06 March 2012

Kicap dan mee

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa buat rakan rakan pengunjung sekalian mudah mudahan kita semua dirahmati Allah dalam menjalani kehidupan hari ni.

Dua hari lepas kami sekeluarga dikejutkan dengan bunyi tangisan 'bayi' baru lahir dihadapan rumah. Siapa pulak la yang membuat onar kat kawasan ni. Setelah dapat dikesan, rupanya bunyi tu datang dari dalam rak kasut yang sedikit terbuka pintunya.

Apa pandang pandang ? Meowww..

Bukan satu tapi dua 'bayi' yang baru lahir tu. Hasil siasatan mendapati bahawa kedua dua bayi tu dilahirkan ditempat lain tapi kemudiannya dibawa ke rumah aku pulak oleh ibunya yang merupakan kucing gelandangan yang berkemungkinan dirogol oleh jantan jantan gelandangan yang lain yang banyak terdapat di sekitar kawasan perumahan tempat kami tinggal ni.


Ape tengok haiwan tengah menyusukan anak ni ? Cakar nanti..meowww..


Jangan cuba dekat..gigit nanti..

Entah kenapa la rumah kami ni jugak yang menjadi pilihan berbanding dengan rumah rumah yang lain. Nak kata kami ni selalu memberikan perlindungan dan makanan percuma kepada kucing kucing gelandangan tak jugak. Tapi mungkin dah ditakdirkan Allah untuk ibu kucing bersama anaknya tu menumpang rezeki bersama kami, terima je la.

penjaga zoo kucing tak berdaftar sedang memberikan air minuman untuk ibu kucing

Ibu kucing tu punya la garang. Maklum je la kucing gelandangan. Semalam masa aku nak pindahkan anak anaknya ke dalam kotak agar tak mengotori rak kasut kami tu punya la susahnya sebab ibu kucing tu asyik nak menerkam je. Tapi alhamdulillah sebab anaknya tak reti duduk diam sampai terkeluar dari rak kasut tu, segera aku kurungkan dulu ibu kucing tu sebelum memasukkan anak anak dia dalam kotak yang disediakan.

Peace !! Jangan marah ye mama cat, kakak nak bagi air minum je..

Sampai ke hari ni pun ibu kucing tu masih lagi nak tunjuk taring tapi kami maafkan je la sebab dia kan tak biasa dengan orang. Cuma sedikit kurang jugak la agaknya dia terasa selamat untuk membesarkan anak anaknya kat rumah kami ni lagipun siap kami sediakan makanan dan minuman percuma lak tu. 

Lariii !!! 


Nama saya kicap..yang tu adik saya bernama mee..err..tolong abaikan kertas lapik kotak kami ni ye..Hehehe..

Apa yang penting, anak anak kucing tu dapat membesar dengan sihat dan selamat dari ancaman musuh musuh kat luar tu sudah la. Kalau lepas diorang dah besar lepas tu nak meneruskan legasi gelandangan tu pun kitorang tak kesah tapi yang pasti untuk kedua dua anak kucing tu telahpun diberikan nama "kicap" dan "mee" bersempena nama yang tertera pada kotak dimana diorang tinggal sekarang ni. Hehehe..


5 comments:

  1. assalamualaikum pipoq....ada anak kucen dtg rumah rezeki nak masuk la tu....mudah2an anak2 kucen tu membesar ngan baik di bawah jagaan yg selamat...:))

    ReplyDelete
  2. saya harap mee dan kicap dapat mengubah nasib keluarga..tak jadi gelandangan lagi..haha

    ReplyDelete
  3. mula2 sy terbayangkn mi goreng, haha.. rupanya si kuceng. mmg bgs kalau ada kucing kt rumah..

    ReplyDelete
  4. jangan si ibu pindahkan lagi anak2 dia sudah la..

    adat la kan hidup nomad.. huhu.. :)

    ReplyDelete
  5. Tidak banyak pula anaknya hanya 2 ekor sahaja jangan kena makan dengan kucing jantan sudahlah.

    ReplyDelete