07 January 2013

Peka dan belajarlah memahami

  16 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan rakan semua mudah mudahan kita diberkati dan dirahmati ALLAH. Dua hari bercuti hujung minggu agak penuh dengan aktiviti. 

Dimulakan dengan anak sulung terkena batuk dan selsema, kemudian diikuti (berjangkit la tu) pulak oleh adiknya dan seterusnya terkenan pulak oleh mama mereka. 


Nampak sangat antibodi aku ni sungguh berkuasa. Hehehe..Alhamdulillah walaupun ada tiga orang 'pesakit' dalam rumah, aku dipelihara untuk memelihara. 

Sebagai suami bila isteri demam, bagi aku tak jadi masalah lansung untuk melakukan segala tugasan rumah. Basuh pakaian, pegi jemur pulak, memasak, mengemas, jaga anak-anak, kecuali bila anak aku nak menyusu je aku paling kalah.

Bila anak-anak jatuh sakit, memang sangat sangat merisaukan. Macam anak sulung kami tu tak mengapa la juga sebab dia dah boleh bercakap bagitau sakit di mana dan sebagainya.

Tapi bila yang kecil jatuh sakit, pandangan mata dia tu yang buat luluh hati. Apa yang dia tahu hanya menangis bila rasa tak selesa. Tu sebab sebagai ibubapa, kita kena peka dan cuba belajar untuk memahami setiap tingkah laku anak-anak kita.

Jangan sebab anak kita tu menangis tak henti-henti, kita pulak yang bagi 'berhenti' selama-lamanya. Memang tak dinafikan pasti sedikit sebanyak tekanan dalam membesarkan anak mesti ada. 

Sebab tu la ALLAH kurniakan kita ni dengan akal fikiran. Supaya kita sentiasa berfikir akan segala hikmah setiap kejadian tu. Bila tak berfikir, tu la yang keluar kisah kisah yang menyayat hati masyarakat yang tak sepatutnya berlaku.

Dan jangan kita lupa, setiap detik hidup kita adalah ujian dari ALLAH. Samada kebaikan atau keburukan yang kita tempuhi, ianya tidak lain hanyalah peringatan dari ALLAH.


16 comments:

  1. mengalah bab menyusu ye...
    ambil botoll...
    bancuh susu...
    ahahhahaha

    ReplyDelete
  2. @mie
    tu la masalahnya..dia tak layan susu lain selain susu mama dia je..

    ReplyDelete
  3. mmg cuaca jugak kot. kami satu family ada yg demama dan hampir demam. nasib baik kejap je. anak2 sakit, mmg pilu sgt tgk..

    kami yg kakak susah sikit nak makan ubat, tapi kalau adik dia, suka yg amat.. harap2 anak2 kita semua sihat2 hendaknya

    ReplyDelete
  4. Budak-budak mana tahu mengandu kecuali meluahkan tangisan dan menjadi pasif.

    ReplyDelete
  5. sekarang ni cuaca tk menentu..kadang2 kita dah cuba jaga kesihatan baik2pun, tetap tertewas dengan cuaca..

    ReplyDelete
  6. dulu masa aku budak - budak ada juga jumpa tak hujan lama sampai air sungai merosot, sekarang ini macam 2,3 hari mesti ada hujan

    ReplyDelete
  7. ni yang wat rasa aku nak ada anak cepat-cepat ni..

    ReplyDelete
  8. @fiezaradzi
    baru teringat balik zaman budak2 dulu bila mak ayah marah + paksa makan ubat + buat itu ini bila tak sihat..begitu rupanya perasaannya

    ReplyDelete
  9. @akubiomed
    sebab tu untuk jadi ibubapa perlu ada skill tersendiri untuk mengenalpasti perubahan anak anak

    ReplyDelete
  10. @boni kacak
    betul tu bro..kalau yang dah 'kebal' tu tak pe lagi..tapi kekadang yang 'kebal' pun tumpas jugak..hehehe

    ReplyDelete
  11. @onlajer
    cuaca sekarang ni dah berbeza tak macam kita dulu..sekarang ni bila hari terik tu memang panas sangat..

    ReplyDelete
  12. @titan
    jangan biarkan ain maisarah tunggu terlalu lama..hehehe

    ReplyDelete
  13. Mmg nak kena peka selalu. Nak-nak anak yg belum boleh bercakap. kalau pergi klinik, kadang2 doktor just bagi cadangan...dan yg ditakuti, cdgn yg diberi salah dan lgsung tak tepat..

    Moga anak2 kita sihat dan cerdas...ameen

    ReplyDelete
  14. semoga semua cepat sembuh berkat jagaan ketua keluarga yang mithali..

    ReplyDelete
  15. hehe. budak-budak, biasalah tu..

    ReplyDelete