Selamat hari isnin kepada semua pembaca. Dah cuti beberapa hari ni pasti bersemangat memulakan hari berkerja dan belajar ye tak ? Atau masih lagi memikirkan mana nak lempar segala limau yang memenuhi ruang peti sejuk kat rumah tu ?
Pagi tadi masa tengah melayan mandi air yang sejuk menikam tu tetiba otak aku terfikirkan tentang pantang larang orang dulu dulu. Heran tul, takde kene mengena lansung dengan aktiviti mandi pagi.
Cuma minda sempit aku memikirkan kenapa la masa aku budak budak dulu duduk kat kampung banyak tul benda yang nak buat tapi tak boleh nak dibuat. Ada saja pantang larang dari orang tua tua ni. Dah tu pulak segalanya memomokkan kehidupan sebagai seorang budak yang masih tak mengerti erti maksud tersirat.
Jadi hari ni aku ingat nak mengupas sikit tentang apa yang tersirat dalam yang tersurat sebalik pantang larang tu mengikut kelogikan minda sempit aku ni. Orang kata kalo mitos tu tak dihuraikan memang akan menjadi persoalan sampai bila bila.
Sememangnya dalam kehidupan kita ni terdapat banyak pantang larangnya. Tak kira la kaum atau bangsa apa sekalipun mesti ada pantang larang yang terbawa bawa sampai ke hari ni sejak dulu lagi.
Kalo dulu masa aku bebudak, nenek aku selalu marah kalo aku nak potong kuku waktu malam. Katanya nanti pendek umur. So aku yang belum akhil baligh masa tu memang kecut segalanya bila dengar camtu.
Tapi setelah akhil baligh dan meningkat dewasa ni, aku cuba merungkaikan maksud tersirat yang nenek aku larang sangat tu. Secara logiknya aku berfikir, zaman dulu takde pemotong kuku yang khas cam sekarang ni. Nak potong kuku tu kena guna pisau dan dipotong dengan berhati hati. Dah tu pulak, zaman dulu mana nak ada lampu yang dapat menerangi seluruh ruang rumah. Pakai pelita je. Memang merbahaya dan memendekkan umur la kalo berani nak potong kuku malam malam gitu. Silap haribulan bukan kuku je kene potong, jari pun potong sekali.
Pehtu lak yang ni mungkin ramai kaum lelaki yang suka dengan pantang larang camni. Malah mungkin ada yang sanggup melanggar pantang larang yang satu ni. Orang tua dulu pasti akan marah kalo kita makan bertukar tempat atau banyak tempat. Katanya nanti kawin ramai.
Hakikatnya mungkin orang tua dulu tak nak kita buat bersepah rumah tu dengan makanan. Kang semut penuh datang mengutip makanan yang bersepah tu. Bila ada semut, nanti datang lak lipan ke, lipas ke pulak. Pehtu untuk meraikan lagi jamuan makan makan tu, datang pulak tikus. Silap haribulan, harimau pun datang jugak.
Pehtu lagi kalo dulu masa budak budak, bila hari dah mula nak senja mesti dah kene panggil masuk rumah. Kalo main jugak tak reti reti nak balik, katanya nanti disorok hantu tetek. Masa aku bebudak dulu memang takut tul kalo dengar hantu tetek ni. Gila kau, nanti disoroknya kat bawah tetek dia yang besar mengalahkan Pamela Anderson tu.
Tapi bebudak sekarang ni ada nak takut ? Lagi diorang seronok kalo jumpa hantu tetek ni kot. Maklum la, zaman semakin maju ni pemikiran diorang pun makin kembang melampau lampau. Hakikatnya dulu tu kita asyik kene panggil balik kalo hari dah mula senja sebab nak kita bersiap siap mandi dan solat maghrib yang singkat waktunya. Lagipun tak sopan lak kalo sampai ke malam pun tak reti reti nak balik.
Kemudian untuk anak anak dara lak. Masa dulu biasanya kat kampung umur remaja lagi dah disuruh buat kerja kat dapur. Memasak dan sebagainya la. Tapi pantang tul kalo sambil memasak tu dok menyanyi.
