04 February 2013

Agama hanya ibadah ?

  6 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan-rakan pengunjung yang dihormati lagi dikasihi mudah-mudahan ALLAH merahmati dan melimpahkan keberkatan dalam kehidupan kita sehari-hari.

Selepas isu penggunaan kalimah ALLAH, timbul pula isu penyebaran buku ajaran agama lain kepada pelajar-pelajar sekolah. 

Kalau bagi orang yang berfikiran terjurus ke arah politikus pastinya isu-isu dan perkara sebegini adalah menjadi tanggungjawab dan kesalahan atas pemerintah yang memerintah kerana membiarkan perkara sebegini berlaku.

Aku tak nak berdebatkan pasal politik. Cuma nak berkongsikan minda dengan apa yang berlaku kerana apabila ianya melibatkan agama Islam, ianya menjadi kewajipan atas semua umat Islam tak kira walau siapa pun statusnya.



Sekiranya kita meletakkan agama itu sebagai kehidupan, sudah pasti perkara-perkara yang menjurus kepada menghina agama takkan mudah berlaku. Malah sememangnya agama Islam itu sendiri sudah cukup merangkumi seluruh kehidupan.

Berpakaian dengan cara agama Islam. Bergaul dalam masyarakat dengan cara Islam. Bercakap dengan cara Islam. Berhibur dengan cara Islam. Beriadah dengan cara Islam. Bermuamalah dengan cara Islam.

Apakah masih kita tidak sedar, kerana kita menjadikan kehidupan kita jauh dari cara Islam lalu ada yang beranggapan agama Islam itu tiada bezanya dengan agama yang lain.

Itu baru Islam dalam kehidupan yang semakin menghilang, belum lagi kita bicara Islam dari bab ibadah. Solat kita bagaimana ? Puasa kita bagaimana ? Berzakatkah kita bila tiba masanya ? 

Andainya agama itu hanya ibadah pada kita dan itu pun tidak cukup lengkap, adakah kita berasa hairan kiranya ada individu yang mencemar, menindas, mencemuh mahupun mempersendakan agama Islam.

Tanya pada diri masing-masing, apakah kita meletakkan agama Islam itu pada seluruh kehidupan atau agama hanya ibadah ?




6 comments:

  1. Islam is the way of life.. Banyak yang terlepas pandang bab ni.. kebanyakkan ambil Islam secara separuh-separuh.. mana yang dia mampu buat, dia buat.. yang tak.. tutup sebelah mata..

    Semoga kita dijauhkan dari segala kejahilan yang mencengkam ^^

    ReplyDelete
  2. kalau betul2 berpegang pada ajaran Islam, kehidupan harian, tentu terhindar dari kejahatan...

    byk baca buku sejarah Islam, yg menunjukkan perkara ni.. sebabnya Allah sendiri pelihara orang yg betul menjaga agamanya...

    ReplyDelete
  3. artikel yg menarik..
    tersedar kjp dr tidur yg pjg

    ReplyDelete
  4. salam.
    tak semua org nak ikut ada kata skdar nama shja..tu buat terkilan..

    cm bab pakaian hya pakai asal tutup tpi tak semua ikut dgn betul2hurm...

    ps..bro sy akn pos mgu ni tau he..sori lewat sb nak tgu bunga lain dan batang lain kembang byk skit baru syok nak mmberi.

    ReplyDelete
  5. Agama adalah panduan kita. Tanpa agama, rosaklah manusia..

    Terima kasih bro utk entri ni. Terbaaaik!

    ReplyDelete
  6. good entry...
    jangan memperlehkehkan agama kita..
    ye dak

    ReplyDelete