Salam di hari jumaat yang mulia buat semua rakan pembaca. Pantas betul masa berlalu rasa macam baru dua hari lepas je bersiap sedia untuk mendengar khutbah di masjid sempena solat jumaat yang diwajibkan buat setiap mukallaf lelaki yang tiada keuzuran.
Sedihnya masih ramai jugak yang menguzurkan diri dari mengabdikan diri menunaikan perintah yang satu ni. Apa tak sedih pulak kalo dalam perjalanan nak ke masjid tu, aku akan menempuh sebuah pusat membeli belah. Biasanya lebih kurang 10 minit sebelum masuk waktu aku dah dalam perjalanan.
Tapi dalam waktu tu jugak kelihatan beberapa manusia berjantina lelaki masih berkeliaran di pusat membeli belah tu malah ada yang baru sampai bersama teman masing masing. Fikirkan positif, mungkin diorang hanya meletak kenderaan kat situ kemudian berjalan kaki menuju ke masjid pulak. Baru leh banyak pahala.
Aku tak sampai hati nak menyelami jiwa manusia manusia yang sebegini tegar. Ye la, nak jugak rasa camne perasaan bila orang lain sibuk ke masjid, kita pulak selamba je bagaikan terlupa bahawa hati tu ialah hari jumaat.
Tapi aku tak tegar la pulak. Malu tu dah tentu. Maklum la sebab semua dah sedia maklum bila hari jumaat je dah pasti yang berjantina lelaki akan ke masjid bersolat jumaat. Dan yang tinggal di gerai gerai makan, di pusat membeli belah tu dah tentu la yang berjantina perempuan sebab orang perempuan ni tak diwajibkan pun berjemaah solat jumaat dan mendengar khutbah ni.
Selain dari malu tu, didikan dari kecik jugak membuatkan aku berasa sangat bersalah kalo meninggalkan walau satu waktu sekalipun. Ni tidak, bila ditanya alasannya untuk tidak menghadiri himpunan mingguan tu boleh pulak berlawak jenaka mengatakan dirinya uzur seperti kaum hawa.
Boleh dipermain mainkan lagi tu. Sok lusa kalo ditakdirkan bebetul datang uzur tu baru tau. Jangan gelabah lak kalo sebulan sekali terpaksa pakai pelapik darah tu. Ape nak kesah, banyak pilihan sekarang ni. Cakap je nak jenama apa, bentuk camne semuanya ada.
Bukan susah pun kalo nak dipraktikkan diri tu. Kalo yang bersembunyi tu tak pe jugak. Kalo yang tak tahu malu tu, tak boleh nak cakap apa. Dah tentu tak sesuai untuk dijadikan pemimpin keluarga.
Cuma yang agak menghairankan sedikit tu, bila yang setahun dua kali tu tak pulak terlepas. Malah dengan bersungguh sungguh pulak tu sanggup menghabiskan wang ringgit untuk bergaya.
Kadang kadang tu semata mata untuk bergaya pun habis ratusan ribuan untuk kelihatan segak. Kenapa pulak yang setahun dua kali tu sanggup nak bersesak sesak bangun awal pagi pergi ke masjid untuk berjemaah tu. Bukan wajib pun, sunat je. Tak pergi pun tak berdosa.
Oh..mungkin sebab yang seminggu sekali ni tak bersesuaian waktu untuk manusia manusia yang camtu kot. Tengahari la katakan. Waktu nak makan makan, nak rehat. Lagipun hari jumaat ni la dapat rehat tengahari lama sikit. Dari sakit pinggang duduk kat masjid tu berhimpit himpit dengan mat bangla lebih baik pergi cuci mata kat pusat beli belah. Weii..mat bangla pun reti malu tau walaupun ada yang tak faham apa khatib tu baca.
Tapi tu la. Kalo yang seminggu sekali pun asyik keuzuran, yang sehari lima kali tu rasanya bye bye je la kot. Lepas ni pergi jabatan pendaftaran, mintak la tukar 'bin' tu kepada 'a/l' mungkin lebih sesuai. Tak gitu ?
begitu lah resam manusia ni ...
ReplyDeletebila dah sekali ponteng...
eh..rasa syok pula..
buat selalu tanpa rasa berdosa pun!
hmmm...kt sini...selalu jadi..
ReplyDeletetiap kali jumaat..supervisor kt site balik office...dah tu di bantainya tido kt pantry...memang selalu macam tu..
skrg ni...tiga org budak dia..ikut jejak langkah dia sekali...
geleng kepala sy tgk budak2 ni...
jom ke APA KATA HATI pulak,
FREE VS BUSY
manusia macam2 ragam...
ReplyDeletesifat malu 2 memang dah kurang kt dlam diri masing2...
apa la nak jadi..seminggu sekali g masjid pun susah
ReplyDeleteAda yang pergi solat Jumaat kerana ikut-ikut pun ada :-) Hanya hari Jumaat nampak dia solat
ReplyDeleteAti Masrif :
ReplyDeletetu la kak..heran gak cam diorang takde perasaan bersalah lak buat camtu..
nabilah_2908 :
ReplyDeletetak tegur ke ? at least sekali je pun cukup..baru la lepas tanggungjawab..
ïêmå å¢klê§ :
ReplyDeletecamne la ye sok sok kalo dah nak jadi ketua keluarga..abis rosak la generasi nanti..
Edy Zaidi :
ReplyDeleteitu la..seminggu sekali pun liat, yg setiap hari pulak tak tau la mane nak letak..
akubiomed :
ReplyDeletebetul tu bro..ada yg ikut ikut, ada yg pegi sebab malu..sy ingat masa dulu sampai bos sy paksa pekerja utk pegi solat jumaat, kalo tak pegi potong gaji RM50..