30 April 2012

Persiapan dan persediaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung. Bak kata orang, setiap kelahiran tu berbeza beza. Dan sememangnya aku tak nafikan lansung. Memang terasa perbezaannya antara anak kami yang pertama dulu dengan yang bakal lahir tak lama lagi ni insyaAllah.


Persiapan untuk isteri dan anak yang bakal lahir pun tak serupa macam anak yang pertama dulu. Mungkin masa anak yang pertama dulu tu tak berapa nak faham sangat. Namun alhamdulillah segalanya berjalan lancar jugak la.

Untuk kali ni, boleh kata banyak jugak persiapan dan persediaan awal dilakukan. Keperluan untuk anak yang bakal lahir sebahagiannya sudah sedia ada 'warisan' dari anak yang pertama dulu seperti barut, sarung tangan dan kaki, selimut, tuala, kain lampin dan beberapa pasang pakaian untuk bayi baru lahir.


Keperluan untuk isteri aku pulak mungkin kali ni agak berlainan. Antara yang akan dipraktikkan untuk kelahiran kali ni seperti produk set bersalin keluaran Nona Roguy, bantal tungku panas bermagnet dan tuala wanita berherba kegunaan selepas bersalin keluaran Susen. 

Untuk mengetahui hasilnya dari produk produk yang akan digunakan nanti, kena tunggu maklum balas dari isteri aku dulu la. InsyaAllah andainya memuaskan, tak salah rasanya untuk dikongsikan dengan rakan rakan semua.




18 comments:

  1. nona roguy ok ker??
    dulu guna jnama ape???

    semoga semua selamat nnt...

    ReplyDelete
  2. Assalam..
    Pad herba tu memang ok. Tak payah tunggu lepas besalin, bila2 masa pun boleh guna, baik untuk kesihatan. Susen ni mahal sikit. Saya ada jual tapi jenama Avail.
    Dari pembacaan, Nona Roguy bagus juga untuk orang gemuk.
    Tungku moden memang senang nak guna tapi kalau bersalin normal, lebih elok guna tungku yang panjang tu. Tak pandai nak terang macam mana kat sini tapi mudah la bertungku di sekitar kawasan rahim.

    ReplyDelete
  3. dulu sy pakai NR ni, mmg best. melancarkan proses buang air besar n baunya nyaman. tungku magnet pun sy guna. mmg membantu. cuma xtahan kepanasan 2 sj.

    ReplyDelete
  4. Ketika isteri saya melahirkan baby Aslah doktor melarang pengunaan sebarang jamu kerana baby saya ada G6PD. Buang begitu sahaja jamu tersebut.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum pipoq....semua kelengkapan dah tersedia yer...mudah2an semuanya berjalan dgn lancar....:)

    ReplyDelete
  6. iema ackles :

    tak pasti lagi la ok ke tak..mak mertua yang cadangkan NR tu..

    masa anak pertama dulu guna set lepas bersalin keluaran HPA..hehehe

    ReplyDelete
  7. Iza Teratak Usang :

    w'salam..
    ada jugak nampak jenama Avail tu tapi yg jenama susen ni lebih khusus untuk selepas bersalin..Avail pun bagus jugak dipakai waktu haid biasa..
    Baru 1st time nak cuba produk NR, mak mertua yang cadangkan..sebelum ni guna set HPA..
    dari kefahaman sy, tungku panjang tu lebih mudah untuk dipegang berbanding dari tungku moden tu..

    ReplyDelete
  8. miya :

    kalo ada yang dah cakap best, harap harap memang best la sebab NR ni pun mak mertua yang cadangkan..

    memang panas tungku tu, aritu sy try pun kena bagi sejuk dulu sikit ngan lapik kain tuala tebal..hehehe

    ReplyDelete
  9. akubiomed :

    sy ada dengar jugak pasal larangan jamu ni selepas bersalin terutama bila anak ada masalah dan diberikan susu badan..

    ReplyDelete
  10. maszull :

    w'salam..

    insyaAllah..mudah mudahan doa dari mama dan rakan rakan semua dikabulkan ALlah..

    ReplyDelete
  11. moga sesuai la produk tu dgn isteri En Pipoq.. :)

    ReplyDelete