05 March 2012

Saham dosa

  5 Komen    
label: , , ,
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari isnin buat rakan rakan pengunjung yang dihormati mudah mudahan kita semua dirahmati Allah taala.

Semalam masa tengok rancangan nona ada sikit sikit rasa macam nak termuntah ketika menyaksikan segmen gaya yang menunjukkan tudung gaya terbaru kononnya padahal aku tengok ala ala macam wanita Afrika pun ada.


Lebih menyebabkan rasa mual mual nak termuntah tu bila dikatakan pemakaian camtu melengkapkan lagi gaya menutup aurat dengan menutup keseluruhan rambut (kunun) mengikut syariat.

Kalau kita tengok sekarang ni dah macam macam jenis fesyen bertudung berkeliaran kat sekeliling kita. Dari yang sejuk mata memandang sampai la yang membuatkan hati mengutuk si pemakai tudung yang agak pelik pelik pemakaiannya.


Nak cakap banyak pun dah selalu sangat kita dengar pasal isu tudung ni ye tak ? Cuma aku terfikir zaman sekarang ni terutama gaya bertudung di kalangan masyarakat kita dah seumpama arak yang diharamkan tu la.

Andainya arak tu diharamkan kepada umat Islam bukan hanya meminumnya, malah dari awal proses memetik buah atau bahan yang hendak dijadikan arak pun dah sama haramnya seperti meminum arak. Begitu jugak la dengan tudung zaman sekarang ni yang mana kurang berlandaskan syariat dengan tepat. 


Tudung terbonjol ada, pakai tudung tapi leher terdedah ada. Pakai tudung tapi rambut terjulur ada. Pakai tudung tapi pakaian ketat terjojol sana sini ada. Pakai tudung tapi dengan niat nak menunjuk kononnya cantik (padahal tak cantik pun). Dan bermacam macam lagi gaya berprestij pemakaian tudung zaman sekarang.

Bukan hanya si pemakai yang menghimpun dosa kerana gagal mengikut landasan syariat dalam menutup aurat, malah si pembekal, si penjual dan mereka mereka yang berhubungkait dengan tudung tu sendiri pun bersama sama memiliki saham dosa secara lansung.


InsyaAllah mari la kita sama sama kembali kepada jalan yang lurus yang telah ditunjukkan oleh Allah dan rasul Nya kepada kita mudah mudahan kehidupan kita lebih diberkati dan dirahmati Allah. Pada kaum hawa, berhiaslah hanya untuk tatapan suami tercinta. Kaum adam pulak, peliharalah kecantikan isteri hanya untuk tatapan diri sendiri. Setuju ?




5 comments:

  1. fashion katanya..cuba tgk style tudung heliza helmi skrg, cantik je. still boleh bergaya dgn menutup dada. skrg mcm2 fashion. haihh

    ReplyDelete
  2. suka tudung yang ringkas & senang dipakai, janji selesa & tutup aurat tu yang utama.

    ReplyDelete
  3. tak paham juga sebenarnya kenapa nak bonggol melampau sangat atas kepala. -____-'

    ReplyDelete
  4. tudung is fashion. bukan kewajipan tutup aurat...suka tgk pompuan pakai tudung bawal...susah nak cari skrg..makcik2 je pakai tudung bawal skrg

    ReplyDelete