05 March 2011

allium sativum

  9 Komen    
label: , ,
Salam sabtu buat semua rakan pembaca. Hari sabtu yang indah camni apa aktiviti yang selalu korang buat ? Mungkin ada yang berkerja hari ni ye tak ? Kalo yang bercuti tu, takkan tidur je kot. Rajin rajinkan la diri tu cabut rumput yang panjang depan rumah tu ke, berkebun ke tanam tanam pokok bunga baru la kesihatan tubuh tu seimbang sikit.

Hari ni aku nak berkongsi sedikit maklumat tentang satu benda yang berkaitan dengan masakan jugak la. Kalau tengok tajuk entri tu mungkin ada yang tak tau ape kebenda allium sativum tu kan ? Kalau nak tau, bila tengok cerita pasal drakula yang suka hisap darah orang tu mesti ada benda ni sebagai salah satu cara menghalang keganasan drakula tu.


Sampaikan masa aku bebudak dulu pun terpengaruh jugak la dengan mitos allium sativum ni mampu menghalang drakula dari menghampiri untuk menghisap darah dengan penuh kerakusan sehingga kering.

Allium sativum yang aku maksudkan ni ialah bawang putih. Takkan tak kenal kot ? Punya la terkenal bawang putih ni seluruh dunia sampaikan boleh kata kat ceruk mana pun dapur kita pegi mesti ada bawang putih ni. 


Kalau dalam masakan, bawang putih ni memang tak dapat nak digantikan dengan apa apa bahan lain pun dari segi rasa dan bau dia yang unik tu. Terutama dalam masakan daging, bawang putih ni mampu untuk menambahkan kesedapan dan menghilangkan bau yang tak enak dari daging tu. 

Selain bawang putih tu sendiri, kulit dia pun berguna jugak tau. Kalau tanya pada encik Osman Yusoef mungkin dia tau kot pasal kegunaan kulit bawang putih ni. Kulit bawang putih ni jugak boleh dimasukkan bersama bahan bahan yang lain ke dalam rebusan masa nak buat telur pindang. Dengan tu boleh membuatkan telur pindang tu lebih enak dan mempunyai aroma yang tersendiri, tak gitu encik Osman ?


Selain dari menggunakan bawang putih ni dalam masakan, khasiat lain yang terdapat dari bawang putih ni pun banyak jugak. Dari bawang putih ni terdapat zat zat penting seperti kalsium, saltivine, diallysulfide, protin, vitamin A, B1, C, karbohidrat, lemak, besi, sulfur dan fosfor. 

Antara kelebihan bawang putih ni dari segi kesihatan, ianya mampu untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh badan dari serangan penyakit seperti batuk dan selsema. 


Kalau dulu dulu masa aku kecik bila terkena batuk dan selsema ni, biasanya nenek aku akan tumbuk halus bawang putih ni kemudian dicampurkan ke dalam susu dan dipanaskan beberapa minit sebelum disuruhnya aku minum. Keputusannya ? Alhamdulillah berkesan menghilangkan batuk dan selsema tu.

Bawang putih ni jugak boleh mencegah penyakit jantung dengan merendahkan tahap kolestrol LDL yang jahat tu dari menyumbat saluran darah. 


Kelebihan lain yang terdapat dari khasiat bawang putih ni lagi, bila diamalkan selalu insyaAllah dapat menghindarkan dari penyakit kanser perut dan usus. Selain tu jugak, bawang putih ni mampu untuk mengawal gula yang terdapat dalam tubuh badan kita ni tau. 


Maklum saja la makanan yang kita makan setiap hari tu kekadang kita tak periksa pun kandungan yang ada tu. Tambahan pulak kalau yang dibeli dari luar. Walaupun gula memang diperlukan untuk tubuh badan mendapat tenaga, tapi kalau dah berlebihan tu memang akan menghuru harakan kehidupan jugak la.

Rasa bawang putih ni bila dimakan mentah agak kepedas pedasan jugak la. Selain digunakan dalam masakan, boleh jugak dimakan mentah seperti ulam atau direbus terlebih dahulu ataupun dipanggang untuk mengurangkan rasa kepedasan tu. 

Cuma kesan buruknya bila di ambil secara berlebihan boleh mengakibatkan nafas berbau, ketidakselesaan di bahagian perut, anemia, muntah dan hilang berat badan. Jadik kalo nak mengamalkan memakan bawang putih ni, dua tiga ulas sehari pun ok la tu.


Lagipun sekarang pun dah banyak produk kesihatan yang berasaskan bawang putih ni yang dikeluarkan dalam bentuk tablet. Macam aku ni, hardcore sikit. Aku makan mentah je dengan nasik buat ulam. Tapi seulas dua je la. Demi kesihatan, pedas pun pedas la. Hehehe..




9 comments:

  1. baru tau khasiat bawang nih..sy ni mmg x suka mkn masakan ada bawang ... nice info


    DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)

    ReplyDelete
  2. Krisis kekurangan bawang pernah mencetuskan polemik politik di India

    ReplyDelete
  3. aku suka makanan bab2 hilang berat badan ni...

    ReplyDelete
  4. bawang putih rupanya...
    sedap nama tu..
    heheheee

    ReplyDelete
  5. mmg banyak khasiat bwg putih ni ye..

    kalau masak singgang
    takde bawang putih ..tak jadilah
    masakan itu...hihi

    ReplyDelete
  6. bukak page nei...terkejut tgk gmbar yg 1st tu...

    ReplyDelete
  7. org cina...suka sngt dgn bawang putih ni... ;)

    erk..nk makan seketul2 bwng tu mmg tk lah..kalau masuk dalam lauk..ok la..makan je.. :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    NASI GORENG SABAR

    ReplyDelete
  8. seiyes ku PENGEMAR BAWANG PUTIH!

    aaaaaaaaaah sedap!

    =_=

    ReplyDelete
  9. gud info!selain tu, bwg putih juga leh digunakan utk bersihkan kuku tau =)

    tapi la ni dah mahal la bwg putih...

    utk jaga kesihatan, masak sendiri jek..sebabb bila msk sndiri, kita leh control apa bhn yg digunakan..

    ReplyDelete