Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

18 November 2012

Aku terima nikahnya

  6 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua beroleh rahmat dan mendapat keberkatan dari Allah dalam apa jua yang kita lakukan.

Biasanya di negara kita ni bila tiba je musim cuti sekolah pastinya akan penuh dengan jemputan jemputan kenduri terutamanya kenduri kahwin. Masa ni memang pendaftar pernikahan atau lebih dikenali dengan panggilan tok kadi akan senyum melebar la sebab poket penuh sentiasa.

Bagi pasangan yang bakal bertukar status menjadi suami isteri setelah sah dinikahkan pulak pastinya perasaan bercampur baur. Lebih lebih lagi bagi pihak lelaki terutamanya sewaktu akad nikah.


Memang bagi yang belum menghadapinya tu boleh la memberikan pandangan tapi bagi yang sudah mengalaminya tu pasti lebih mengerti perasaan sebenar apabila tiba saat ijab qabul tu.

Cuma haruslah kita yang lelaki ni ingat sentiasa. Apabila kita melafazkan perkataan "aku terima nikahnya ..." tu bermakna kita sudah bersedia untuk  melaksanakan segala amanah yang dipertanggungjawabkan apabila bergelar suami.

Rakan rakan yang sudah bergelar suami atau isteri pastinya ada pengalaman tersendiri ketika majlis ijab qabul yang semestinya menjadi kenangan seumur hidup. Lain pula andai ada yang bercadang untuk bersalaman dengan tok kadi untuk kali kedua, ketiga atau seterusnya.

Apa pun buat bakal bakal suami isteri terutamanya bakal suami tu, tuntutlah ilmu buat persiapan diri untuk menjadi pemimpin keluarga. Bila nak tiba hari ijab qabul tu pulak, tenang tenangkan diri agar tidak nanti tersasul atau tergagap pulak.

Sebelum menutup biaca entri hari ni, apa kata kita tonton sikit rakaman akad nikah yang sungguh menggelikan hati ni. Sekadar untuk hiburan semata mata.







16 November 2012

Bersediakah untuk berhijrah ?

  6 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua beroleh keberkatan dan rahmat dari Allah di hari jumaat yang mulia ni.

Kita sudah memasuki tahun baru hijrah 1434. Sambutannya tidak segalak sambutan tahun baru masihi yang rata rata diraikan secara habis habisan. Namun apalah maknanya andai tahun baru itu tidak membawakan apa apa perubahan berbanding tahun sebelumnya.

Bagaimanakah penghijrahan kita sempena bermulanya tahun baru hijrah ni ? Adakah kita tiada berazam sempena masuknya tahun baru hijrah ni ? Apakah tiada tanda aras yang ingin kita capaikan ?


Hijrah seharusnya perpindahan atau perubahan ke arah yang lebih baik dari tahap sebelumnya. Bukan pula sebaliknya. Ianya juga boleh menjadi tanda syukur kita kepada Allah yang mengurniakan berbagai nikmat yang dapat kita kecapi.

Andai sebelum ini kita seorang yang jarang bersolat diawal waktu, apa salahnya kita berhijrah menjadi seorang yang memelihara waktu solatnya dengan bersegera solat diawal waktu.

Andai sebelum ini kita hanya melaksanakan puasa wajib dibulan Ramdhan semata mata, apa salahnya kita berhijrah dengan meningkatkan amalan puasa kita dengan berpuasa sunat.

Andai sebelum ini kita jarang berzikir dan beristighfar, apa salahnya kita berhijrah membiasakan lidah dan bibir kita sentiasa membanyakkan zikir dan istighfar.


Cukup rasanya dengan hanya sedikit perumpamaan atau contoh sebagai panduan untuk kita hijrahkan diri menjadi yang lebih baik. Memang kalau nak melakukan penghijrahan secara drastik belum tentu kita mampu, jadi biarlah kita mulakan dengan usaha sedikit demi sedikit dan yang penting biarlah berterusan istiqomahnya.

Persoalannya, sudahkah kita bersedia untuk menghijrahkan diri dari tampuk lama ke arah yang lebih baik dimasa hadapan ?



15 November 2012

Bila cuti sekolah

  3 Komen    
label: 
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah. Alhamdulillah kita sekarang sudah menganjak ke tahun baru hijrah. Apa azam untuk tahun baru ni ?

Bila dah cuti sekolah ni, lebih masa untuk berada di rumah bersama isteri dan anak anak. Dapat juga la membantu isteri dengan kerja kerja mengemas rumah, memasak dan melayan anak. 


Mengemas rumah tu tak dapat jugak nak buat secara keseluruhan. Faham faham je la bila ada anak kecik kat rumah. Pagi dikemaskan, menjelang tengahari dah penuh dengan barangan permainan dan sebagainya. 

