Showing posts with label fitnah. Show all posts
Showing posts with label fitnah. Show all posts

08 July 2012

Hujung minggu tanpa tajuk ?

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat bersantai di hujung minggu bersama keluarga dan rakan rakan mudah mudahan apa jua yang kita lakukan diberkati dan dirahmati Allah.

Apa saje cerita sepanjang minggu ni yang berlaku disekeliling kita semua. Kalo yang terpampang di dada akhbar tu memang penuh dengan berita sensasi dan kontroversi.

Isu isu panas terutamanya dari dunia hiburan pastinya menjadi tajuk pilihan utama kebanyakan blogger. Terbaru berkenaan perkahwinan ratu rock negara, Ella pastinya ramai yang mengambil kesempatan menumpang populariti beliau.


Tak cukup panas dengan perkahwinan Ella tu, kisah Pian cecupak yang cucuk 760 jarum kat punggung dia pun boleh jadi perkongsian sensasi. Belum lagi yang berkongsi populariti dunia hiburan antarabangsa.

Pendek kata orang kita zaman sekarang ni jurusan minatnya lebih kepada dunia hiburan yang utamanya. Walaupun kisahnya diulang-ulang namun masih juga tidak jemu jemu untuk menatapnya.

Terlebih sedikit, ada juga yang berkongsi dosa fitnah memfitnah ni. Tanpa sedar atau memang sedar, masih juga sanggup menanggung dosa asalkan perkongsiannya digemari ramai. 

Dalam dunia yang serba mudah ni yang penuh dengan teknologi bagi memudahkan perkongsian, janganlah kita mempermudahkan juga dosa dosa kita bertambah dan terus bertambah. 

Lebih lebih lagi bulan Ramadhan pun dah nak dekat ni. Mari la kita sama sama memperbaiki diri mudah mudahan ibadah kita diterima Allah. Muhasabah diri sentiasa, baiki kelemahan dan banyakkan amalan.



20 May 2011

lidah

  11 Komen    
label: , , , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat buat semua rakan rakan pengunjung. Dihari yang mulia lagi bahagia ni aku mendoakan semoga semuanya berada dalam peliharaan Allah dari segala bala bencana malapetaka. 

Mungkin ada yang telah maklum dari rakan rakan blogger yang lain semalam, blogger telordibasuh atau nama sebenarnya Abdul Hakim telah selamat kembali ke rahmatullah. Khabarnya mengalami jangkitan kuman di paru paru beliau. Walaupun aku tak pernah mengenali beliau, sebagai saudara seagama marilah kita sama sama sedekahkan bacaan Al Fatihah dan doa semoga roh beliau dirahmati Allah. 


Hari ni aku nak berkongsi pasal lidah. Bukan berkongsi lidah tau. Kalau dalam dunia peribahasa banyak betul yang berkaitan dengan lidah ni. "Lidah tidak bertulang" ada, "sedangkan lidah lagi tergigit" ada, "lidah lebih tajam dari mata pedang" ada, "lidah bercabang" ada dan macam macam lagi la pasal lidah ni.


Dengan lidah jugak macam macam yang kita boleh nak buat. Maksud aku dengan lidah kita boleh merasa, boleh bertutur dengan sempurna, boleh buat sup kalau lidah lembu tu. Dengan lidah la jugak kita boleh mendapat pahala dan dengan lidah jugak la kita boleh dicampak ke neraka.


Sepertimana peribahasa lidah lebih tajam dari mata pedang, tu la yang harus sekali kita jaga tentang lidah kita ni. Kalau la luka terkena mata pedang tu mungkin la boleh sembuh tapi kalau terluka akibat lidah, belum tentu dapat sembuh.

Ada satu hadis Rasulullah SAW yang terkenal riwayat Imam Muslim yang bermaksud, 
"Orang Islam yang sebenar ialah mereka yang menyelamatkan manusia dari kejahatan lidah dan tangannya"
Dalam dunia yang serba canggih macam sekarang ni, penyebaran maklumat bukan sekadar melalui percakapan dan pertuturan lidah je tapi semudah satu klik pada papan kekunci pun dah mampu untuk menjatuhkan maruah individu yang lain.


Tuduh menuduh, fitnah memfitnah, umpat mengumpat dah jadi macam satu senario biasa dalam kehidupan. Tu belum lagi bab memburukkan orang lain. Lepas tu pulak herannya ada jugak yang menyokong siap menambah tokok keburukan yang diperkatakan.


Lagi lagi dengan adanya platform rangkaian sosial yang semakin menular penggunaannya. Walaupun dengan mulut yang tertutup dan lidah yang tak bergerak, tetap jugak mampu untuk menjatuhkan aib orang lain dengan mudahnya.

Kerana itu mari la kita sama sama hayati dan insafi diri andainya pernah kita menyalahgunakan lidah kita ni. Jangan kerana lidah kita yang tak terjaga tu menyebabkan kita menanggung azab seksa di akhirat kelak.