29 April 2013

Siapa yang harus dipilih ?

  12 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan pengunjung yang dihormati mudah-mudahan kita semua berada dalam keberkatan dan keredhoan ALLAH.

Semakin hampir dengan tarikh membuang undi semakin panas pentas-pentas kempen. Dua parti utama saling berbalas serangan dan berbagai macam jenis perang saraf yang ada.


Waktu begini baru la macam-macam perkara yang kita tak tahu pun boleh tahu. Kain disingkap, zip seluar dibuka, baju diselak hinggakan kalau boleh kisah dalam kelambu pun boleh menjadi agenda utama.

Lebih menakutkan bila keluar bermacam fatwa yang sikit sebanyak boleh mempengaruhi pemikiran orang-orang awam. Semuanya hanya kerana perebutan kuasa.

Kadang-kadang rasa macam menjengkelkan jugak. Sampaikan minda kanak-kanak pun terhasut sama. Memang la kanak-kanak tu perlu tahu juga kerana mereka la generasi yang akan menyambung perjuangan negara, tapi andai tidak diperjelaskan situasinya, boleh rosak minda anak-anak ni.

Baru-baru ni ada anak murid aku yang bersembang politik. Terkejut jugak aku mendengarnya. Seingat aku, waktu aku berusia 10 tahun dulu lansung tak peduli dengan politik ni dan tak ambil tahu pun.

Murid A bertanya pada aku, "Betul ke kalau kita undi Pas boleh masuk syurga ?".

Murid B bertanya pada aku, "Betul ke kalau kita undi BN nanti kita jadi kafir ?".

Murid C bertanya pada aku, "Betul ke kalau kita undi PKR belajar tak payah bayar yuran ?".

Murid D bertanya pada aku, "Cikgu pilih hijau ke biru ?".

Minda anak-anak ni kita kena faham betul-betul. Pemikiran diorang ni lurus dan masih mencari-cari. Silap penerangan, itu la yang diorang akan pegang dari apa yang diorang dengar.

Pada aku, untuk memilih calon yang perlu mendapat undian bukannya susah. Ibarat memilih ketua kelas. Kriteria utama mestilah seorang yang jujur dalam menjalankan tugas. Kemudian mampu melaksanakan tugasnya tanpa ada unsur pengaruh dari mana-mana pihak. Seterusnya boleh melaksanakan tanggungjawab sepanjang masa.


Calon A bukanlah dari parti yang kita sokong. Tapi calon A ni sangat berdedikasi menjalankan tugasnya samada sebagai wakil rakyat ataupun ahli parlimen kawasan. Sepanjang penggal, calon A sentiasa dilihat menjalankan tugasnya berusaha menyelesaikan permasalahan rakyat yang diwakilinya walaupun kalah dalam pilihanraya malah berusaha menyampaikan masalah rakyat untuk ditangani oleh calon yang menang dikawasannya.

Calon B pula adalah dari parti yang kita sokong. Kebetulan pula memenangi pilihanraya dan dilantik menjadi wakil rakyat dikawasannya. Ketika hari berkempen, kelibatnya dilihat berada dimana-mana hingga ke ceruk kampung. Apa sahaja kesusahan rakyat, pasti dicatatkannya.

Namun tidak lama kemudian, begitu sukar bagi rakyat untuk bertemu dengannya. Suara rakyat pun seperti tidak diendahkan lansung. Bukan hanya pada rakyat yang tidak menyokongnya, malah penyokongnya sendiri pun seakan tidak diambil peduli.

Jadi sebagai pemilih, bijak-bijak la memilih. Jangan kerana kita menjadi ahli seumur hidup parti sekian-sekian, kita meneruskan sokongan kepada calon yang tidak boleh diharap bila mendapat jawatan atas alasan menyokong parti dan asalkan parti menang sudahlah.


Jangan lupa, kita bebas untuk memilih. Cuma jangan sampai tersalah pilih, kemudiannya kita sendiri yang terbiar sedangkan kita memilih agar nasib kita sebagai rakyat yang hanya memiliki suara ini terbela.

"Habis tu cikgu pilih mana, hijau ke biru ?", soal murid D lagi. 

"Undi saya rahsia". Aku memberikan jawapan yang muktamad.








12 comments:

  1. Dan semoga Cikgu Pipoq tak menyebar fahaman politik di sekolah :)

    ReplyDelete
  2. Moga2 mereka yg begitu taksub dapat menghadami entri ni..ameen

    Ambe begitulah juga.
    Pilih calon yg benar2 dapat bantu rakyat jelata
    Bukan setakat pandai bercakap semata
    Biarlah undi rahsia
    Janji tak bergaduh sesama kita

    ReplyDelete
  3. jenuh nak menjawab bila dapat anak murid bertanya macam tu... =)

    ReplyDelete
  4. anak2 murid dah pintar kita dulu tak amik pusing

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum pipoq...betul tu budak2 sekolah pun dah tahu apa itu mengundikan....semoga kita dapat membuat pilihan yg betul...;)

    ReplyDelete
  6. kuat betul kesan politik pada rakyat kita ni..

    ReplyDelete
  7. Bukan setakat anak-anak sukar membuat pemilihan yang layak mengundi pun pening hendak pilih. :-)

    ReplyDelete
  8. kobe shoes, http://www.kobebryantshoes.in.net/
    coach handbags outlet, http://www.coachhandbagsoutletonline.us.com/
    air jordan 4, http://www.airjordan4.org/
    lululemon outlet, http://www.lululemonoutletstore.in.net/
    new balance shoes, http://www.newbalanceshoes.in.net/
    hermes belt for sale, http://www.hermesbelts.us/
    michael kors bags, http://www.michaelkorsbags.uk/
    north face outlet, http://www.thenorthface.me/
    manchester united jersey, http://www.manchesterunitedonline.com/
    michael kors handbags, http://www.michaelkorsusa.us/
    louis vuitton handbags, http://www.louisvuittonhandbag.us/
    kobe shoes, http://www.kobeshoes.us/
    oakley sunglasses, http://www.oakley.in.net/
    kobe 9, http://www.kobe9elite.us.com/
    vans sneakers, http://www.vans-shoes.cc/
    herve leger, http://www.herveleger.us.com/
    discount oakley sunglasses, http://www.oakleysunglassesdiscount.us.com/
    wedding dresses uk, http://www.weddingdressesoutlet.co.uk/
    blackhawks jersey, http://www.chicagoblackhawksjersey.us/
    ralph lauren outlet, http://www.ralphlaurenoutletuk.org.uk/
    ray ban sunglasses, http://www.rayban-sunglassess.us.com/
    instyler ionic styler, http://www.instylerionicstyler.com/
    jets jersey, http://www.newyorkjetsjersey.us/
    oakley sunglasses online, http://www.oakleysunglassesonline.us.com/
    true religion outlet, http://www.truereligionjeansoutlet.com/
    2015912caihuali

    ReplyDelete