01 September 2014

Ragam orang kita

  1 komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni melalui perkongsian yang ada dalam laman facebook, ada satu perkara yang agak menarik minat aku untuk berkongsi pemikiran disini.

Sebuah gambar yang menunjukkan seorang hamba Allah yang sedang menunaikan tanggungjawabnya sebagai hamba di tepi sebuah sistem perparitan pun boleh menjadi satu isu perdebatan dikalangan rakyat Malaysia ni.

Secara umumnya kita yang beragama Islam mengetahui kewajipan kita dalam menunaikan perintah Allah selama mana kita hidup di atas muka bumi ini. Kewajipan menunaikan solat bermula apabila sudah cukup syarat pada seseorang individu Islam itu untuk menunaikannya.


Apa yang dipertikaikan pada gambar tersebut ialah tempat hamba Allah itu menunaikan tanggungjawabnya. Ada yang kata tempatnya kotor. Ada yang kata tempatnya berbau busuk. Seperti mereka itu berada ditempat itu semasa hamba Allah itu bersolat di situ.

Tidak kurang juga yang agak memperlekehkan tindakan hamba Allah itu yang mungkin bagi mereka ini hamba Allah itu hendak menunaikan ibadahnya tidak mengira tempat sedangkan tempat untuk ibadah ada disediakan.

Persoalannya, adakah ibadah itu terutamanya menunaikan solat wajib didirikan hanya di masjid atau di surau ? Adakah masjid dan surau itu termasuk dalam senarai syarat sah menunaikan solat ?

Mudah-mudahan Allah memberikan hidayahnya kepada kita semua. Mungkin benar di negara kita ini terutamanya di Semenanjung Malaysia ini banyak masjid-masjid dan surau-surau yang dibina bagi memudahkan rakyatnya yang beragama Islam untuk menunaikan ibadah solat dalam keadaan selesa.

Perlu kita ingat, dalam perlaksanaan ibadah yang diperintahkan Allah, bukan kita manusia yang menilai segalanya. Siapalah kita ni nak mempertikaikan dan menilai manusia lain terutamanya dalam bab beribadah.

Banyakkan bersangka baik. Banyak manusia yang terlupa pada diri sendiri kerana terlalu sibuk mencari-cari kesalahan dan kesilapan orang lain. Banyak manusia yang zaman sekarang ini bila berkata-kata hingga melangkaui batas kecerdikannya.

Banyaknya masjid dan surau seperti yang digembar gemburkan itu, tiada juga maknanya jika tidak diimarahkan. Malah tidak pula dipertikaikan dimana perginya masyarakat penduduk yang tinggal disekeliling masjid dan surau yang dikatakan itu.

Tanyakan pada diri kita sendiri, adakah kita sendiri pun mencari surau atau masjid untuk menunaikan solat ? Atau kita anggap masjid atau surau itu cuma tempat bagi orang-orang yang singgah untuk menunaikan solat manakala kita cukup hanya bersolat dirumah. Lebih teruk lagi, dirumah juga tidak bersolat.

Khilaf itu tak salah. Cuma jangan sampai kita rasa orang lain semuanya tidak betul dan hanya kita yang benar. Ambil iktibar jadikan pengajaran. Semoga kita menjadi hambaNya yang kekal bertaqwa.




Related Posts:

  • Artis menyanyi dalam masjidSalam jumaat buat semua rakan pembaca yang sudi melawat blog ni. Hari ni hari terakhir persekolahan untuk penggal pertama, seronok sakan la bebudak se… Read More
  • infaq jariahSalam jumaat buat rakan pengunjung dan pembaca sekelian. Hari ni lewat sikit update entri sebab pagi tadi aku bawak wifey pergi ke klinik. Memang menc… Read More
  • lidahAssalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat buat semua rakan rakan pengunjung. Dihari yang mulia lagi bahagia ni aku mendoakan semoga sem… Read More
  • jika kamu bersyukur ...Salam hari jumaat yang mulia buat semua rakan pembaca. Semoga di hari yang digelar penghulu segala hari ni kita memperbanyakkan amal baik dengan penuh… Read More
  • bazirAssalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat yang mulia diucapkan buat semua rakan pengunjung. Semoga di hari yang bahagia ni semuanya ber… Read More

1 comment: