangga ke ape ke, sebelum nak menceburkan diri dalam apa apa yang baru dalam kehidupan kita ni pastikan la kita dah betul betul bersedia rohani dan jasmani serta fizikal dan terutamanya mental bagi menghadapi perubahan yang akan kita harungi.