02 March 2011

9.7 Kilogram

  13 Komen    
label: ,
Salam hari rabu buat semua rakan pembaca. Alhamdulillah sempat jugak nak menulis entri untuk hari ni walaupun jangkaan semalam kemungkinan aku akan berkejaran masa untuk menyelesaikan semua urusan hari ni.

Kebetulan pulak hari ni masa bawak anak aku pergi klinik kerajaan tu tak ramai pulak pelanggan bahagian ibu dan anak tu. Tapi walaupun camtu, hampir satu jam setengah jugak la menunggu giliran. 


Dan nasib baik jugak la anak aku hari ni tak banyak ragam. Mungkin sebab tak ramai bebudak untuk di layan berlari lari lagipun aku tengok muka dia pun mengantuk je sebab bangun awal pagi tadi.

Sesi pemeriksaan hanya memakan masa 15 minit. Mengukur ketinggian terkini dan berat badan terkini. Lepas je dapat ukuran berat tu, jururawat yang bertugas tu sedikit kehairanan sebab berat anak aku cuma 9.7 Kilogram. 



Ya, kurus tul anak aku ni. Umurnya dah 2 tahun 6 bulan tapi slim begitu je. Tu la pasal, siapa suruh makan memilih sangat. Hehehe..Tapi mungkin jugak mewarisi genetik keluarga aku kot. Dalam keluarga aku ni takde yang montel montel pun. Aku je sekarang ni yang agak sedikit berisi, tu pun sejak berkecimpung dalam industri masak memasak ni.

Dan yang pastinya lebih terisi siapa lagi kalo bukan wifey aku tu. Sampaikan jururawat bertugas tu pun cakap wifey aku dah nampak makin berisi. Aku tak cakap ape pun. Hehehe..

Lepas ni nak fikir camne lagi cara nak bagi anak aku tu menjadi montel. Tak banyak pun sikit jadi la. Kekadang tu risau jugak aku bila dia tak nak makan. Ada hari berselera betul bila dia makan, ada hari nak menghabiskan semangkuk nasik pun berjam jam.

Mungkin jugak sebab anak aku ni terlampau aktif barangkali. Bukan reti nak duduk diam melangut depan TV sambil mengunyah jajan pun. Dalam rumah tu berlari sana sini, lompat sana sini. Bila aku balik dari kerja lak ajaknya aku bermain bola bersama. Selagi dia tak kepenatan selagi tu la tak reti nak duduk diam. Camne pun apa yang penting asalkan anak aku tu sihat wal afiat cukup la. Takde la kurus sampai nampak tulang rangka. 

Pada yang berpengalaman menghadapi anak kecil yang memilih makan ni, ada apa apa yang boleh dikongsikan bersama ? 

13 comments:

  1. bg minum susu yg dlm iklan tu..hehhe..

    cuba En Pipoq tanya pakcik google... sy nk share...sy tak tau...huhuhu... :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    BLOG REVIEW_2

    ReplyDelete
  2. emm..xde pengalaman la..

    xtry weight gain ke?
    tapi budak memang klau dah leka main, memang kurang mkn..dia suka mkn ape?try la bg mkn makanan yang dia suka je..tp make sure healthy food la..

    genetic ni pun 1 faktor juge..

    lepas g klinik td, nurse tu xbg suggestion ke?any pills utk tmbahkan selera anak ke?

    ReplyDelete
  3. sebut kata tak nak makan ni..tak dapat bg pendapat..anak akakpun sama..kalau bagi vitamin makanlah kejap..pastu dua tiga hari tak makan nasi..tulang leh buat gitar

    ReplyDelete
  4. sama kes la mcm adik ipar aku yg bongsu, dh darjah 3 tp badan kurus keding jerk. mkn mmg jarang sgt.

    tp jgn risau la, asalkan diorang sihat walafiat, ok la tu. cuma salu buatkan apa2 sup. biasanya budak2 lebih suka mkn nasi ngan sup. huhuhu....

    ReplyDelete
  5. ank sedare aku susah gile nak suruh makan...yg nak makan roti je...

    ReplyDelete
  6. pipoq..cuba b4 time nak bagi makan tu
    jangan langsung bagi apa2 jajan..

    biaq dia lapaq betui2
    ha..nanti time makan tu ...mesti
    dia pulun habis2

    atau masak apa yg dia paling suka sekali...ayam ke..mee sop ke

    kak ati buat lagu tu tau..
    menjadik...

    selamat mencuba wokey!

    ReplyDelete
  7. xpe kurus pun. jnji sihat...
    nnt kecik2 bg die gemok nnt die dah besar nk kurus gak...

    ReplyDelete
  8. mesti ayahnya yg makan makanan si anak ni..hehe

    ReplyDelete
  9. der.. aku ni idak le banyak pengalaman cuma aku kongsi la apa org cakap kat aku.. sebab aku pun masalah sama je macam ko anak pun umur lebih kurang..

    cuba perhatikan apa dia suka makan.. mungkin jajan macam bro cakap tu ataupun mungkin susu.. disebabkan jajan dengan susu ni dah masuk perut jadi nasi kurang dah nak makan..

    ReplyDelete
  10. adik gue pun memilih juga..
    lama2 bila tgk org slalu makan..
    dia pun teringin nak makan

    ReplyDelete
  11. sama la tu mcm anak saya yg girl tu..
    aktif semcm dan x suka makan....badan pun slim jgk..

    ReplyDelete
  12. sbenarnya baby u x la masuk kategori kurus sangt. Brat agak sesuai bg umur dia-masa aktif dn lasak. yg pentg, dia sihat. Tp, klau nak tmbah jg, bleh cuba dia bagi makn ayam n vit.Appeton

    ReplyDelete
  13. Semasa kecil dahulu saya memang susah makan tapi apabila sudah berkeluarga tidak lagi boleh miss soru kalau tidak kepala pening :-)

    ReplyDelete