Selain mengemas, mengutip pakaian pakaian untuk dibasuh, selesai dibasuh (oleh mesin basuh) kemudiannya dijemurkan pula diampaian. Bila dah kering akan dikutip sebelum dilipat oleh isteri sebab katanya lipatan pakaian yang aku buat tak cantik. Hahaha..

Kerja dapur pulak lansung tak jadi masalah. Alhamdulillah dengan pengalaman sepuluh tahun berkerja dalam bidang masakan dan kerja kerja dapur, lansung tak kekok untuk menyediakan juadah santapan keluarga.

Bab melayan anak pulak memang agak memenatkan sikit. Maklum la karenah anak ni bukan boleh nak ditahan tahan. Kecuali la anak tu robot yang boleh menurut apa saja arahan. 


Macam anak anak kami ni, yang sulung tu alhamdulillah sudah boleh menurut kata dan mudah untuk diuruskan. Tapi yang bongsu tu terkadang agak sukar jugak untuk memahami kehendaknya.

Bila nak tidur pasti nak mencari mama dia. Kecuali kalau waktu dia terlalu penat, mudah sikit la aku nak mendodoikan sampai terlena. Kalau tidak, pasti menangis mencari mama dia sampaikan kalau mama dia hilang sebentar ke tandas pun menangis tak henti.

Apa pun, bila berpeluang meluangkan masa ni tak lain tak bukan yang terbaik adalah meluangkan masa bersama keluarga. 




23 October 2012

Ligat

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua berada dalam rahmat dan dilimpahkan keberkatan dari Allah.

Alhamdulillah minggu peperiksaan selesai sudah. Dan selepas berhempas pulak memeriksa kertas jawapan anak-anak murid dibantu oleh isteri tercinta bagi memudah dan mempercepatkan tugasan, akhirnya hanya tinggal untuk mencatatkan rekod keputusan dalam kad laporan pelajar sahaja lagi.


Dan untuk beberapa minggu terakhir sesi persekolahan tahun 2012 ni aku bercadang untuk mempersiapkan anak-anak murid aku tu dengan sedikit persediaan pelajaran tahun 5 yang bakal diorang hadapi tahun hadapan.

Lagipun dalam masa beberapa minggu ni jugak agak sibuk dengan persiapan untuk sambutan majlis hari anugerah kecemerlangan dan perasmian bangunan sekolah.


Anak kedua kami tu pulak semakin hari semakin ligat. Gigi bongsu dia dah tumbuh sebatang. Dan sekarang ni sangat pantang tengok orang makan, mesti nak mengamuk kalau tak dibagi rasa sikit.

InsyaAllah kalau ada rezeki, cuti sekolah ni kami akan pulang ke Sabah. Bila tarikhnya masih belum ditetapkan lagi tapi perancangan tu sudah sedia ada. Harap harap kalau ada terlibat kursus atau sebagainya tu pun biarlah di awal cuti persekolahan nanti.



15 July 2012

Coca cola dan hujung minggu

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat bersantai dihujung minggu bersama sahabat handai dan ahli keluarga tercinta buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Malam tadi agak lewat baru masuk tidur. Selain dari melayan karenah anak yang tak reti reti nak tidur awal selepas kepuasan tidur di waktu petang, gangguan makhluk halus penghisap darah (nyamuk) yang entah dari mana datangnya beramai-ramai menyerang dan menyiapkan sedikit kerja untuk anak-anak murid.

Sempena hari bercuti hujung minggu ni jugak, merajinkan diri sikit membersihkan rumah. Sejam lebih duduk dalam bilik mandi menyental segala kotoran yang mencemar pandangan. Teringat jugak petua-petua untuk membersihkan bilik mandi ni antaranya menggunakan air coca cola.


Tak sia sia jugak aku membeli air coca cola malam semalam. Tapi bukan la tujuannya untuk menyiram bilik mandi, tak baik membazir tau. Air coca cola yang disimpan dalam ruangan sejuk beku apabila berada dalam keadaan separa beku memang menyegarkan tekak yang kehausan setelah penat menyental bilik mandi.

Terasa macam terlebih rajin pulak selepas selesai menyinarkan bilik mandi, keterajinan diteruskan pula ke arah ruang tamu. Langsir yang menghiasi ruang hadapan ditukar baru, dibantu dengan gangguan dari anak sulung aku tu pulak aku tukarkan sama langsir di bilik tidur utama.

Tak cukup dengan tu, segala kotoran dan habuk yang menodai bilah bilah kipas angin semuanya aku sental dan bersihkan sepenuh hati. Sepatutnya dalam perancangan awal yang difikirkan sehari sebelum ni ada sedikit sesi membersihkan kawasan luar belakang rumah dan memotong rumput dihalaman.

