Showing posts with label buang bayi. Show all posts
Showing posts with label buang bayi. Show all posts

06 March 2012

Kicap dan mee

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat rakan rakan pengunjung sekalian mudah mudahan kita semua dirahmati Allah dalam menjalani kehidupan hari ni.

Dua hari lepas kami sekeluarga dikejutkan dengan bunyi tangisan 'bayi' baru lahir dihadapan rumah. Siapa pulak la yang membuat onar kat kawasan ni. Setelah dapat dikesan, rupanya bunyi tu datang dari dalam rak kasut yang sedikit terbuka pintunya.

Apa pandang pandang ? Meowww..

Bukan satu tapi dua 'bayi' yang baru lahir tu. Hasil siasatan mendapati bahawa kedua dua bayi tu dilahirkan ditempat lain tapi kemudiannya dibawa ke rumah aku pulak oleh ibunya yang merupakan kucing gelandangan yang berkemungkinan dirogol oleh jantan jantan gelandangan yang lain yang banyak terdapat di sekitar kawasan perumahan tempat kami tinggal ni.


Ape tengok haiwan tengah menyusukan anak ni ? Cakar nanti..meowww..


Jangan cuba dekat..gigit nanti..

Entah kenapa la rumah kami ni jugak yang menjadi pilihan berbanding dengan rumah rumah yang lain. Nak kata kami ni selalu memberikan perlindungan dan makanan percuma kepada kucing kucing gelandangan tak jugak. Tapi mungkin dah ditakdirkan Allah untuk ibu kucing bersama anaknya tu menumpang rezeki bersama kami, terima je la.

penjaga zoo kucing tak berdaftar sedang memberikan air minuman untuk ibu kucing

Ibu kucing tu punya la garang. Maklum je la kucing gelandangan. Semalam masa aku nak pindahkan anak anaknya ke dalam kotak agar tak mengotori rak kasut kami tu punya la susahnya sebab ibu kucing tu asyik nak menerkam je. Tapi alhamdulillah sebab anaknya tak reti duduk diam sampai terkeluar dari rak kasut tu, segera aku kurungkan dulu ibu kucing tu sebelum memasukkan anak anak dia dalam kotak yang disediakan.

Peace !! Jangan marah ye mama cat, kakak nak bagi air minum je..

Sampai ke hari ni pun ibu kucing tu masih lagi nak tunjuk taring tapi kami maafkan je la sebab dia kan tak biasa dengan orang. Cuma sedikit kurang jugak la agaknya dia terasa selamat untuk membesarkan anak anaknya kat rumah kami ni lagipun siap kami sediakan makanan dan minuman percuma lak tu. 

Lariii !!! 


Nama saya kicap..yang tu adik saya bernama mee..err..tolong abaikan kertas lapik kotak kami ni ye..Hehehe..

Apa yang penting, anak anak kucing tu dapat membesar dengan sihat dan selamat dari ancaman musuh musuh kat luar tu sudah la. Kalau lepas diorang dah besar lepas tu nak meneruskan legasi gelandangan tu pun kitorang tak kesah tapi yang pasti untuk kedua dua anak kucing tu telahpun diberikan nama "kicap" dan "mee" bersempena nama yang tertera pada kotak dimana diorang tinggal sekarang ni. Hehehe..


30 January 2012

fikir dulu sebelum buang

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat semua rakan rakan pengunjung. Ada yang lebam mata tak cukup tidur ke malam tadi penangan AJL ? Apa pun semoga rakan rakan semua memulakan hari di minggu ni dengan penuh bersemangat dan bertenaga.


Baru baru ni kita dikejutkan lagi dengan kisah yang menyayat hati dalam siaran berita berkenaan penemuan mayat seorang bayi yang dibuang ke dalam sungai di Ampang oleh seorang penjala ikan.

Sadisnya penemuan mayat bayi hampir reput itu yang kehilangan kepala dan sebelah kaki kanan tersangat sedih untuk ditatap gambarnya. Walau bagaimana pun alhamdulillah sekurang kurangnya jasad bayi malang tersebut terbela untuk pengadilan dan disempurnakan pengkebumiannya.


Persoalannya, mengapakah kejadian sebegini terus berlaku ? Lebih menghairankan tu, insan yang mengandungkan bayi bayi malang ni tak berperasaan ke ?

Walaupun bayi bayi malang tersebut adalah hasil dari kelakuan sumbang mereka, tapi ke mana hilangnya naluri keibuan pelaku jenayah ni ? 


Tanya la mana mana ibu mengandung atau sesiapa je yang ada pengalaman mengandung ni, adakah tergamak untuk membiarkan anak yang dikandung tu terbiar walaupun ketika dalam kandungan lagi.

Tak kira la walau apa anutan agama sekalipun, dari segi aspek kemanusiaan gejala membuang bayi ni adalah perkara yang sangat dikutuk oleh masyarakat dunia. 


Bukan la bermaksud nak menggalakkan pulak. Tapi bagi insan insan bercinta yang berakal diluar sana, fikirkan la dulu sebelum terjadinya kejadian buang membuang ni. 


18 October 2011

prihatin

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung. Ketika menonton awal berita malam semalam memang membuatkan hati sangat tersentuh. Kejadian yang berlaku di negara China dan negara kita yang melibatkan seorang kanak kanak dan seorang bayi yang tak berdosa tu sungguh memilukan.


Melihatkan rakaman bagaimana seorang kanak kanak berusia dua tahun yang koma dilanggar oleh dua kenderaan dan tidak diperdulikan oleh orang yang lalu berhampiran tempat kejadian di negara China tu benar benar meremukkan hati kebapaan aku ni.


Disusuli pula dengan kejadian yang berlaku di Sarawak dimana seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui mati dikelar oleh ibunya sendiri yang merupakan seorang pelajar berusia 16 tahun. 

Tak cukup dengan tu, satu lagi penemuan bayi yang baru lahir masih bertali pusat ditinggalkan di hadapan rumah seorang penduduk di Kampung Charok Bakap, Parit Panjang di Baling, Kedah.


Apa yang nak jadi dengan dunia sekarang ni ? Kemana hilangnya sifat perikemanusiaan ? Kategori apakah makhluk makhluk yang tergamak melakukan segala perkara sebegini terhadap nyawa nyawa yang tak berdosa tu ?

Andai nak dikelaskan sebagai manusia, ke mana pergi akal fikiran yang dikurniakan Allah tu ? Di mana hilangnya belas kasihan yang umumnya sudah menjadi fitrah manusia sejak azali lagi ?


Andai nak dikelaskan sebagai haiwan, sebodoh bodoh haiwan yang tak dikurniakan akal fikiran untuk berfikir pun tak ada yang sanggup memperlakukan kekejaman terhadap anak anak sendiri. Kecuali la memang sudah menjadi fitrah melansungkan kehidupan bagi sesetengah haiwan tu.


Mengenai kejadian di negara China tu, khabarnya kanak kanak tersebut masih lagi berada dalam rawatan rapi memandangkan kecederaan yang dialaminya sangat kritikal. [Sumber terkini]


Berkenaan kejadian yang berlaku di negara kita pula, semoga kejadian seumpama ni akan ada nokhtahnya. Sayangilah anak anak, tak kira walau anak siapa pun kerana mereka hanyalah manusia kecil yang tak mengerti apa apa, ibarat kain putih yang suci bersih. Jadilah manusia yang prihatin tanpa mengira usia, budaya, bangsa mahupun agama.