Showing posts with label Klinik. Show all posts
Showing posts with label Klinik. Show all posts

30 March 2011

naik dan turun

  7 Komen    
label: ,
Salam hari rabu buat semua rakan pembaca. Pagi ni Ipoh hujan. Sedap tul kalo cuti tapi apa kan daya, terpaksa jugak la bangun untuk pergi kerja walau kehujanan sekalipun. Tengok berita malam semalam, negeri Terengganu dilanda banjir luar biasa akibat hujan yang turun tak henti henti. Di utara semenanjung pulak, dilanda ribut hingga mengakibatkan kemusnahan beberapa rumah. 

Apa pun buat semua mangsa bencana tu, banyakkan bersabar dengan ujian dari Allah ni. Mungkin semua yang berlaku tu ada hikmahnya. Sekurang kurangnya membolehkan kita semua berfikir tentang kebesaran Allah.

Alhamdulillah hujan kat Ipoh pagi ni tak berpanjangan sampai ke tengahari. Sebabnya pagi tadi aku nak kene bawak anak aku ke klinik untuk pemeriksaan ulangan lepas pemeriksaan tiga minggu lepas. 


Kebetulan pulak lawatan ke klinik pagi ni tak ramai orang. Biasanya penuh dengan ibu mengandung dan bayi bayi. Anak aku ni dah la jenis tak reti nak duduk diam. Tapi sebab agaknya hari ni tak ramai bebudak yang sebaya cam dia tu, kurang la sikit keaktifannya.


Selalu tu nak dapatkan nombor giliran pun makan sampai hampir satu jam. Hari ni baru lima belas minit memanaskan bangku menunggu dah dapat nombor giliran tu. Rasa macam memecah rekod klinik kesihatan kerajaan pulak tapi tak boleh nak diterima sebagai rekod sangat la sebab berikutan pelanggan tak ramai.


Aku ingat lagi masa anak aku ni dalam usia belum satu tahun, klinik ni dah macam tempat seksaan je. Seksaan sekeluarga. Nak tunggu giliran tu punya la lama. Anak aku ni pulak bila nak kene periksa je mesti nak nangis kuat kuat. Nampak je muka jururawat atau doktor, mesti nak meraung. 


Kalau lawatan tempoh hari berat anak aku ni hanya 9.7 kilogram dan tidak memenuhi piawaian ukuran pada umur sepatutnya, hari ni setelah berhempas pulas aku ngan wifey memastikan anak aku ni makan sepanjang masa akhirnya berbaloi jugak usaha yang dilakukan tu. Buktinya naik la jugak 0.3 kilogram menjadikan berat anak aku ni berada diparas lulus BMI.


Ketinggian pulak tak jadi masalah lansung. Mungkin faktor DNA membuatkan anak aku ni tak terbantut ketumbesarannya. Masa sesi temubual dengan jururawat bertugas, takde apa yang luarbiasa. Cuma kenaikan berat badan yang agak perlahan bagi anak aku tu tak boleh nak diperkatakan lagi. Sebabnya anak aku ni tersangat la aktif bergerak. Lagi banyak dia makan lagi jadi tak reti nak duduk diam. 

Berlari sana sini dalam rumah tu. Melompat, menari, berguling, memanjat, dan macam macam lagi la aktiviti lasak yang dia buat kat rumah tu. Bila aku balik dari kerja pulak, lagi bertambah tambah keaktifannya. Sampaikan dalam masa nak tidur pun sempat lagi nak main.


Ni baru sorang. Belum tambah lagi dua tiga orang. Mau pecah rumah dibuatnya kalo semua bergabung tenaga. Hehehe..apa pun aku bersyukur dengan kurniaan Allah yang tak terhingga ni. Tugasan untuk menaikkan berat badan anak aku ni dah berjaya. Mama dia pulak tengah nak turunkan berat badan. Dalam masa satu bulan dah berjaya mengurangkan 2 kilogram. Aku pulak, sekejap naik sekejap turun. 


02 March 2011

9.7 Kilogram

  13 Komen    
label: ,
Salam hari rabu buat semua rakan pembaca. Alhamdulillah sempat jugak nak menulis entri untuk hari ni walaupun jangkaan semalam kemungkinan aku akan berkejaran masa untuk menyelesaikan semua urusan hari ni.

Kebetulan pulak hari ni masa bawak anak aku pergi klinik kerajaan tu tak ramai pulak pelanggan bahagian ibu dan anak tu. Tapi walaupun camtu, hampir satu jam setengah jugak la menunggu giliran. 


Dan nasib baik jugak la anak aku hari ni tak banyak ragam. Mungkin sebab tak ramai bebudak untuk di layan berlari lari lagipun aku tengok muka dia pun mengantuk je sebab bangun awal pagi tadi.

Sesi pemeriksaan hanya memakan masa 15 minit. Mengukur ketinggian terkini dan berat badan terkini. Lepas je dapat ukuran berat tu, jururawat yang bertugas tu sedikit kehairanan sebab berat anak aku cuma 9.7 Kilogram. 



Ya, kurus tul anak aku ni. Umurnya dah 2 tahun 6 bulan tapi slim begitu je. Tu la pasal, siapa suruh makan memilih sangat. Hehehe..Tapi mungkin jugak mewarisi genetik keluarga aku kot. Dalam keluarga aku ni takde yang montel montel pun. Aku je sekarang ni yang agak sedikit berisi, tu pun sejak berkecimpung dalam industri masak memasak ni.

