29 April 2012

Bersih lagi ?

  5 Komen    
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat berhujung minggu buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. 

Sejak dari semalam membawa ke hari ni, perdebatan berkenaan himpunan bersih masih lagi menjadi bualan. Bukan sahaja di seluruh negara, malah di rumah aku pun isu bersih ni masih lagi hangat.


Kalau semalam aku menjalankan bersih bilik mandi dan seterusnya kami membersihkan seekor ayam yang dipanggang sebagai makan malam. Manakala hari ni pulak selepas rutin pemeriksaan jantung anak dalam kandungan awal pagi tadi, aku melakukan bersih halaman rumah pulak.

Padahal halaman rumah sewaan aku ni sekadar sekangkang gajah dewasa. Walaupun begitu, bagus jugak la sebab sekurang kurangnya dapat aku berbakti pada tanah. Potong rumput pun boleh dikira senaman ye tak ? Kalau nak upah orang datang mesin rumput, nampak sangat tahap kemalasannya.

Esok mungkin hari lawatan rutin terakhir untuk isteri aku melakukan pemeriksaan jantung anak dalam kandungan seandainya belum diizinkan Allah untuk anak tu melihat dunia. Dan kalau begitu, maksudnya sama ada akan dipaksa atau terpaksa bersalin je la bila tiba masanya. 



Related Posts:

  • Halal dan Haram Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru-baru ni kecoh dengan berita penemuan DNA babi di dalam kandungan cokelat jenama Cadbury. Dan bermulalah ke… Read More
  • Tips rumahtangga bahagia Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah walaupun malam tadi hanya dapat melelapkan mata kurang dua jam, pagi tadi berjaya juga menghadirk… Read More
  • Memuliakan Tetamu Assalamualaikum dan salam sejahtera. Baru-baru ini negara kita menerima kunjungan dari Presiden Amerika, Barrack Obama yang dalam misinya melawat ne… Read More
  • Tinggalkan keraguan Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kita semua sedia maklum pada zaman sekarang ni media sosial memainkan peranan yang begitu meluas dalam penyebar… Read More
  • Kalau nak jadi punca Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saban hari pasti ada sahaja berita tentang kemalangan jalan raya yang kita dengar, lihat atau baca samada melib… Read More

5 comments:

  1. terpaksa bersalin..
    operate la erk bg anak 2 kuar...
    ish sakit2..

    ReplyDelete
  2. iema ackles :

    harapnya tak perlu di operate la untuk anak kedua ni..

    ReplyDelete
  3. mintak2 semuanya ok la yer..aminnn

    ReplyDelete
  4. Edy Zaidi :

    insyaAllah..terima kasih mendoakan..

    ReplyDelete
  5. Moga-moga isteri bro melahirkan secara normal untuk anak yang ke 2.

    Anak saya yang pertama ikut tingkap dan yang lain ikut pintu. :-)

    ReplyDelete