04 March 2012

Bakat

  12 Komen    
label: 
Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat berhujung minggu diucapkan kepada semua rakan rakan pengunjung dengan doa dan harapan mudah mudahan kita semua dirahmati Allah. 


Pernah tengok rancangan tom tom bak bersama pakcik Aznil tak ? Ala, rancangan yang mengasah bakat anak anak 1Malaysia tajaan Anmum Essential tu la. Dalam rancangan tu kan ada segmen "ada bakat ke ?" yang biasanya aku tengok takde bakat lain bebudak yang masuk situ kebanyakannya menyanyi je. Aku pun boleh menyanyi jugak tau.

Tajuk entri perkongsian hujung minggu hari ni pun nak berkongsi tentang bakat jugak. Terutama sekali bakat bakat kecil yang baru nak diasah tu la. Kalau yang dah dewasa ni dah tentu terserlah bakat masing masing.


Semalam aku terbaca tentang seorang remaja berusia 13 tahun yang diperakui mempunyai bakat luar biasa dalam bermain piano oleh Professor Dr. Yoheved Kaplinsky, seorang pensyarah dan profesor muzik di Sekolah Juilliard, New York. Tengku Ahmad Irfan Tengku Ahmad Shahrizal dikatakan memiliki bakat yang jarang ditemui pada usia 13 tahun bagi kanak kanak lain sebayanya.

Tapi tu dia orang berada dan kebanyakan orang berada di negara kita memang mendidik anak anak untuk berbakat dalam bermain piano atau biola kununnya ia menunjukkan tahap kepintaran anak anak tu sendiri. 


Bagi orang orang yang kurang berada pulak macam mana ? Nak beli set piano atau biola belum tentu berkemampuan. Rumah pun tak besar mana nak letakkan set piano tu di sudut ruang rumah. Takkan nak biarkan je anak anak kita kekurangan pintar pulak.

Orang kata setiap individu pun ada bakatnya masing masing ye tak ? Ada yang berbakat dalam sukan, ada berbakat dalam masakan, ada berbakat dalam apa jugak bidang yang diceburkan. Lebih lebih lagi anak anak ni pastinya ibu bapanya jugak la yang mengasahkan bakat diorang sejak kecil lagi.


Tapi tu la, kalau kita ibu bapa ni nak berjayakan anak di dunia maka dunia je la kot dapatnya. Tak salah pun nak memperbakatkan anak anak tapi biarlah seimbang. Kalau merdu suaranya menyanyi, merdukan jugak suara diorang dalam mengalunkan bacaan Al Quran. 

Sebagai ibu bapa, kita ni la penentu utama dalam hala tuju anak anak pada peringkat awalnya. Termasuk la dalam menentukan bakat diorang tu jugak. Cuma yang pentingnya jangan lupakan bakat yang membawa kebahagiaan akhirat. Siapa tak terhibur melihatkan anak anak kita pandai menari dan  menyanyi. Tapi sebenarnya lebih terhibur bila melihat anak anak kita bersolat dan fasih mengaji.


Sebab ruginya kita mempunyai anak tapi anak kita tak reti nak mendoakan kita semasa kita masih hidup mahupun selepas kita mati. Masa tu baru la terasa rugi tak mengajarkan anak anak kita bakat bakat menuju kebahagiaan akhirat kot.


12 comments:

  1. assalamulaikum pipoq....mudah2an anak2 akan sentiasa mendoakn kita bila kita sudah tiada nantikan...

    ReplyDelete
  2. Sejuk wajah ibubapa yang mendapat doa dari anak soleh yang dididik dengan nilai islam sejak dilahirkan.

    ReplyDelete