Showing posts with label hadis. Show all posts
Showing posts with label hadis. Show all posts

22 May 2012

Soalan bocor

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa diucapkan buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Minggu ni boleh kita katakan minggu peperiksaan untuk adik adik, anak anak dan rakan rakan kita yang masih berjuang menuntut ilmu di medan pendidikan masing masing. Dan kalaulah diberikan soalan bocor sebelum memasuki dewan peperiksaan alangkah seronoknya rasa sebab memudahkan kita untuk menjawab setiap soalan yang diberikan.

Itu persoalan untuk menghadapi kehidupan di dunia. Bagaimana pula untuk menghadapi kehidupan semasa di akhirat kelak ? Sudah bersediakah kita untuk menjawab semua soalan yang bakal ditanyakan oleh Allah ? 


Nabi Muhammad SAW begitu sayangkan kita umatnya. Hinggakan perkara persoalan penting di akhirat kelak pun baginda SAW 'bocorkan' soalannya untuk kita supaya kita dapat menyediakan diri untuk menghadapinya kelak.

Namun begitu, adakah kita benar benar sudah bersedia untuk mempersiapkan diri bagi menjawab soalan yang bakal ditujukan kepada kita di akhirat nanti ? Atau kita sekadar menganggap segala kisah kehidupan selepas kematian itu hanyalah perkara remeh dan tidak penting berbanding kehidupan di dunia ni.

[bersambung]








18 May 2012

Bukan milik kita

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat meraikan hari jumaat yang mulia ni dengan memperbanyakkan selawat serta zikir dan juga ibadat mudah mudahan kita semua akan diberkati dan dirahmati Allah.

Seperti yang kita maklum baru baru ni diadakan sambutan hari guru bagi menghargai dan mengenang jasa guru guru yang memberikan kita semua pendidikan. Mungkin masih berkesempatan untuk aku mengucapkan "terima kasih cikgu" kerana telah berkongsikan ilmu kepada anak anak murid tak kira di mana juga anda berada.


Semalam aku sedikit rasa terharu dan teruja kerana terkena sedikit tempias hari guru ni. Aku bukanlah seorang guru formal yang berdaftar cuma sekadar seorang yang mengasihi ilmu dan suka untuk berkongsi ilmu malah masih lagi mencari cari ilmu. Sepertimana guru-guru lain yang ikhlas menaburkan ilmu yang diperolehi, sebegitu juga aku. 

Dari Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya ; "Apabila seorang manusia itu mati, maka putuslah (pahala) amalan (setakat itu) kecuali tiga perkara (yang berterusan pahalanya) iaitu (1) Sedekah jariahnya, atau (2) Ilmunya yang memberi faedah kepada orang lain, atau (3) Anak soleh yang berdoa untuknya."

(Hadis Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

Seperti halnya hari ibu tu, seharusnya kita bukan hanya mengenang jasa guru-guru kita sekali dalam setahun. Walaupun tanpa sambutan atau sebagainya, cukup sekadar kita mengingati guru yang menaburkan ilmunya kepada kita ketika mana kita berada di setiap tangga kejayaan. 


Jangan kerana kita berjaya mendapat taraf pendidikan yang tinggi membuatkan kita melupakan jasa-jasa guru yang pernah mendidik kita. Dan jangan pula kerana itu kita merasakan bahawa kitalah manusia yang memiliki segala ilmu mengalahkan orang lain.

Walaupun kita memiliki Ph.D sekalipun, jangan sesekali kita memandang rendah kepada orang lain walaupun orang itu hanya seorang kanak kanak yang masih berhingus belajar di tadika. Mungkin benar ilmu yang kita miliki mengatasi ilmu yang baru dipelajarinya tapi belum tentu ilmu yang diperolehinya tu mampu untuk kita ketahui.

Dan jangan pula kerana ilmu, kita menjadi manusia yang sombong. Ingatlah kembali kisah tentang Nabi Musa a.s yang termaktub di dalam Al Quran pada surah Al Kahfi ayat 60 - 82 dimana Allah 'mengajarkan' kepadanya supaya tidak sombong dengan ilmu yang dimiliki kerana pasti ada orang lain yang lebih berilmu kerana sesungguhnya ilmu Allah itu teramat luasnya.


