09 May 2013

Betul biar bertempat

  
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua rakan pengunjung yang dikasihi mudah-mudahan kita semua diberkati dan dirahmati ALLAH.

Manusia memang suka merungut. Ada saja yang tak kena. Selagi tak memenuhi kemahuan hati, pasti akan ada sahaja rungutan yang kedengaran. Contohnya seperti yang aku alami sewaktu bercuti pulang ke Sabah bulan lepas. 

 

Bagi rakyat yang kurang berkemampuan nak terbang, aku lebih selesa memilih perkhidmatan penerbangan AirAsia kerana pada aku ianya lebih menjimatkan bujet perjalanan balik ke kampung.

Memang banyak rungutan pelanggan bermula dari kemudahan di LCCT sampai la penerbangan AirAsia tu sendiri. Siapa yang tak tau kepadatan LCCT sekarang ni. Memang tak banyak bangku yang disediakan diluar LCCT tu sebab LCCT tu bukan tempat kita boleh nak bersantai.

"Mahal betul barang kat kedai di LCCT, medan selera pun mahal". Tak jadi masalah pun kalau kita tak mengada-ngada nak membeli kat premis jualan sekitar LCCT tu. Tu pun nasib baik ada rangkaian restoran makanan segera yang mengekalkan harga patut kepada pelanggan. Boikot ? Kalau macam tu, bawak je bekal makanan dari rumah lain kali.


"Kaunter mengimbas bagasi sesak, beratur pun macam tak beratur je".  Itu mungkin benar kerana penumpang terpaksa beratur dalam keadaan kurang sistematik tapi tak jadi masalah kalau  para penumpang yang nak mengimbas bagasi tu beratur dengan sopan dan tak memintas orang lain dihadapan.

"Kaunter daftar masuk pun sesak kena beratur panjang, dah bayar tiket tapi kena bayar lagi kat sini". Nak mendaftar masuk di kaunter terpaksa kena bayar pulak tu ? Maju la sikit. Sekarang kan dah boleh daftar masuk secara dalam talian secara percuma. Jadi la pengguna bijak sikit. Kalau tak pandai, minta la bantuan.

"Terminal kaunter daftar masuk panas, diorang ni tak pasang kipas ke ?". Kita bukan nak melepak lama-lama kat situ pun. Daftar masuk, daftar bagasi lepas tu masuk la ke balai berlepas. Kat situ baru la selesa sikit. Kerusi pun banyak. Ada penghawa dingin. 


"Apa ni ? Penerbangan lewat dua jam pulak dah". Bersyukur la kalau penerbangan tu lewat disebabkan ada masalah teknikal pada kapal terbang atau masalah cuaca. Cuba bayangkan kalau pihak penerbangan tak ambil peduli faktor risiko yang terpaksa dihadapi. Tengah berada 30 ribu meter dari paras laut lepas tu enjin kapal terbang tu tak boleh nak 'start'. 

"Penerbangan dibatalkan la pulak, terpaksa la tidur kat kaki lima je". Siapa suruh tak nak beli perlindungan insuran masa tempah tiket tu. Jadi jangan sedih la kalau terpaksa tidur diterminal sedangkan penumpang lain yang dilindungi insuran boleh dapat bilik hotel yang selesa.

"Mahal giler makanan dan minuman dalam kapal terbang tu". Itu la pasal, siapa suruh tak nak makan masa sebelum naik kapal terbang. Lagipun kalau setakat perjalanan dua tiga jam tu, takkan tak boleh nak tahan sikit lapar tu. Dan kalau tak tahan sangat, terima je la kenyataan takde restoran makanan segera atau penghantaran makanan kat atas sana tu.


"Tempat duduk sempit betul". Berapa harga tiket yang kita bayar ? Kelas penerbangan apa yang kita tempah ? Berpada-pada la ye tak ? Kalau nak luas selesa, jangan la pilih penerbangan tambang murah. Beli je penerbangan perkhidmatan lain yang kita boleh pilih untuk duduk dalam kelas pertama atau kelas perniagaan yang lebih selesa.

"Patut la tambang murah, perkhidmatan pun murahan". Apa lagi yang kita nak ? Nak menyewa rumah bayar RM300 sebulan tapi nak rumah yang ala-ala mahligai ? Bersyukurlah dengan adanya perkhidmatan tambang murah macam AirAsia ni sekurang-kurangnya merasa jugak nak naik kapal terbang.

Memang ada pepatah "pelanggan sentiasa betul" tapi betul tu biarlah bertempat. Ingat, bersyukur selalu dengan rezeki yang ALLAH bagi pada kita. Apa yang kita ada tu, semuanya ujian. Merungut mencari kesalahan orang lain je membuatkan kita boleh jadi manusia yang tak bersyukur akhirnya.