29 July 2012

Tak mampu berdiri lama

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat berhujung minggu buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita beroleh keberkatan dan rahmat dari Allah.

Semalam aku sempat berbual dengan seorang sahabat di facebook. Katanya, mengapa bila bulan Ramadhan je kita jarang untuk membuang air ke tandas. Adakah tubuh kita menyimpan air yang diminum tu dan mempergunakannya semula seperti yang dilakukan oleh unta

Logiknya aku cuma dapat memikirkan satu dua jawapan je. Antaranya kemungkinan benar tubuh kita bertindak menyimpan air yang kita minum pada malam hari tu untuk memberikan tenaga dan kelembapan disiang hari Ramadhan.

Mungkin jugak bila di bulan Ramadhan ni iblis dan syaitan telah dirantai maka keinginan untuk 'melawat' mereka di tandas tu berkurangan. Atau mungkin kerana sebahagian orang apabila di bulan Ramadhan ni menghadkan pergerakan mereka atas alasan menyimpan tenaga.

Disebabkan aku bukan doktor pakar sakit puan, bukan juga ahli saintis malah tidak pula pakar tandas, semoga jawapan yang aku berikan ni dapat memuaskan dan menghiburkan hati Tuan Ferdaus Zahid yang katanya hampir menjadi biul menjaga dewan dimana kursus pra-perkahwinan diadakan di INTIM.


Alhamdulillah seminggu lebih sudah kita berada dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ni. Dalam kemeriahan kita berbelanja juadah di bazar ramadhan mahupun membeli persiapan menyambut hari lebaran, jangan dilupa pulak zakat fitrah yang wajib dibayar tu.

Ramadhan tahun ni aku mengikuti solat tarawikh di surau berhampiran taman perumahan. Bukan kerana solat tarawikhnya hanya dibuat lapan rakaat tapi faktor jarak yang lebih dekat berbanding masjid atau surau lain yang terdekat.

Teringat ketika zaman aku masih bersekolah rendah sekitar tahun 80-an, malam-malam Ramadhan ni sangat ditunggu. Selain mendapat kebebasan untuk pulang sedikit lewat dari surau, dapat juga berkumpul bersama kawan-kawan untuk bermain setelah aktiviti waktu siang dikurangkan.

Dan barisan saf belakang pastinya menjadi tumpuan bila mengikuti solat tarawikh. Dan seingat aku juga, kebiasaannya imam kampung akan membawa solat tarawikh dengan agak laju bacaannya dan saban malam hanya ulangan surah-surah pendek dari juz 30 menjadi pilihan.

Berbanding masakini apabila kebanyakan pihak pengurusan jawatankuasa masjid atau surau menjemput imam-imam terlatih mahupun penuntut tahfiz Al-Quran untuk memeriahkan solat tarawikh di kariah masing-masing.

Agak bagus juga kerana selain dari para jemaah dapat merasai sedikit kelainan dari pembawaan imam-imam jemputan tu, ianya juga boleh dijadikan sebagai satu situasi praktikal untuk penuntut-penuntut tahfiz tersebut.

Namun buat imam-imam muda yang dijemput tu walaupun ianya boleh dijadikan medan menguji hafazan dan persiapan untuk berhadapan dengan masyarakat, janganlah terlalu ikutkan rasa.


Tidak salah sekiranya hendak memanjangkan bacaan surah atau bertaranum bacaannya namun kenalpasti dahulu jemaah yang mengikuti tu. Kecuali andainya sudah memang dipinta untuk membaca banyak ayat surahnya. Kerana terkadang tu terdengar juga rungutan dari jemaah yang berusia emas yang tidak mampu untuk berdiri lama. 

Malah yang belum menjangkau usia emas juga terkadang tu kelihatan agak berat untuk berdiri bertakbiratulihram mengiringi imam. Silap haribulan andai berterusan mau nipis barisan saf imarah Ramadhan tu.

Apa pun tahniah buat para imam-imam muda yang berusaha meraikan malam-malam Ramadhan ni dengan bacaan yang lunak merdu. Tersilap, tersalah atau terlupa ayat tu jangan pulak melemahkan semangat. Aku sendiri pernah berpengalaman sebegitu. 

InsyaAllah lain kali pulak la aku berkongsi pengalaman tentang malam Ramadhan ni. Kalau nak sambung dalam entri ni nanti terlalu panjang pulak. Letih nak membacanya. Selamat beramal di bulan Ramadhan.



9 comments:

  1. Selamat beramal dan mengerjakan ibadah du bulan Ramadhan ini.

    ReplyDelete
  2. selamat berbuka....

    orang tua pon melepak balik lewat juga lepas tarawih....

    haha

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum pipoq...moga kita akan sentiasa mendapat pahala yg berganda di dalam bulan yang mulia ini...:)

    ReplyDelete
  4. salam pipoq,

    selamat berpuasa dan mengerjakan ibadah
    di bulan mulia ini :)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum pipoq,
    di masjid tmpt zue pun iman2 muda...mmg bagus dan ada kelainan tapi tak tahan lama sgt brdiri. zue mlm prtama terawih abis dekat kul 11 mlm hari ke dua buat 8 rakaat je sbb tak tahan brdiri lama.

    ReplyDelete
  6. err...skrg ni chii slalu wat sendiri je kat rumah..x berkesempatan lg nak buat di surau2 atau masjid berdekatan..

    pengalaman sblm ni di masjid di mlk..okla..bacaan tidak terlalu panjang.sederhana sahaja..memandangkan time tu masing2 adalah pelajar..so imam pun xde la baca ayat2 yg panjang :)

    ReplyDelete
  7. tahniah jawapan yang baik dari anta
    ana terhibur!!!

    ReplyDelete
  8. kt sini, masih imam biasa..tak macam tahun lepas ada imam jemputan.. :)

    ReplyDelete
  9. taman perumahan sy masih lg imam biasa.. bacaannya xde la ayat yg panjang2 sgt.. kiranya mak buyung ni masih mampu untuk berdiri... kalau panjang sgt pun kesian kan kat warga emas dan jgk mak buyung yg tgh sarat mcm saya ni... :)

    ReplyDelete