03 September 2013

Minyak terakhir

  13 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rata-rata hari ni bermula dari malam semalam topik terhangat yang menjadi perbualan tak lain tak bukan tentang isu kenaikan harga minyak petrol RON95 dan diesel.

Maka tersenyum lebar pemilik-pemilik stesen pam minyak seluruh negara malam tadi berikutan peningkatan carta keuntungan harian yang mendadak mencecah berkali-kali ganda.


Aku sendiri terjebak dalam perbarisan di stesen minyak malam tadi. Tapi bukan sebab isu harga minyak nak naik kerana sudah tiba masanya tangki motorsikal aku tu dipenuhkan kembali seperti kebiasaan penggunaan seminggu sekali je mengisi minyak.

Walaupun kelihatan banyak kenderaan yang beratur menunggu giliran, alhamdulillah tak kelihatan pulak insiden berebut pam dikalangan pengguna. Memang ramai yang beratur sampaikan aku terpaksa mencelah-celah untuk sampai ke pam yang dikhaskan untuk motorsikal.

Di media sosial pulak isu kenaikan harga minyak petrol dan diesel ni dah jadi sampai nak bergaduh pun ada mengalahkan ahli parlimen yang bersidang dalam dewan. 

Aku sejujurnya lansung malas nak fikirkan pasal semua tu. Memang banyak bezanya bila harga petrol ni naik. Kalau dulu RM3 pun boleh penuh tangki, sekarang ni RM6 baru penuh. Ni lepas naik 20sen, mau RM8 baru leh penuh tangki Modenas 100 aku tu.

Cuma kena pandai-pandai la berjimat dan menggunakannya dengan bijak. Kalau dulu masa minyak murah, aku memang suka nak perah rempit laju-laju. Tangki penuh mesti abis dalam tiga hari je. Tapi bila aku bawak dengan berhemah, tangki penuh boleh tahan seminggu.


Aku faham mereka yang berbaris dan beratur panjang malam tadi pastinya masing-masing mengambil peluang mengisi minyak terakhir memenuhi tangki kenderaan sebelum kenaikan harga dengan harapan dapat menjimatkan beberapa ringgit wang mereka.

Cuma yang aku kurang faham sikit, berapa ramai dari kita ni yang betul-betul bila menggunakan kenderaan akan mempergunakan penggunaan bahan api kenderaan ditahap maksimum ? Maksudnya mengisi minyak sepenuh tangki setiap kali ianya mencapai tahap minimum.

Kalau satu kali je kita melatah nak menjimatkan < RM20 untuk satu tangki, tapi kemudiannya kita isi setengah tangki, suku tangki, maka dimanakah rasionalnya ? 

Dan dalam keghairahan mengisi minyak terakhir sebelum kenaikan harga minyak malam tadi, agak-agak ada tak yang baca bismillah waktu sebelum pam minyak tu dalam tangki kenderaan ? Siapa tahu berkat bismillah tu menjadikan tangki kenderaan kita tak pernah kering-kering.

Apa yang lebih utama dari peristiwa malam tadi, alangkah indahnya kehidupan kita andainya kita sentiasa bersedia memenuhi bekalan untuk menempuh hari esok yang entahkan naik ataupun turun timbangannya. 





13 comments:

  1. minyak oh minyak...
    pasti banyak gelagat di saat akhir mengisi minyak..
    ehehehee

    ReplyDelete
  2. Ramai jugak yang naik minyak malam tu kan. Hehe

    ReplyDelete
  3. Tak beratur kepada malam pengumuman kenaikan harga minyak. :-)

    ReplyDelete
  4. tak pergi isi penuh pun, walau pun tangki tak penuh.. malas nak beratur..biasanya kami mmg isi tangki penuh,sekali isi, mau tahan lama sikit.. kalau tak pun, biasanya isi 50 sekali isi. mungkin tak terasa sangat sbb tak le jauh mana pergi kerja dan hujung minggu oun biasa jalan kalau betul2 nak jalan.. kalau tak duduk rumah, pergi taman depan rumah je..

    ReplyDelete
  5. Minyak oh minyak...naik atau turun..

    hidup ttp perlu diteruskan atas perancangan Allah =)

    ReplyDelete
  6. betul tu tuan....tak ramai yang pandai maksimumkan penggunaan petrol...banyak jenis main sebat je.

    ReplyDelete
  7. Naik ke turun ke minyak tetap kena isi

    ReplyDelete
  8. Minyak kita masih murahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh, cuba bandingkan dengan Singapore dan Thailand.............Jawapan yg amat bernas dari menteri2 kita........

    ReplyDelete
  9. Aku baru je terasa yang RM50 aku macam tak cukup untuk memenuhkan satu tangki hehe

    ReplyDelete
  10. nfl jerseys wholesale, http://www.nfljerseys-wholesale.us.com/
    new england patriots jerseys, http://www.newenglandpatriotsjerseys.us/
    christian louboutin, http://www.scarpelouboutin.it/
    new york knicks, http://www.newyorkknicksjerseys.com/
    ray ban,rayban,occhiali ray ban,ray-ban,ray ban occhiali,ray ban sunglasses
    lululemon outlet, http://www.yogapants.us.com/
    louis vuitton handbags, http://www.louisvuittonhandbags.org.uk/
    hollister uk, http://www.hollistershirts.co.uk/
    oakley, http://www.occhialioakleyoutlets.it/
    nike huarache, http://www.nike-airhuarache.co.uk/
    swarovski outlet, http://www.swarovskioutlet.org.uk/
    barcelona jersey, http://www.barcelonajerseys.net/
    mizuno shoes, http://www.mizunorunningshoes.us/
    the north face uk, http://www.thenorthfaces.org.uk/
    michael kors handbags, http://www.michaelkorshandbagsoutletstore.us.com/
    patriots jerseys, http://www.newenglandpatriotsjerseys.us/
    arizona cardinals jerseys, http://www.arizonacardinalsjersey.us/
    nike foamposite, http://www.foampositeshoe.net/
    abercrombie and fitch, http://www.abercrombie-fitch.us.com/
    coach outlet online, http://www.coachoutletonline.in.net/
    oakley sunglasses wholesale, http://www.oakleysunglasseswholesale.in.net/
    giuseppe zanotti, http://www.giuseppe-zanotti-outlet.org/
    michael kors outlet, http://michaelkors.outletonlinestores.us.com/
    tiffany and co, http://www.tiffany-outlet.us.com/
    kobe bryants shoes, http://www.kobeshoes.us/
    2015912caihuali

    ReplyDelete