04 March 2013

Tanggungjawab suami

  10 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati ALLAH.

Macam yang kita semua tahu, saat dimana seorang lelaki disahkan menjadi seorang suami kepada seorang wanita maka beralihlah tanggungan tanggungjawab bapa kepada wanita tu ke bahu lelaki yang bergelar suami tu tadi.

Kalau sebelum bergelar isteri, segala tanggungjawab dalam menjaga dan mendidik perempuan ni tertanggung ke atas bapanya je. Bila dah bersuami maka suaminya la yang wajib menanggung segalanya termasuk la dosa isteri dia sendiri. 

Apa antara tanggungjawab seorang suami ni yang perlu kita tau ? Untuk menyegarkan balik ingatan dan sebagai bekalan buat bakal bakal suami, jom kita tengok sama sama tentang tanggungjawab seorang yang bergelar suami.


Sebagai seorang suami, maka wajib baginya untuk memberikan nafkah kepada isteri dan anak anak dari segi pendidikan, pengisian rohani, pakaian, tempat tinggal dan makanan mengikut kemampuan sendiri. 

Bila dah bergelar suami ni kita kena la ingat bahawa kita sebenarnya dah masuk ke alam yang baru. Bukan lagi duduk dalam alam macam zaman bujang bujang. Takde sesi mengeteh sampai larut malam. Takde sesi melepak berkumpul tanpa matlamat.


Agak kalau gian sangat nak pekena teh tarik mamak ngan kawan kawan, ajak sekali isteri dan anak anak bersama sama. Jangan minum sorang je. Kesian anak isteri kat rumah minum teh 'o' je. 

Bila dah bergelar suami, wajib jugak untuk suami ni memberikan nafkah batin kepada isteri termasuk la menggauli isteri dengan baik. Jangan pulak ingat nafkah batin tu semata mata hubungan kelamin je. Nafkah batin untuk isteri tu termasuk la pengisian rohaniahnya. 

Wajib bagi suami untuk mengajarkan kepada isteri tentang solat yang betul, bacaan dalam solat dan segala hukum syariat asas kepada isterinya. Ni pun antara pemberian nafkah batin yang wajib jugak. 

Kalau suami tu tak tau, pegi belajar sebab kalau dibiarkan nanti takut akan melahirkan anak anak generasi yang islamnya hanya pada kad pengenalan je. 


Bila dah beristeri, insyaAllah akan diberikan pulak rezeki dalam bentuk anak anak. Seronok sebenarnya bila ada anak anak ni. Tapi kena ingat la, bila dah bergelar ayah ni kena la menyara anak anak tu. Bukan setakat sara makan, pakaian dan tempat tinggal malah pendidikan untuk anak pun wajib ditanggung. 

Dan pastinya seorang suami tu jugak wajib melindungi isteri dan anak anaknya dari aspek kesihatan dan keselamatan. Tak boleh mendedahkan anak isteri kepada perkara yang membahayakan misalnya andai kata si suami seorang perokok, berusahalah agar tidak merokok dihadapan anak isteri supaya mereka tidak berisiko menghadapi penyakit akibat asap rokok tu. Kalau boleh berenti tu, berenti je la. 


Selain dari menjaga kesihatan dan keselamatan anak isteri, seorang suami jugak wajib melindungi maruah keluarga dan harta benda. Keluarga tu bukan setakat keluarga yang dibina tu tapi termasuk la seluruh ahli keluarga mertua dan yang seketurunan dengannya. 

Suami jugak wajib sentiasa membimbing isteri dan mendidik akhlak anak anak dan memastikan mereka mendapat pendidikan islam yang sempurna. Tu sebab sebolehnya sebelum bercadang nak menjadi seorang suami ni kena la mempersiapkan diri dulu dengan asas asas ilmu agama sebab tu menjadi salah satu kewajipan yang wajib ditanggung oleh suami kelak.


Suami jugak hendaklah sentiasa mengamalkan pergaulan yang baik dengan isteri, anak anak dan orang lain. Suami juga perlulah menjadi sorang yang boleh dijadikan penasihat dalam menyelesaikan masalah isteri, anak anak dan jiran tetangga. Sebolehnya sebagai seorang suami, seseorang tu haruslah mempunyai sifat bertolak ansur, pengasih, penyabar, pemaaf dan bertimbang rasa. 

InsyaAllah kalau boleh menjaga semua tanggungjawab yang tertanggung tu, hidup berkeluarga pun menjadi aman damai, penuh kasih sayang dan tenang. Apa yang penting, agama jangan dibelakangkan. 



Gambar : Ehsan Google Image







10 comments:

  1. Jangan pulak ingat nafkah batin tu semata mata hubungan kelamin je. Nafkah batin untuk isteri tu termasuk la pengisian rohaniahnya.

    Terbaik!!

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum pipoq...memang penting semua nafkah2 dari lelaki terhadap isteri n anak2nya...nice n2...:)

    ReplyDelete
  3. Besar tanggunjawab suami yang perlu digalas selepas mengambil alih amanah daripada pak Mertua.

    ReplyDelete
  4. singgah petang..as salam...setuju sangat dengan N3 ini...

    ReplyDelete
  5. mudah2an jadi panduan utk suami2 sekalian dan yg bakal jadi suami.. jadi suami bukan utk suka2..

    ada tanggungjawab yg perlu dilaksanakan..

    ReplyDelete
  6. tanggungjawab dan peranan seorang suami...salah didik..aduhai..menjawab la di sana nnt kan.. panduan yg baik buat yg bergelar suami dan bakal2 suami :)

    ReplyDelete
  7. Kepada para suami2...jalankanlah tanggungjawab yang telah diamanahkan..semoga keluarga hidup aman bahagia..

    ReplyDelete