Dan jangan juga kita berasa puas dengan ilmu yang kita perolehi atau berasa cukup. Pentingnya ilmu tu untuk kehidupan kita di dunia ni malah boleh menjadi bekalan untuk ke akhirat. Tidaklah Allah mengajarkan perkara lain kepada Nabi Adam a.s selepas penciptaannya kecuali ilmu pengetahuan. Begitu juga wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW tak lain adalah tentang kepentingan ilmu.

Tuntutlah ilmu hingga ke akhir hayat di dunia ni. Sebarkanlah ilmu agar bermanfaat untuk semua manusia. Hormatilah guru-guru tak kira yang mengajar kita di sekolah atau mungkin hanya seorang budak yang mengajarkan kita doa menaiki kenderaan. Hargailah ilmu yang kita miliki dengan berkongsi dengan yang lain. Ingat, ilmu itu milik Allah jua yang hanya dipinjamkan kepada kita untuk dimanfaatkan. 






17 May 2012

Ajarkan saya Al Quran

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari khamis buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah yang maha berkuasa atas segala sesuatu.

Baru baru ni aku berkesempatan melihat satu demonstrasi meningkatkan daya kerja otak untuk kanak kanak khasnya ketika berada di kediaman DSZ. Aku tak pasti la betul ke tak namanya tu tapi apa yang pasti ianya berkenaan minda la. Dengan hanya menyentuh sesuatu tanpa melihat pun dah boleh tahu ape ke bendanya atau ape yang ditulis di atasnya tu.


Tapi bukan tentang itu aku nak kongsikan hari ni. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal perkara tu, boleh la jenguk jenguk ke http://gmcinternational.org/ supaya lebih faham apa yang aku maksudkan tu. 

Imam Al Tabarani ada meriwayatkan daripada Saidina Ali r.a, bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang maksudnya ;

"Didiklah anak anak kamu atas tiga perkara. (1) Cinta kepada Nabi kamu, (2) Cinta kepada kaum keluarganya, (3) Serta membaca Al Quran. Sesungguhnya, para pembaca Al Quran itu berada dalam naungan 'Arasy Allah pada hari tiada naungan melainkan naungan-Nya bersama sama para Nabi-Nya dan orang-orang suci-Nya"

Mengimbas kembali kenangan sewaktu zaman kanak kanak dulu, seawal usia 5 tahun lagi aku dah diajarkan membaca muqaddam setiap kali selepas solat maghrib oleh arwah mak aku. Faham faham aje la waktu usia macam tu memang umpama masuk telinga kanan keluar telinga kiri je. Tak cukup dengan tu dimasukkan pulak ke tadika Islam supaya dapat belajar asas agama.


Bila dah masuk darjah satu, masih lagi bertatih mengeja setiap mukasurat dalam muqaddam tu. Cuma kali ni arwah mak aku semakin tegas. Dengan rotan disisi, jangan harap nak mengelat. Terkadang tu dengan deraian air mata dan sedu sedan menghabiskan bacaan tapi lansung arwah mak aku tak peduli atau kasihan.

Alhamdulillah berkat kesabaran arwah mak aku mengajarkan kami adik beradik mengenal dan membaca Al Quran, sehingga sekarang pun tak jadi masalah nak membacanya. Dan bila meningkat dewasa, mengetahui pulak kelebihan dari membaca Al Quran ni membuatkan aku semakin ingin mendalami Al Quran bukan setakat untuk diri sendiri, malah untuk anak cucu cicit aku nanti jugak.

Berapa ramai ibubapa sekarang ni lebih mementingkan pelajaran akademik untuk anak anak dari pendidikan Islam. Jika anak meninggalkan solat tidak mengapa tapi jangan sekali kali meninggalkan kelas tuisyen matematik. Anak tidak kenal huruf Al Quran tak menjadi masalah asalkan anak dapat mengenali not muzik. 

Andainya kita sendiri memang dibesarkan oleh ibubapa kita dengan sebegitu rupa, janganlah kita menzalimi anak anak kita pula dengan menyediakan kehidupan mereka sebegitu. Biarlah kita sahaja yang jahil namun jangan biarkan anak anak kita mewarisi kejahilan kita tu. 


