31 July 2012

Panggilan hangat

  5 Komen    
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati lagi dikasihi mudah mudahan kita semua beroleh rahmat dan keberkatan dari Allah.

Hari ni aku nak sambung kisah pasal panggilan telefon yang agak mengganggu kehidupan aku seminggu dua ni. Kalau sebelum ni aku banyak menerima panggilan hangus dari astro yang menuntut bayaran, lepas dah selesai semuanya tu aku menerima pulak panggilan hangat.

Segalanya bermula selepas aku terpaksa membuka dua akaun bank baru untuk memudahkan urusan kemasukan elaun KAFA. Dan seperti biasa, bila nak bukak akaun kena la isi borang-borang yang disediakan. 

Dan kebanyakan pihak bank masakini tidak membekalkan pelanggan baru buku akaun bank kecuali jika ada permintaan dari pelanggan itu sendiri. Dan bagi memudahkan urusan, perkhidmatan perbankan internet diperkenalkan kepada pelanggan.


Disebabkan kebanyakkan penduduk bumi masakini memiliki telefon bimbit setiap seorang hinggakan kemungkinan pelajar pun akan dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah, maka dalam mengisi borang pembukaan akaun baru juga perlu memasukkan nombor telefon bimbit.

Tujuannya untuk memastikan pelanggan dapat menggunakan perkhidmatan perbankan internet kerana kebanyakan transaksi yang dilakukan dalam talian memerlukan pelanggan untuk memasukkan pin TAC yang dibekalkan dari pihak bank.

Dan semestinya amat jarang sekali ada pelanggan yang sudi untuk menghabiskan masa mereka untuk membaca terma dan syarat yang tulisannya maha kecil didalam borang yang diisi tu.


Dan samada rela atau terpaksa, sebagai pelanggan yang ingin menggunakan perkhidmatan mereka (bank) perlu la mematuhi dan bersetuju dengan setiap terma dan syarat yang dikenakan oleh pihak bank tu.

Oleh kerana kebanyakan bank tidak membekalkan buku akaun, mereka memberikan kad ATM sebagai memudahkan pelanggan dimana pelanggan perlu membayar kos untuk kad tersebut dan ada juga yang perlu dibayar secara tahunan tak termasuk cas lain jika mengeluarkan wang kita yang kita simpan sendiri melebihi empat kali dalam bulan tersebut.

Dan diantara terma dan syarat yang kita sebagai pelanggan terpaksa bersetuju ialah pendedahan maklumat diri kita kepada pihak lain yang bersangkut paut dengan kepentingan pihak bank tu sendiri.

Dan itulah yang mengganggu kehidupan aku kebelakangan ni. Panggilan hangat dari pihak insuran kononnya sebagai pemegang kad debit, aku ni terpilih untuk mengikuti program insuran yang ditawarkan.

Bukan satu malah hinggakan tiga syarikat insuran yang modus operandinya sama. Aku sebagai orang yang terpilih untuk ditawarkan insuran tersebut. Kalau terpilih untuk memenangi hadiah tu seronok la jugak. Ni terpilih untuk insuran.


Bukan la tak bagus kalau ada insuran ni. Tapi kalau sampai dua tiga jenama nak rebut, tumpor juge yeop. Bagi tidak menghampakan pemanggil panggilan hangat tu, aku layankan jugak la setiap penerangan panjang lebar diorang tu. 

Pastinya aku juga akan mengiyakan setiap pertanyaan dan penerangan yang diajukan. Hingga akhirnya sebagai kata penutup dari aku untuk menamatkan perbualan, "Maaflah kerana saya tidak berminat dan saya ada banyak lagi komitmen lain untuk melakukan pembayaran"

InsyaAllah, lain kali kita kongsi pasal kad ATM yang memenuhi dompet kita tu pulak ye. Kalau dulu tebal dompet kerana duit, sekarang ni tebal dompet kerana kad plastik.





5 comments:

  1. assalamualaikum pipoq...betul2 tu beg skg penuh ngan duit plastik jer...:)

    ReplyDelete
  2. biasalah tu, telemaketing punya stategy, caranya kurang menyenangkan, terus nak hantar posisi insurance dgn verifikasi alamat etc. sebelum cerita lebih panjang cakap tak minat je.

    ReplyDelete
  3. heheh...chii pun pernah gak dpt panggilan2 hangat camni..tp slalunya dgr je apa dia kata..last2 say tQ je..eheh

    ReplyDelete
  4. Bosan dengan panggilan syarikat insuran. Bank tempatan tidak amanah menyimpan maklumat peribadi pelanggan mereka. :-(

    ReplyDelete
  5. saja gunakan perkataan 'terpilih' tu kan..? konon nak buat orang rasa dirinya bertuah... ;P

    ReplyDelete