Showing posts with label Prince William. Show all posts
Showing posts with label Prince William. Show all posts

30 April 2011

royal wedding 2011

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari sabtu buat semua rakan pengunjung yang dikasihi sekalian. Mesti ramai yang dah mengatur banyak program sempena cuti hari pekerja ni kan ? Ada yang pulang ke kampung, ada yang menghadiri majlis perkahwinan, ada jugak yang berkahwin.

Bercakap pasal kahwin, semalam seperti mana yang kita maklum adalah hari perkahwinan diraja antara Putera William dengan Catherine Middleton. Bagi yang melanggan astro tu mungkin ada menyaksikan siaran lansung di rangkaian 707 TLC jam 5 petang semalam. Meriah tul.


Hari ni aku malas sikit nak tulis entri panjang panjang sebab bila bercuti kat rumah ni faham faham je la. 90% masa aku mesti nak layan anak aku tu. Jadik untuk memeriahkan entri blog hari ni, jom kita layan gambar gambar persiapan sebelum perkahwinan diraja antara Putera William dengan Catherine Middleton. Layann..


Jalan menuju ke Wesminster Abbey dihiasi dengan bendera Britain.


Pakaian untuk istiadat disediakan oleh Poole & Co


Kereta pedati yang dinaiki oleh pasangan diraja.


Seluruh bandar juga dihiasi dengan pokok pokok bunga


Setem khas sempena perkahwinan diraja dikeluarkan oleh Royal Mail


Hugo Burnand, jurugambar rasmi dipilih oleh Putera William untuk majlis perkahwinannya.


Syiling khas sempena perkahwinan Putera William dan Catherine 


Fiona Cairns, pereka kek perkahwinan diraja yang terpilih


Kad jemputan perkahwinan untuk para tetamu


Media seluruh dunia juga tak ketinggalan memeriahkan majlis perkahwinan dengan laporan perkembangan semasa sejak dari awal April dulu


'Senjata' dalam persiapan untuk shot terbaik


Antara rakyat Britain yang teruja untuk bersama memeriahkan majlis

Aku rasa cukup je la sampai kat situ je. Tak larat aku nak upload banyak banyak. Nanti kebosanan pulak. Tapi kalau nak mengikuti lagi dengan lebih lanjut, boleh la melawati ke laman rasmi perkahwinan diraja antara Putera William dengan Catherine Middleton ni. 


26 April 2011

telur masin

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hari selasa diucapkan kepada semua rakan pengunjung. Apa cerita hari ni ? Isu pelakon video seks yang jadi bualan di sidang parlimen ? Isu pilihanraya Singapura ? Isu kes penemuan 10 jari di stesen komuter ? Isu perkahwinan diraja antara Putera William dan Kate Middelton ?

Apa pun ceritanya, menu untuk makan tengahari hari ni ialah kari daging, telur masin dan sambal belacan ulam timun. Cuma untuk entri ni aku nak berkongsi pasal telur masin.


Apa yang kita kebanyakkannya tau pasal telur masin ni, ianya diperbuat dari telur itik yang diperamkan dengan cara tertentu samada melalui proses rendaman atau balutan. Dan yang paling kita tau, makan je telur masin tu.

Apa kata sekali sekala kita cuba buat sendiri pulak telur masin ni ? Cam yang aku bagitau tadi prosesnya ada dua jenis. Kalau nak buat yang proses rendaman ni senang je. 


Cara rendaman ni mula mula kena bersihkan dulu telur itik yang nak dijadikan telur masin tu, kemudian jemurkan dulu dalam masa lebih kurang tiga jam untuk mengurangkan kadar kelembapan yang ada dalam telur tu.

Kemudian rendamkan telur tu tadi dalam air bancuhan garam tepu. Maknanya air garam tu kena betul betul tepu la. Rendam dan tutup bekas rendaman tu rapat rapat. Paling cepat dalam 15 hari dah boleh direbus dan dimakan. 

Kalau cara balutan pulak, banyak sikit la bahan yang nak kena disediakan. Antaranya tanah liat, garam dan sekam padi. 


Mula mula sekali tanah liat tu hendaklah dihancurkan sehalus halusnya dulu dan kemudiannya ditapis untuk mengasingkan benda benda asing dari tanah liat tu.


Kemudian pulak, gaulkan tanah liat yang dah ditapis tu tadi dengan garam dan air. Kalau boleh, proses nak buat telur masin ni biar la kat luar rumah ye sebab nanti kotor pulak dapur tu dengan tanah liat. 


Lepas tu balutkan atau kepalkan tanah liat yang dah digaul dengan garam dan dibancuh dengan air tu pada telur itik yang dibasuh bersih. Tahap ketebalan tanah liat yang dikepalkan tu terpulang pada diri masing masing la. Tapi jangan pulak terlalu nipis atau terlalu tebal sangat.


Proses terakhir sekali, golekkan telur yang dah dikepalkan dengan tanah liat tu tadi pada sekam padi. Apesal sekam padi tu warna hitam macam arang ? Sebab sekam padi tu adalah sekam yang telah dibakar, sebab tu warna dia hitam macam arang. Lepas dah bergolek rata telur tu tadi, boleh la disimpankan selama beberapa hari sebelum boleh dimakan. 

Apa beza telur masin rendam dengan kepal ni ? Bagi aku la, telur masin yang kepal ni lebih sedap dari yang rendaman punya sebab bila lagi lama disimpan, kuning telur tu akan lebih jadi macam berminyak bila direbus, tak macam yang rendaman punya. 

Itu je untuk entri hari ni. Selamat mencuba dan menikmati telur masin buatan sendiri.