Tapi sebab lepas solat subuh tadi kononnya nak merehatkan mata sebentar, bukak je mata dah mencecah jam 9 pagi. Santapan tengahari pun cuma masak bihun goreng bersama ais kacang yang dibeli di medan selera Megoplex. 

Kerja menaip soalan-soalan mengikut matapelajaran buat anak-anak murid aku pun masih banyak menanti. Walaupun peperiksaan akhir tahun akan berlansung pada bulan Oktober nanti, tapi sekurang-kurangnya aku nak diorang bersiap sedia dari awal.

Cuma masalahnya, nak menyediakan soalan tu memang mudah. Tapi nak menaip soalan yang disediakan tu agak menduga kesabaran jugak dibuatnya.




10 July 2012

Orang lama Jawi baru

  16 Komen    
label: ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati dan diberkati Allah.

Hampir sebulan sudah aku menjadi tenaga pengajar secara rasmi di SRAR Sg Rokam, Ipoh tu. Bagaikan bidan terjun je ketika aku menerima tawaran mengajar tersebut dari pihak Pejabat Agama Daerah. 

Manakan tidak, hari rabu aku dihubungi untuk pemberitahuan tawaran mengajar. Hari khamis aku mendengar taklimat dan tandatangan persetujuan di Pejabat Agama Daerah. Hari jumaat terus melapor diri dan terus mengajar.

Bermula dengan agak kekok jugak sebab selama ni aku hanya mengajar secara persendirian dan tak mengikut silibus yang ditetapkan. Tiada buku kedatangan pelajar. Tiada buku ringkasan mengajar.

Dari meniarap, aku sekarang ni dah boleh sedikit duduk sendiri. Rentak mengajar dan pengajaran untuk pelajar semakin aku fahami. Tugas aku tak la susah sangat. Tak perlu nak jalan jauh jauh keluar masuk kelas.

Aku diamanahkan untuk menjaga dan mengajar satu kelas je. Kelas yang dipenuhi seramai 41 orang murid tahun 4. Dan aku juga perlu mengajar semua subjek pelajaran.

Tak la susah sangat pun berbanding jika aku mengajar persendirian tu sebab bila aku mengajar persendirian ni tajuk perbincangannya lebih mendalam. Mengajar kat sekolah ni ikut tajuk buku teks yang disediakan. Cuma nak memberi faham kepada pelajar je la yang aku selalu tekankan.

Cuma dalam banyak banyak subjek yang aku tangani, subjek bahasa arab je yang agak mencabar sikit. Terdapat beberapa perkataan yang aku sangsi maksudnya dan perlu merujuk ke kamus. 


Dan yang selalu aku tersilap bila menulis perkataan jawi. Maklum la sekarang ni menggunakan penulisan jawi baru berbanding waktu zaman aku belajar dulu tu masih menggunakan jawi lama. Orang lama dah biasa dengan jawi lama.  Bila pekena dengan jawi baru, terkial kial jugak la nak mengikut rentak tu. Nasib baik la anak anak murid aku tu memahami.



08 July 2012

Hujung minggu tanpa tajuk ?

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat bersantai di hujung minggu bersama keluarga dan rakan rakan mudah mudahan apa jua yang kita lakukan diberkati dan dirahmati Allah.

Apa saje cerita sepanjang minggu ni yang berlaku disekeliling kita semua. Kalo yang terpampang di dada akhbar tu memang penuh dengan berita sensasi dan kontroversi.

Isu isu panas terutamanya dari dunia hiburan pastinya menjadi tajuk pilihan utama kebanyakan blogger. Terbaru berkenaan perkahwinan ratu rock negara, Ella pastinya ramai yang mengambil kesempatan menumpang populariti beliau.


Tak cukup panas dengan perkahwinan Ella tu, kisah Pian cecupak yang cucuk 760 jarum kat punggung dia pun boleh jadi perkongsian sensasi. Belum lagi yang berkongsi populariti dunia hiburan antarabangsa.

Pendek kata orang kita zaman sekarang ni jurusan minatnya lebih kepada dunia hiburan yang utamanya. Walaupun kisahnya diulang-ulang namun masih juga tidak jemu jemu untuk menatapnya.

Terlebih sedikit, ada juga yang berkongsi dosa fitnah memfitnah ni. Tanpa sedar atau memang sedar, masih juga sanggup menanggung dosa asalkan perkongsiannya digemari ramai. 

Dalam dunia yang serba mudah ni yang penuh dengan teknologi bagi memudahkan perkongsian, janganlah kita mempermudahkan juga dosa dosa kita bertambah dan terus bertambah. 

Lebih lebih lagi bulan Ramadhan pun dah nak dekat ni. Mari la kita sama sama memperbaiki diri mudah mudahan ibadah kita diterima Allah. Muhasabah diri sentiasa, baiki kelemahan dan banyakkan amalan.