28 April 2012

Bersih 4.0

  9 Komen    
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan rakan pengunjung mudah mudahan kita semua diberkati dan dirahmati Allah. Langit di bandaraya Ipoh petang ni agak mendung. Sesekali kedengaran guruh berdentum di langit mungkin menandakan hujan bakal turun membasahi bumi.

Alhamdulillah aku bersyukur dilahirkan dengan cukup sifat pancaindera. Dianugerahkan sepasang mata untuk melihat walaupun sekarang ni memerlukan alat bantuan bagi menjelaskan pandangan jarak jauh. Juga dikurniakan akal yang masih waras untuk berfikir disetiap saat yang berdetik.


Rata rata berita utama paling hangat kat negara kita hari ni pasal himpunan bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara. Sepertinya himpunan aman dah menjadi semakin tak aman dipenghujungnya. Diprovokasi atau memprovokasi, aku tak ambil peduli. Hanya mengikuti sedikit perkembangan umat manusia kat negara kita ni je melalui berita dalam talian.

Macam macam perkara yang disuarakan melalui himpunan yang diadakan hari ni. Dan yang pastinya matlamat utama ialah menghentam pihak atasan. Aku tak nak masuk campur sangat. Cuma aku harap, selepas himpunan bersih 3.0 ni tamat jangan la para perserta himpunan tu meninggalkan sampah sarap bertaburan dibumi Allah ni pulak. Tak la bersih namanya tu kalo penuh sampah ibu kota Kuala Lumpur tu.


Cuma yang paling menariknya, begitu ramainya umat yang bersanggupan mengharungi suasana sesak dengan banjiran manusia, ditambah lagi dengan cuaca yang panas terik. Bersatu berpadu jiwa dan raga dengan harapan dapat menawan Dataran Merdeka. Aku tak tau la apa yang seronoknya Dataran Merdeka tu. Mungkin bila berada di situ, nak buat apa pun boleh sebab namanya pun 'Merdeka'.

Tapi pada pandangan aku alangkah indahnya sekiranya seramai itulah umat nabi Muhammad SAW bersatu beramai ramai memenuhi barisan jemaah solat disetiap masjid yang ada dalam negara kita ni. Tak perlu dibasahi dengan meriam air atau menghidu gas pemedih mata, cuma perlu merapatkan barisan mengikuti imam kemudian bersungguh sungguhlah berdoa, mengharapkan kebenaran dari Allah.


Bersihkan jiwa kita terlebih dahulu. Tunaikan tuntutan Allah terhadap kita sebagai hamba Nya. Aku rasa kalaulah seluruh umat beramai ramai memenuhi tiap penjuru masjid di negara kita kemudiannya mengaminkan doa dengan satu suara bergemuruh hingga menggetarkan hati tiap mereka yang mendengarnya, pasti itu lebih menakutkan dari menunjukkan kejantanan di atas jalan raya tu. 

Khusus untuk yang beragama Islam yang mengaku umat nabi Muhammad SAW, ada berani beramai ramai keluar rumah berjalan kaki menuju masjid masjid berhampiran kemudian berdoa beramai ramai dengan penuh pengharapan kepada Allah agar Allah membantu kita menumpaskan yang bathil dan menunjukkan yang haq kerana semestinya Allah lebih adil dalam memberikan keadilan. 


Kemudian boleh la kita namakan himpunan jemaah ni sebagai bersih 4.0, berdiri berjemaah duduk berdoa. Penuhi dulu tuntutan Allah, insyaAllah pastinya tuntutan kita sebagai hamba akan dipenuhi.

Maaf andainya terpukul. Aku tak menyokong sesiapa dalam hal ni. Cuma gunakan la akal sempurna yang dikurniakan tu dengan betul. Mudah mudahan kita semua dirahmati Allah.



9 comments:

  1. Ada benar juga apa yang ditulis oleh bro. Bila membaca berita mengenai apa yang berlaku pada Bersih 3.0 saya agak kecewa.

    ReplyDelete
  2. akubiomed :

    ke mana pergi slogan 'duduk bantah' tu pun tak tau la..

    ReplyDelete
  3. Yang mengikut tiada untungnye pun... Menyiksa badan... Yang dapat nama hanya pemimpinnye sahaja... Betul dengan apa yang diperkatakan...

    ReplyDelete
  4. sebahagian besar daripada dorang 2 bukannya faham pun tujuan dorang bersesak2 buang masa tu.

    ReplyDelete
  5. ChiLaBaey's Spot :

    Silap haribulan yang meramaikan tu bukan mengundi pun bila hari pilihanraya..saje nak buat kecoh je..

    ReplyDelete
  6. miya :

    kebanyakkannya tu hanya ikut mengikut je..dah takde aktiviti lain nak buat kot..hehehe

    ReplyDelete
  7. bace komen2 korng pn da tau jenis xtau bende tp buat bijak bercerita... baik diam dr korg bckp sbb mnnjol sgt bodoh nye diri itu malu je lar..brckp biar berfakta kalau ko da kene tear gas ngn simbah aer lgkg xkn ko nk dduk lg bro...miya mmg kami xtau pn tujuan bersih ni boleh xplen dgn dtail x ape yg ko tau?

    ReplyDelete
  8. anonymous terbaik!!!!!!

    ReplyDelete