01 May 2011

the wig a.k.a gabal

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat hujung minggu buat semua rakan pengunjung. Hari ni jugak jatuhnya sambutan hari pekerja. Mesti ramai jugak yang bercuti ganti esok kan ? Apa pun bila dah mula masuk kerja semula nanti jangan bermalas malasan pulak sudah la.

Seperti biasa di malam hujung minggu adalah malam menonton filem. Untuk kali ni sekali lagi filem dari negara Korea menjadi pilihan kami sekeluarga. Genre seram masih lagi berada ditangga teratas untuk menjamu mata dimalam minggu.


Berjudul The Wig atau dalam bahasa koreanya iaitu gabal. Filem terbitan tahun 2005 yang diarahkan oleh Won Shin-yeon dengan dibintangi oleh Min-seo Chae dan Seon Yu sebagai teraju utama dalam filem seram ni.


Filem ini menceritakan tentang Su-Hyeon yang menghidapi penyakit leukemia dibawa pulang ke rumah oleh kakaknya Ju-Hyeon setelah adiknya itu dijangka tidak akan dapat bertahan lama hayatnya. 

Bagi menggembirakan Su-Hyeon, Ju-hyeon menghadiahkan dia rambut palsu bagi melindungi kepalanya yang sudah keguguran rambut akibat proses kemoterapi. Tanpa mengetahui pada awalnya bahawa rambut palsu itu sebenarnya telah diresapi oleh makhluk jahat.


Sejak memakai rambut palsu tu, Su-hyeon mendapati dirinya seakan lebih sihat dan bertenaga. Ju-hyeon yang juga menyedari perubahan adiknya tu menganggap perubahan itu adalah kesan psikologi dan minda adiknya dalam melawan penyakit yang dihidapinya tu.


Hingga berlakunya satu situasi dimana Su-hyeon cuba untuk menggoda teman lelaki kakaknya mengakibatkan kakaknya merasakan adiknya itu sudah melampau lampau. 


Hinggalah satu ketika Su-hyeon meminjamkan rambut palsunya kepada kawan kakaknya yang dicurangi oleh suaminya sendiri ditemui mati berseliratan dengan rambut. Sejak dari itu, sikap Su-hyeon semakin dirasakan berubah oleh Ju-hyeon.


Tanpa diketahui oleh Su-hyeon bahawa rambut palsu yang dipakainya itu berpuaka, satu hari Ju-hyeon telah terlihat akan makhluk mengerikan bersama rambut palsu itu disisi Su-hyeon. 

Untuk menghentikan segala kegilaan yang berlaku, Ju-hyeon bertindak merampas rambut palsu Su-hyeon dan mengurungnya di dalam bilik malah rambut palsu itu diguntingnya agar Su-hyeon tidak lagi dapat memakainya.


Su-hyeon selepas itu dimasukkan ke hospital semula kerana kesan penyakitnya kembali menular. Tanpa diketahui oleh kakaknya, Su-hyeon sebenarnya tidak pernah memakan ubat yang diberikan. 


Bermula dari situ baru la misteri berkenaan rambut palsu tu terbongkar sedikit demi sedikit. Dengan pengakhiran yang agak tragik, kesudahan filem ni aku rasakan macam sikit tergantung.

Jalan cerita yang agak perlahan, tak banyak kejutan seram, aku bagi penilaian dua pengecutan perut je la untuk filem kali ni. 

7 comments:

  1. JU ON n DARK WATER

    antara filem antu korea yg pernah ku tgk sampai mengigil2 kepala lutut..

    huhu

    ReplyDelete
  2. kitorang layan cite mantra malam tadi...

    ReplyDelete
  3. mr.syazwan :

    Ju On tu memang seram sepanjang zaman..no 1 dalam carta tu..

    ReplyDelete
  4. Sham :

    filem melayu tak berapa nak tengok sangat..hehehe

    ReplyDelete
  5. aleen aiden :

    hehehe..macam je seram tapi tak seram sangat pun..

    ReplyDelete
  6. cite seram korea n jepun x seseram mana.. mcm ju on..

    (tp bile tgk, pejam celik mata jugak! haha!)
    ;p

    ReplyDelete