Showing posts with label China. Show all posts
Showing posts with label China. Show all posts

18 October 2011

prihatin

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung. Ketika menonton awal berita malam semalam memang membuatkan hati sangat tersentuh. Kejadian yang berlaku di negara China dan negara kita yang melibatkan seorang kanak kanak dan seorang bayi yang tak berdosa tu sungguh memilukan.


Melihatkan rakaman bagaimana seorang kanak kanak berusia dua tahun yang koma dilanggar oleh dua kenderaan dan tidak diperdulikan oleh orang yang lalu berhampiran tempat kejadian di negara China tu benar benar meremukkan hati kebapaan aku ni.


Disusuli pula dengan kejadian yang berlaku di Sarawak dimana seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui mati dikelar oleh ibunya sendiri yang merupakan seorang pelajar berusia 16 tahun. 

Tak cukup dengan tu, satu lagi penemuan bayi yang baru lahir masih bertali pusat ditinggalkan di hadapan rumah seorang penduduk di Kampung Charok Bakap, Parit Panjang di Baling, Kedah.


Apa yang nak jadi dengan dunia sekarang ni ? Kemana hilangnya sifat perikemanusiaan ? Kategori apakah makhluk makhluk yang tergamak melakukan segala perkara sebegini terhadap nyawa nyawa yang tak berdosa tu ?

Andai nak dikelaskan sebagai manusia, ke mana pergi akal fikiran yang dikurniakan Allah tu ? Di mana hilangnya belas kasihan yang umumnya sudah menjadi fitrah manusia sejak azali lagi ?


Andai nak dikelaskan sebagai haiwan, sebodoh bodoh haiwan yang tak dikurniakan akal fikiran untuk berfikir pun tak ada yang sanggup memperlakukan kekejaman terhadap anak anak sendiri. Kecuali la memang sudah menjadi fitrah melansungkan kehidupan bagi sesetengah haiwan tu.


Mengenai kejadian di negara China tu, khabarnya kanak kanak tersebut masih lagi berada dalam rawatan rapi memandangkan kecederaan yang dialaminya sangat kritikal. [Sumber terkini]


Berkenaan kejadian yang berlaku di negara kita pula, semoga kejadian seumpama ni akan ada nokhtahnya. Sayangilah anak anak, tak kira walau anak siapa pun kerana mereka hanyalah manusia kecil yang tak mengerti apa apa, ibarat kain putih yang suci bersih. Jadilah manusia yang prihatin tanpa mengira usia, budaya, bangsa mahupun agama.


04 June 2011

kerana mu iPad

  7 Komen    
label: , , , , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan rakan pengunjung. Hari ni jugak adalah hari keputeraan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah yang ke 49. Sebagai rakyat dibawah naungan pemerintahan SPB, aku mendoakan semoga Allah Taala merahmati usia dan pemerintahan baginda sultan. Daulat tuanku.


Hari ni jalan raya lengang je masa aku ke tempat kerja. Berikutan cuti sekolah dan cuti umum sempena keputeraan DYMM ni barangkali. Bila sebut ulangtahun ni, tak lupa jugak aku nak mengucapkan selamat hari ulangtahun buat bandaraya Ipoh yang ke 22. 


Malam tadi masa tengok berita aku tertarik dengan berita pasal seorang remaja dari negara China yang menjual buah pinggangnya kerana nak memiliki iPad2. 


Bahaya jugak penangan iPad ni rupanya. Kalau kat negara lain yang tahap kemiskinan begitu tinggi tu, desakan untuk menanggung perbelanjaan kehidupan memang biasa la kita dengar pasal menjual organ macam buah pinggang ni. Tapi ni sebab nak beli iPad je pun sanggup jual buah pinggang.


Buah pinggang yang berjaya dijual dengan harga kira kira RM9,800 tu membolehkan dia memiliki gajet impiannya. Mulanya konon nak berahsia tapi lepas mak dia curiga melihatkan keadaan kesihatan dia yang lain macam je tambah dengan tengok anak dia tiba tiba ada iPad sebijik dan iPhone, akhirnya remaja tu mengaku menjual buah pinggangnya setelah terlihat iklan di internet yang menawarkan wang bagi sesiapa yang ingin menderma organ.

