25 July 2013

Al-Quran : Kawan atau Lawan

  9 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera. ALLAH Taala berfirman di dalam Al-Quran pada ayat 185 surah Al-Baqarah yang bermaksud, "Bulan Ramadan itu yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk dan pembeza (antara kebenaran dan kesesatan).."

Alhamdulillah bersyukur kita kepada ALLAH kerana masih diberikan lagi peluang untuk meneruskan amal ibadah di bulan Ramadan tahun ini dan masih berpeluang untuk memperingati hari permulaan penurunan Al-Quran atau yang biasanya kita sebut sebagai hari Nuzul Al-Quran.


Al-Quran dan puasa Ramadan ini sebenarnya saling berhubung kait antara satu sama lain. Kelebihan keduanya disisi ALLAH amat besar dimana di akhirat kelak ibadah puasa yang kita lakukan dengan tawaduk sewaktu di dunia akan menjadi pembela ketika kita dihisab.

Begitu juga dengan Al-Quran yang kita amalkan dengan sebenar-benarnya. Kelak ianya akan memberikan syafaatnya kepada kita. Dan boleh jadi juga ianya akan datang kepada kita di hari kiamat kelak sebagai pendakwa yang meletakkan kita diambang neraka. Kitalah yang bakal menentukan Al-Quran yang kita amalkan di dunia ini kelak menjadi kawan atau lawan.

Bagaimanakah boleh menjadi sebegitu ? Sudah terang lagi bersuluh, saksikanlah pada ayat 2 surah Al-Baqarah dimana ALLAH memperjelaskan kepada kita tentang Al-Quran ini, "Inilah sebuah kitab (Al-Quran) yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa".

Di bulan Ramadan ni kita rajin membaca Al-Quran. Malah ada yang mampu khatam berkali-kali sepanjang Ramadan ni. Di bulan lain pula kita bangga dengan kelahiran bakat-bakat qori dan qoriah yang mengalunkan bacaan dengan begitu lunak merdu.

Itu belum dikira dengan tertubuhnya pusat-pusat tahfiz di seluruh negara yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Tak termasuk pusat-pusat iqra dan sebagainya. Tambah pulak dengan Quran berteknologi tinggi.

Namun, apakah Al-Quran itu hanya cukup kita lagukan ? Apakah Al-Quran itu hanya cukup kita lancarkan bacaannya ? Atau apakah Al-Quran itu hanya cukup kita hafal setiap ayatnya ?


Al-Quran bukan hanya untuk dibaca, dilagukan atau dihafal ayat-ayatnya. Akan tetapi Al-Quran itu hendaklah diselami isi kandungannya, difahami ayat-ayatnya dan disalutkan dalam kehidupan kita di dunia ini.

Berapa ramai antara kita yang mengaku beriman dengan Al-Quran akan tetapi segalanya dusta belaka. Beriman kepada sebahagiannya dan kufur ingkar terhadap sebahagian yang lain.

Di bulan Ramadan ini contohnya, sanggup menahan lapar dan dahaga kerana menjalankan perintah puasa yang terkandung di dalam Al-Quran tapi auratnya tetap terdedah, solatnya entah ke mana, batasan sosialnya lansung tidak terjaga.

Jangan kita bangga mampu mengkhatamkan bacaan Al-Quran berkali-kali di bulan Ramadan ini namun tiada sepatah ayat pun dari yang kita baca itu mampu menjadikan kita orang bertaqwa disisi ALLAH.

Sempena hari Nuzul Quran dimana negara kita mengisytiharkan cuti, marilah kita mengambil peluang cuti itu dengan memperbanyakkan mendalami isi kandungan Al-Quran.

Andai hari sambutan merdeka kita memperingati sejarah kemerdekaan, hari sambutan kekasih kita sanggup bersama kekasih sepanjang hari, hari sambutan guru kita menghargai jasa-jasa guru, tak salah rasanya kalau kita memperhebatkan hubungan kita dengan Al-Quran dihari peringatan penurunan pertama Al-Quran kepada kita manusia sebagai satu kurniaan terhebat dari ALLAH untuk kita semua.

Mudah-mudahan perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. Andai ada kekurangan dan kesilapan mohon ditegur agar sebarang kekhilafan dapat diperbaiki. 






9 comments:

  1. perkongsian yang sangat bermanfaat di bulan ramadhan ni. memang betul apa yang dicoretkan ni.. :)

    ReplyDelete
  2. Tepat dan jitu.

    Sama kita baca dan menghadami al-quran. insyaAllah kita lebih dekat denganNYA

    terima kasih bro utk peringatan ni

    ReplyDelete
  3. moga diperbanyaakan amalan di bulan yang mulia ini..

    ReplyDelete
  4. thanks untuk entry ni , just nice :) Semoga Allah permudahkan segalanya.

    ReplyDelete
  5. mudah-mudahan bulan ni mampu buat kita mula fahami sikit demi sedikit pengertian Al-Quran. pelan-pelan pun tak pe.. jgn lupa terus.

    mudah-mudahan dgn membaca Ai-Quran di bulan Ramadan ni mampu mendekatkan kita dgn Al Quran dengan sebaiknya..

    ReplyDelete
  6. Betul-betul tulisan yang sangat memberi pencerahan,semoga kita bisa bertemu dengan bulan ramadhan berikutnya,aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen...moga kita juga mampu terus konsisten dan perbaiki kefahaman kita tentang isi kandungan al-quran...ameen

      Delete
  7. Membaca Al Quran dengan menghayati dan memahami maknanya,

    ReplyDelete
  8. Fazlur-Rahman Khan Celebrity Profile - Check out the latest Fazlur-Rahman Khan photo gallery, biography, pics, pictures, interviews, news, forums and blogs at Legend of Bangladesh!

    ReplyDelete