15 January 2013

Dilema merotan

  21 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan ALLAH memberkati dan merahmati setiap apa jua yang kita lakukan.

Kali ni nak berkongsi tentang rotan. Bukan kerusi rotan ataupun bakul rotan tapi pasal merotan. Dalam kelas aku mengajar tu ada dua saiz rotannya. Satu bersaiz jari kelingking aku dan satu lagi bersaiz jari kelingking anak aku.


Waktu zaman aku sebagai pelajar dulu memang aku akui aku antara pelajar yang agak nakal juga di sekolah. Nakal dari segi karenah tapi pelajaran tetap diutamakan.

Seingat aku sepanjang kenakalan di sekolah dulu tu macam-macam pernah aku rasa. Rotan bulu ayam, pembaris panjang sedepa, rotan saiz halus, batang penyapu malah pemadam papan hitam pun pernah bertempek kat muka aku ni.

Tu semua disebabkan kesalahan-kesalahan seperti bermain dalam kelas waktu cikgu belum masuk, bising dalam kelas waktu cikgu belum masuk, main berlari-lari waktu pelajar lain bergotong royong mencabut rumput kemuncup di padang dan tidur dalam kelas.

Dan sekarang ni pulak aku menerima hukum karma (?) malah lebih teruk lagi. Anak murid yang tak siapkan kerja bila diarahkan, bising dalam kelas, bermain dalam kelas dan tidur sewaktu aku mengajar.

Tahun 2013 ni berkurangan sikit anak murid aku. Hanya 35 orang yang tersenarai. Dan 35 orang itu berasal dari 70 bahagian DNA, maksudnya tidak ada kembar seibu sebapa dalam kelas aku tu dan bermakna aku terpaksa berhadapan dengan 35 karenah yang berlainan lima hari seminggu.

Mungkin masih awal untuk aku fahami setiap karenah anak-anak murid aku tu. Sedangkan anak aku sendiri pun aku setiap hari meneliti dan cuba memahami karenahnya.


Bila berhadapan dengan anak-anak murid yang agak nakal dan kurang mendengar kata ni memang terkadang rasa macam nak hilang sabar. Tapi memikirkan bahawa mereka perlu dididik, campak jauh-jauh je la perasaan amarah tu.

Cuma kadang-kadang bila sampai tahap melampaui batasan tu aku lepaskan jugak la. Dan tidak aku biarkan berakhir disitu, aku pastikan mereka mengerti mengapa dan kenapa aku mengambil tindakan sebegitu.

Masalahnya bila hari ni aku merotan, esoknya seakan lupa pulak tentang kejadian semalam. Terfikir juga samada ada kesilapan dalam kaedah yang aku laksanakan, atau anak-anak murid aku tu ada ilmu kebal ?

Tak hingin aku nak merotan anak-anak orang setiap hari sedangkan anak aku sendiri pun aku tak pernah libas dengan rotan. Dan permasalahan rotan ni jugak antara perdebatan terhangat dalam kursus P&P. 

Tanpa kaedah merotan, bererti seorang guru perlu bijak menyelami karenah anak muridnya walaupun anak muridnya itu berada dalam kelas pendidikan khas.

Dengan kaedah merotan, bererti seorang guru itu cuba untuk mendisplinkan anak-anak muridnya secara ancaman (?) atau kekerasan (?). Dan silap haribulan boleh naik mahkamah dibuatnya.

Dan aku masih berfikir dan memikirkannya. Kewajaran untuk melaksanakan tindakan merotan pada murid-murid yang kurang mendengar kata. Perkongsian ini takkan berakhir di sini saja. 

Mungkin rakan-rakan pembaca ada pandangan dan pendapat mungkin juga pengalaman untuk dikongsikan sebagai menjadi panduan bersama. 



21 comments:

  1. Memang delima juga dibuatnya bila sampai bab mendisiplinkan murid melalui merotan ni. Ada baik dan buruknya. Sebagai guru, terpaksa juga melakukannya.

    ReplyDelete
  2. @Donny Ien
    cuma terfikir kesan memrotan tu pada murid, adakah perasaannya lebih kepada menghormati tindakan guru atau takut kena rotan semata2.. :)

    ReplyDelete
  3. zaman sekarang....
    bukan saja merotan...
    tercuit sedikit pun xboleh..
    ahehehehe

    ReplyDelete
  4. Rotan mampu menjadikan seseorang itu berdisiplin

    ReplyDelete
  5. Rotan mampu menjadikan seseorang itu berdisiplin

    ReplyDelete
  6. kalau zaman dulu, kalau cikgu rotan anak muridnya, mak bapak akan sokong cikgu tu kerana mak bapak tu tahu yang cigu berkanaan nak mendidik anaknya menjadi orang yang berguna. tapi sekarang lain, kalau cikgu rotan terus bawak mahkamah sebab mak bapak sekarang pikir anak dorg semua terbaik tak kan buat nakal..hahaa