Tapi tu la, nasi dah jadi basi. Kalau nasi dah jadi bubur tu boleh jugak nak dimakan. Harap harap jangan la ada rakyat negara kita yang buat camtu jugak. Mane la nak tau sebab teringin sangat nak DSLR ke, iPad2 jugak ke tapi tak mampu, diam diam jual organ pulak.


Kalau rasa tak mampu tu tak payah la nak buat kerja kerja tak berfaedah camtu ye tak ? Buat je kerja lain yang lebih berfaedah. Kumpul duit sikit sikit pun takpe asalkan tak memudaratkan diri. Tapi tu la sebab nak bergaya je mungkin, jual semua yang ada. Dari jual buah pinggang tu baik pegi jual buah durian ke, buah rambutan ke.


Aku rasa budak tu mungkin fikiran dia singkat sangat sebab tak fikir akibat dikemudian hari. Apa yang dia fikir nak bergaya je kot. Ala, sama la jugak macam yang selalu kita dengar tu. Sanggup menjual tubuh semata mata nak kemewahan. Takde beza pun.

Aku harap pihak pengeluar gajet sedunia ambik iktibar la dari apa yang berlaku ni. Tak salah pun nak keluarkan gajet yang canggih manggih tapi jangan la jual mahal mahal. Hahaha..jual murah je cukup la. 


Sib baik la mak budak yang jual buah pinggang tu tak terfikir nak saman pihak pengeluar gajet tu sebab diorang jual mahal sangat sampai anak dia yang pendek akal tu sanggup buat camtu padahal kalau ikutkan gajet tiruan dari negara China tu banyak je yang murah.

Cakap pasal tiruan ni, kalau ada yang teringin nak jual buah pinggang beli iPad tu buat la pemeriksaan terperinci dulu. Mane la tau kot terbeli yang 'klon' pulak. Kalau nak tau ciri ciri 'klon' tu korang boleh baca kat sini


21 April 2011

macam macam

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan pengunjung. Cepat sungguh masa berlalu cuma tinggal beberapa hari je lagi dah nak masuk bulan Mei pulak.

Terkini kat Ipoh ni bagi sesiapa yang rasa takde apa nak dibuat tu boleh la mengunjungi karnival minggu saham amanah Malaysia yang kini berlansung kat Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh ni. 


Bermula semalam dan berlanjutan sehingga 26 haribulan April ni. Setelah diperkenalkan oleh permodalan nasional berhad sejak 12 tahun yang lalu, buat julung kalinya minggu saham amanah Malaysia ni diadakan kat Ipoh. Mungkin kerana rakyat negeri Perak ni berada ditangga ke enam dalam Malaysia yang menceburi saham amanah ni maka dengan sambutan pelabur yang menarik ni diadakan minggu saham amanah ni bagi menambahkan lagi jumlah pelabur untuk melabur di jalan yang bersesuaian.

Walaupun petang semalam sebelum majlis perasmian yang dilakukan oleh Y.A.B perdana menteri hujan turun dengan lebatnya kat Ipoh ni tapi majlis tetap jugak berjalan dengan lancar. 

Pagi ni pulak terdengar satu lagi kes tiruan disampaikan oleh penyampai berita kat radio. Kali ni taugeh pulak selepas negara kita digemparkan dengan telur tiruan buatan China baru baru ni.


Macam macam jugak kepakaran negara China ni. Aku sebenarnya agak kagum jugak la dengan teknologi dan kepakaran diorang dalam membuat sesuatu produk ni. Cuma masalahnya kepakaran tu disalahguna pulak.

Macam macam diorang boleh ciplak. Dari perkakasan harian sampai la makanan pun diorang boleh buat yang tiruan punya. Tapi tu la, pikir nak untung je. Kesan penggunaan dan akibatnya lansung tak dipedulikan. 

Kadang kadang tu risau jugak bila pikirkan kebanyakan dari perkakasan yang kita guna setiap hari pun datangnya dari negara China. Walaupun dari jenama antarabangsa, tapi kekadang tu ada jugak terselit beberapa peralatan yang dikeluarkan dari negara China tu. 

Apa pun macam macamnya, sentiasa berwaspada dan rajin membelek sebelum membeli mungkin boleh membuatkan kita lebih yakin tul tak ? Tetikus yang aku guna ni "Made in China", rasa rasa selamat ke tak ? Hehehe..