Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan pengunjung yang dikasihi sekalian. Mesti ramai yang dah mengatur banyak program sempena cuti hari pekerja ni kan ? Ada yang pulang ke kampung, ada yang menghadiri majlis perkahwinan, ada jugak yang berkahwin.
Bercakap pasal kahwin, semalam seperti mana yang kita maklum adalah hari perkahwinan diraja antara Putera William dengan Catherine Middleton. Bagi yang melanggan astro tu mungkin ada menyaksikan siaran lansung di rangkaian 707 TLC jam 5 petang semalam. Meriah tul.
Hari ni aku malas sikit nak tulis entri panjang panjang sebab bila bercuti kat rumah ni faham faham je la. 90% masa aku mesti nak layan anak aku tu. Jadik untuk memeriahkan entri blog hari ni, jom kita layan gambar gambar persiapan sebelum perkahwinan diraja antara Putera William dengan Catherine Middleton. Layann..
Jalan menuju ke Wesminster Abbey dihiasi dengan bendera Britain.
Pakaian untuk istiadat disediakan oleh Poole & Co
Kereta pedati yang dinaiki oleh pasangan diraja.
Seluruh bandar juga dihiasi dengan pokok pokok bunga
Setem khas sempena perkahwinan diraja dikeluarkan oleh Royal Mail
Hugo Burnand, jurugambar rasmi dipilih oleh Putera William untuk majlis perkahwinannya.
Syiling khas sempena perkahwinan Putera William dan Catherine
Fiona Cairns, pereka kek perkahwinan diraja yang terpilih
Kad jemputan perkahwinan untuk para tetamu
Media seluruh dunia juga tak ketinggalan memeriahkan majlis perkahwinan dengan laporan perkembangan semasa sejak dari awal April dulu
'Senjata' dalam persiapan untuk shot terbaik
Antara rakyat Britain yang teruja untuk bersama memeriahkan majlis
Aku rasa cukup je la sampai kat situ je. Tak larat aku nak upload banyak banyak. Nanti kebosanan pulak. Tapi kalau nak mengikuti lagi dengan lebih lanjut, boleh la melawati ke laman rasmi perkahwinan diraja antara Putera William dengan Catherine Middleton ni.
tq info..aku baru tau..
ReplyDeletennti aku nk awen lebih
ReplyDeletekurang mcm ni ar..
romantik je hahaha
raja kot, boleh la buat macam ni..
ReplyDeletekalau iema kawen depan tok kadi jela...huhu
huhu...dasat wedding die.. selamat2
ReplyDeletememang liputan yang ,meluas..
ReplyDeleteeheheheeee