    ReplyDelete
  7. ermm...payah jugak isu ni rasanya bro pipoq...mungkin elok jugak diterangkan panjang lebar ttg "hukuman" yg bakal diterima jika begitu dan begini..

    moga2 bila dirotan, mereka tau yg mereka layak menerima libasan rotan...

    itu saje rasanya beza kita dirotan dulu2 dgn sekarang...moga2 bro pipoq mampu mendidik anak bangsa berjaya...ameen

    p.s.sekdar pendapat ambe yg bukan seorang guru =)

    ReplyDelete
  8. klu di rotan berbirat risau gak..klu di pancitkan kita kenderaa payah..di buatnya aduan pd bapa meka kita garu kepala sedangkan anak2 mrka bgtu sukar memahami apa khendak dia belajar sebenarnya.bg sy klu degil terpaksa d rotan. jika ank murid bgtu perhatin depa akan tahu beljar dri kesilpan..sllu ank murid sering di libas sama rotan merupakan ank murid yg berjaya pd masa2 akan dtg usulan dri tindak cikgu yg mmdidik ank2 murid supaya berdisiplin

    ReplyDelete
  9. kurang setuju rotan kalau rotan lansung tak guna kat sekolah. konsep "sayang anak tangan-tangankan" dah takde"...merotan ni berkesan utk disiplinkan dan rasana takde guru yg merotan tanpa sebab.

    ReplyDelete
  10. Kena rotan, jalan itik berdiri atas bangku cerita yang mengimbau kenangan lalu

    ReplyDelete
  11. susah juga ye menjadi seorang cikgu ni.. hidup dalam dilema sebenarnya kan? agak2nya , kena menyelami latar belakang budak tu dulu agaknya. sebab, ada pelajar yang background ida tak berapa cantik. samada selalu kena pukul dengan family, ataupun datang dari rumah tangga yang berpecah belah. faktor2 tu pun kadang2 menyebabkan mereka jadi degil dan susah mendengar cakap.. cuma, pelaksanaan cara bagaimana yang harus dilakukan selepas kita mengetahui latar belakang pelajar tersebut yang menjadi tanda tanya.. nak guna cara apa yang paling berkesan untuk mengambil hati dia dan membuat dia dengar cakap kita.. biasanya, pelajar2 macam ni kurang kasih sayang..

    ReplyDelete
  12. Bos pesan baru2 ni.... jgn lg nak ' sentuh2 '. Tp itulah kita pun bukannya meroyan, nak hukum tak pasal2 rite ? Teringat lg kena lempang dgn teacher dulu...alhamdulillah dek hadiahnya tu, jadi manusia akhirnya

    ReplyDelete
  13. Ketika zaman sekolah dahulu cukup takut melihat guru bawa rotan. Kalau zaman sekarang tak tahulah masih relevan guru bawa rotan rasanya tidak ada. Mungkin zaman sudah berubah

    ReplyDelete
  14. hahaha.. macam2 karenah masa sekolah.. hehe.. smoga menjadi pendidik yang berjaya melahirkan pelajar yang cemerlang.. :)

    ReplyDelete
  15. Kalau merotan dapat mendidik seorang insan, maka lakukan je. Dulu pun sll kena rotan.
    Budak sekarang dah tak boleh kena sentuh. Sentuh sikit, repot polis, tak pun pg court.

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum pipoq...zaman skg ni susah jugakan kalau kena rotan sikit jer dah mengadu kat ibubapa n wat report anak lebam la cikgu rotan dah mcm2 cerita kita dengar susah juga nak watkan...:)

    ReplyDelete
  17. Saya sendiri selalu kena rotan zaman sekolah, pada sy time rotan tu ikhlaskan niat dan berdoa supaya budak yg kena rotan tu jadi manusia yg bagus.

    ReplyDelete
  18. patutnya ibu bapa kena main peranan masa diorang kecil.

    ReplyDelete
  19. kalau aku, rotan aje. Kalau aku mak bapak, bukan setakat rotan, tendang penampar terajang pun aku bagi jika perlu. Biarlah diorang benci, tapi diorang tahu nak bezakan yang mana betul dan salah bila besar nanti.

    ReplyDelete
  20. bab merotan dalam zaman ni...payah juga..tak macam dulu..

    so kena fkir banyak sebelum merotan..ye la niat kita untuk mendidik...tapi pada fikiran mak ayah zaman sekarang ni mendera...huhu.

    banyak dah kan berlaku..? :)

    ReplyDelete
  21. kalau betul2 salah, rasanya tak salah merotan asalkan niat mendidik. tapi budak2 + mak bapak sekarang, lebih2kan anak2, sbb tu bila de cikgu merotan boleh jadi kes polis bagai..

    apa salahnya bila sekali kena, mak ayah tu kenalah bagi penjelasan jugak, kenapa kena rotan.cikgu pun kena bagitau kat mak bapak kot yg anak2 kena rotan sbb apa.. mungkin lepas ni anak2 murid lebih dgr..

    ReplyDelete