30 April 2012

Pucuk paku

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari Isnin buat semua rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah.

Sebelum aku menaip entri ni, anak aku melayan filem SeeFood di Youtube. Nampak macam baru je dimuat naik secara filem berdurasi penuh. Tak tau la kot esok lusa dah kena sekat pulak atas akta hak milik penyiaran. Apa pun, bagi aku filem animasi hasil karya rakyat Malaysia ni boleh menyaingi filem animasi dari luar negara.


Sekali pandang terasa macam menonton filem Shark Tale yang dikeluarkan oleh DreamWork Animation la pulak. Cuma dari segi hasil kualiti halusnya mungkin negara kita masih belum mampu untuk mengeluarkan belanja yang besar untuk menghasilkan filem animasi yang benar benar boleh bertanding dengan filem animasi luar negara.

Sementara membiarkan anak aku melayan filem SeeFood di Youtube, aku pulak sibuk di dapur. Menu untuk tengahari ni hanya rendang ayam dan sayur pucuk paku masak lemak. Kebetulan masa mencari kuih lepas selesai urusan di klinik awal pagi tadi, ternampak pulak orang menjual sayur pucuk paku yang menjadi salah satu kegemaran isteri aku.


Kalau sebelum ni asyik jumpa pucuk paku yang kurus kurus dan lebih banyak perlu dibuang dari yang boleh dimasak, kali ni memang memuaskan hati pucuk pakunya. Kononnya pucuk paku yang dijual tu diambil dari pulau pulau yang ada di Sungai Perak. Harganya RM5 untuk satu kilo. 

Rendang ayam pulak aku masak secara ringkas je. Kebetulan pulak ada bahan bahan untuk dikisar seperti lengkuas, serai dan kunyit ditanam sendiri kat belakang rumah dan tak perlu dibeli, memang memudahkan urusan. Cuma aku perlu membeli santan dan kerisik je tadi. 

Sebenarnya perasaan aku sekarang ni agak tak menentu. Esok insyaAllah isteri aku akan dimasukkan ke dalam wad untuk memulakan proses bersalin. Teruja nak dapat anak baru ada, risaukan keselamatan isteri pun ada, dan bermacam macam lagi perasaan yang tak dapat nak disebutkan. 

Terima kasih diucapkan pada rakan rakan yang mendoakan. Mudah mudahan Allah akan merahmati kalian semua. 



9 comments:

  1. senyum2 sy baca 'kurus dan lebih banyak perlu dibuang dari yang boleh dimasak' mmg betul pun.hihi..

    tahniah nak dpt baby baru. mesti teruja kan? semoga selamat semuanya.

    ReplyDelete
  2. Boleh ambil pucuk paku tetapi jangan selalu kerana sifat pucuk paku penyerap toksik didalam tanah yang baik. Semakin gemuk pucuk paku bermaksud kawasan tanah pucuk paku mempunyai kandungan toksik yang tinggi. Info ini saya perolehi hasil kajian sebuah universiti tempatan ketika menghadiri kursus di NIOSH, Bangi 2 tahun lepas.

    ReplyDelete
  3. miya :

    mesti la teruja sampai tak tau nak cakap camne perasaan ni..hehehe

    ReplyDelete
  4. akubiomed :

    terima kasih atas info tu..masa sebelum masak tadi terfikir jugak apa khasiat dan mudarat yang ada pada pucuk paku ni..

    ReplyDelete
  5. sedapnya pucuk paku goreng belacan.. :)

    bab kurus tu...betul la...kt sini dalam seikat RM 2..tp mmg tak banyak la pucuknya.. :)

    ReplyDelete
  6. haishhh..aku xtengok lagi cite ni..hhuhu

    ReplyDelete