Andai pula kita pernah dibesarkan dengan asas Islam oleh ibubapa kita suatu masa dahulu, jangan pula kita terlalu terikut dengan arus kemodenan dan melupakan apa yang telah dididik kepada kita. Kalau kita sendiri sudah melupakan setiap didikan yang kita terima sewaktu kecil dahulu, jangan pula kita membiarkan anak anak kita hanyut tenggelam tanpa pegangan.

Hantarlah anak anak kita ke kelas tuisyen akademik, namun jangan sekali kali kita biarkan mereka mengabaikan tuntutan ibadah seperti solat khususnya. Tajamkanlah minda mereka dengan mempelajari seni muzik atau sebagainya, namun jangan pula kita karatkan hati mereka dengan keduniaan semata mata. 

Jangan berasa malu apabila suatu hari nanti anak anak kita berkata, "Ajarkan saya membaca Al Quran wahai ayah dan ibu". Bacalah, pelajarilah dan hayatilah Al Quran tu bersama sama dengan mereka, mudah mudahan kehidupan kita semua akan mendapat berkat dan rahmat dari-Nya yang maha berkuasa.




20 May 2011

lidah

  11 Komen    
label: , , , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari jumaat buat semua rakan rakan pengunjung. Dihari yang mulia lagi bahagia ni aku mendoakan semoga semuanya berada dalam peliharaan Allah dari segala bala bencana malapetaka. 

Mungkin ada yang telah maklum dari rakan rakan blogger yang lain semalam, blogger telordibasuh atau nama sebenarnya Abdul Hakim telah selamat kembali ke rahmatullah. Khabarnya mengalami jangkitan kuman di paru paru beliau. Walaupun aku tak pernah mengenali beliau, sebagai saudara seagama marilah kita sama sama sedekahkan bacaan Al Fatihah dan doa semoga roh beliau dirahmati Allah. 


Hari ni aku nak berkongsi pasal lidah. Bukan berkongsi lidah tau. Kalau dalam dunia peribahasa banyak betul yang berkaitan dengan lidah ni. "Lidah tidak bertulang" ada, "sedangkan lidah lagi tergigit" ada, "lidah lebih tajam dari mata pedang" ada, "lidah bercabang" ada dan macam macam lagi la pasal lidah ni.


Dengan lidah jugak macam macam yang kita boleh nak buat. Maksud aku dengan lidah kita boleh merasa, boleh bertutur dengan sempurna, boleh buat sup kalau lidah lembu tu. Dengan lidah la jugak kita boleh mendapat pahala dan dengan lidah jugak la kita boleh dicampak ke neraka.


Sepertimana peribahasa lidah lebih tajam dari mata pedang, tu la yang harus sekali kita jaga tentang lidah kita ni. Kalau la luka terkena mata pedang tu mungkin la boleh sembuh tapi kalau terluka akibat lidah, belum tentu dapat sembuh.

Ada satu hadis Rasulullah SAW yang terkenal riwayat Imam Muslim yang bermaksud, 
"Orang Islam yang sebenar ialah mereka yang menyelamatkan manusia dari kejahatan lidah dan tangannya"
Dalam dunia yang serba canggih macam sekarang ni, penyebaran maklumat bukan sekadar melalui percakapan dan pertuturan lidah je tapi semudah satu klik pada papan kekunci pun dah mampu untuk menjatuhkan maruah individu yang lain.


Tuduh menuduh, fitnah memfitnah, umpat mengumpat dah jadi macam satu senario biasa dalam kehidupan. Tu belum lagi bab memburukkan orang lain. Lepas tu pulak herannya ada jugak yang menyokong siap menambah tokok keburukan yang diperkatakan.


Lagi lagi dengan adanya platform rangkaian sosial yang semakin menular penggunaannya. Walaupun dengan mulut yang tertutup dan lidah yang tak bergerak, tetap jugak mampu untuk menjatuhkan aib orang lain dengan mudahnya.

Kerana itu mari la kita sama sama hayati dan insafi diri andainya pernah kita menyalahgunakan lidah kita ni. Jangan kerana lidah kita yang tak terjaga tu menyebabkan kita menanggung azab seksa di akhirat kelak.