Dan yang pastinya lebih terisi siapa lagi kalo bukan wifey aku tu. Sampaikan jururawat bertugas tu pun cakap wifey aku dah nampak makin berisi. Aku tak cakap ape pun. Hehehe..

Lepas ni nak fikir camne lagi cara nak bagi anak aku tu menjadi montel. Tak banyak pun sikit jadi la. Kekadang tu risau jugak aku bila dia tak nak makan. Ada hari berselera betul bila dia makan, ada hari nak menghabiskan semangkuk nasik pun berjam jam.

Mungkin jugak sebab anak aku ni terlampau aktif barangkali. Bukan reti nak duduk diam melangut depan TV sambil mengunyah jajan pun. Dalam rumah tu berlari sana sini, lompat sana sini. Bila aku balik dari kerja lak ajaknya aku bermain bola bersama. Selagi dia tak kepenatan selagi tu la tak reti nak duduk diam. Camne pun apa yang penting asalkan anak aku tu sihat wal afiat cukup la. Takde la kurus sampai nampak tulang rangka. 

Pada yang berpengalaman menghadapi anak kecil yang memilih makan ni, ada apa apa yang boleh dikongsikan bersama ? 

01 March 2011

aku dan Obama

  13 Komen    
label: , ,
Salam mesra buat rakan pembaca. Eh..mesra ke kalo dua hari tak update ? Mintak maaf la rakan rakan semua. Bukan tak nak update setiap hari, tapi telah termaktub di loh mahfuz bahawa qada dan qadarnya mengatakan dua hari lepas akan tiada update di blog ni. Camtu ke ? Alasan je semua tu. 

Kenyataannya selama beberapa hari ni aku menghadapi masalah teknikal dari segi penyambungan internet. Talian yang merangkak rangkak dan seperti nyawa nyawa ikan tersangat menghampakan semangat. 

Kebetulan pulak beberapa hari ni aku sedikit sibuk dengan berbagai perkara. Kesibukan aku tu pulak mengalahkan kesibukan presiden Amerika, Barrack Obama tu sendiri.



Obama ni walaupun berjadual ketat setiap hari, tapi masih lagi mampu untuk layan facebook dan sentiasa ada perkembangan dan pos berita terkini kat facebook tu. Aku ni pulak nak jumpa pos seminggu sekali pun belum tentu. 

Hari ni alhamdulillah talian internet kembali seperti sediakala. Jangan nanti tiba tiba jadi seperti purbakala cukup la. Cuma untuk hari ni aku tetap sedikit sibuk dengan beberapa urusan lain. Wifey aku tau la camne sibuknya aku ni. 


Esok pulak nak bawak anak aku ni pegi klinik untuk lawatan yang telah dijadualkan. Cuma pemeriksaan lawatan biasa je yang luar biasanya hanya masa menunggu yang membuatkan bontot berakar di kerusi klinik tu nanti. 

Aku pun hairan gak ngan anak aku ni. Dah berusia dua tahun setengah tapi tak gebu gebu pun. Mungkin sebab makan tersangat memilih kot. Kalau tak kena pada selera tekak dia tu, jangan harap la dia nak makan. Aku jugak la yang bertindak sebagai penyelamat makanan tu.


Kalau tengok masa mula lahir dulu, ada jugak macam berpotensi menggebu anak aku ni. Dengan kebulatan muka yang mirip macam mama dia tu aku membayangkan tangan dan lengan aku bakal berotot pejal macam popeye. 


Bulan kedua kelahiran dia ni, kemontokannya semakin menyerlah. Menambah lagi kegeraman aku dan wifey untuk mencubit pipi dia tu setiap hari. Cuma aku bernasib baik pasal anak aku ni jarang mintak didukung. 


Dipendekkan cerita setelah mencecah dua tahun usianya, segala kegebuan dan kemontokan tu menghilang tanpa perlu menggunakan produk Jusmate 5 pun. Yang bertambah gebu dan montok hanya ibunya sahaja sehingga terpaksa mencuba produk doktor cendawan tu. Hehehe..

Aku pun tak tau la ape nanti doktor akan cakap bila ditimbang ukur anak aku ni esok. Jangan nanti dia cakap aku tak bagi makan sudah la. Tapi alhamdulillah sehingga kini anak aku ni tak pernah jatuh sakit sejak lahir lagi. Setakat demam sehari dua selepas menerima suntikan di klinik tu je.

Esok kalau berkesempatan, insyaAllah aku akan menulis lagi. Kalau sempat la. Kalau tak sempat tu, maaf ye sebab esok hari yang agak padat mengalahkan Obama tu. Lepas subuh aku akan ke tempat kerja sebentar, kemudian pulang ke rumah bawak anak aku pergi klinik. Selesai urusan di klinik, ke tempat kerja kembali. Petang sebelum asar  akan bergegas ke rumah DSZ pulak sebelum kembali ke tempat kerja untuk menghabiskan sisa sisa kerja dan selepas maghrib sekali lagi ke rumah DSZ seterusnya ke rumah Dr. T dan meneruskan lagi operasi ke rumah DB dan akhir sekali kembali ke pangkuan anak isteri. Padat tak ?