Katanya nanti kawin dengan orang lelaki tua. Err..mungkin ada benarnya kot. Hahaha..logiknya kalo sambil memasak nak menyanyi tu takut nanti terleka sampai terhangus hangit segala masakan tu. Maklum saja la dulu kan guna kayu api. Kalo tak dikawal apinya memang kompom tak boleh kawin.
Lagi satu kalo pantang anak dara ni bila duduk kat muka pintu. Padahal punya la syoknya duduk kat muka pintu tu kene angin yang berhembus sepoi sepoi bahasa. Kalo rumah kampung cam rumah nenek aku tu la. Katanya nanti kalo anak dara duduk kat muka pintu nanti lambat kawin.
Zaman sekarang ni ada lagi ke anak dara melepak duduk kat muka pintu ? Tak kawin la korang nanti. Hehehe..tersiratnya mungkin keadaan camtu tak sopan. Anak dara zaman dulu kan berkain batik je. Sekali ditiup angin kau, terselak macam Marilyn Monroe tu tak ke haru.
Aku rasa cukup tu je untuk hari ni dulu. Ada banyak lagi pantang larang yang nak kene dirungkaikan maksud tersiratnya ni. Mungkin di kemudian hari pulak. Apa pun, dari segala pantang larang yang ada tu mana yang baik, kita jadikan panduan. Yang tak berapa nak baik tu, pandai pandai la pikir camne nak buat. Pastinya setiap larangan dan nasihat dari orang yang lebih tua dari kita tu membawa maksud ke arah kebaikan sebab diorang hidup dengan pengalaman. Kita zaman sekarang ni, pengetahuan je banyak tak cukup jugak kalo takde pengalaman.
betul2.. klau kawen ngn orang tua yang kaya nak gak..
ReplyDeletehaha...
xsemangat nak balik kl... :(
ReplyDeletehrumm..tergelak bila baca bab hantu tetek..
ReplyDeleteteringt ms kecik2..dok main2 dgn sepupu sepapat...bila dh petang..berlari2 masuk ke dalam rumah nenek...takut hantu tetek ni datang...
dtg lak kakak sepupu..dia buat cerita...kata..dia pernh jumpa hantu ni..kami2 yg kecik2 ni..melopong la dgr cite karut dia... :)
jom ke APA KATA HATI pulak,
BIRTHDAY DD
ïêmå å¢klê§ :
ReplyDeleteahahaha..kalo camtu aku cadangkan ko nyanyi lagu lagu yang ke arah kekayaan..baru la dapat orang tua kaya wat laki..
aleen aiden :
ReplyDeletekalo tak semangat balik KL, ko balik je Ipoh ni ha..
nabilah_2908 :
ReplyDeletebila ingat pasal hantu tetek ni memang klakar tul..zaman dulu takut giler..sekarang ni boleh buat bahan lawak lak..
wah.time mandi pun boleh fikir macam2...huhu
ReplyDeletehahah, menarik dan tertarik..
ReplyDeletefuiyoohh,, mesin kaki tuh!
ReplyDeleteAku dari dulu makan merata-rata tempat , still tak kawen-kawen ...urghh
ReplyDeleteErr kalau makan beralih tempat yang paling best :-)
ReplyDeleteKalau Pamela Anderson ramai yang menyerah diri. ha..ha..
E.d.Y :
ReplyDeleteahahaha..mungkin otak teransang kena air shower yang sejuk tu kot..
susu :
ReplyDeleteTY..jemput datang lagi selalu..
Admin :
ReplyDeletetu sebab takut nak potong kuku kot sampai kuku pun keras cam besi..hahaha..
touya :
ReplyDeletesyarat dia nak kene bagi bersepah sikit bila makan banyak tempat tu..hehehe..
akubiomed :
ReplyDeletehehehe..memang best kalo bebetul jadik..
tu la pasal..kalo nenek nenek kita dulu cakap "masuk rumah cepat, nanti kene sorok ngan Pamela Anderson baru tau!!", aku ingat mau semua tunggu je bila nak kene tangkap ngan Pamela Anderson tu..
membaca seluruh blog, cukup bagus
ReplyDelete